Jangan Bimbang Bila Jadi Bahan Gossip


Assalamualaikum.

Kebanyakkan dari kita akan rasa malu atau tidak selesa bila sering menjadi bahan bualan manusia sekeliling. Kadang terpaksa bermati matian nak  cover diri semata mata nak elak dari terus terusan menjadi bahan bualan.


Dizaman serba serbi sudah  pantas dan laju berdezup ini , hanya dengan beberapa baris patah perkataan , segala cerita mudah disebarkan kepada umum terutama cerita keburukan.  Dah tak perlu lagi nak duduk tepi tangga atau bersembang dicelah daun tingkap. Duduk je diam diam dalam bilik , tup tup , cerita sudah tersebar. Hebat bukan?


Bila anda salah sorang dari mangsa " bahan gossip " - jangan risau. Teruskan kehidupan ini dengan tenang. Dunia bukan untuk kita hidup selamanya. Bila dah buat silap , cepat cepat bertaubat. Abaikan  cerita yang dah terlepas jauh tu. Biarlah manusia lain nak kata apa pun tentang anda. Itu hak mereka. Hak anda pastinya kehidupan anda .

Ye , anda ada kehidupan sendiri yang sentiasa perlukan pembetulan. Yakinlah pada usaha sendiri. Sekali buat silap tak bermakna anda tersilap selamanya.

Ingat..


Semoga kata kata dalam gambar diatas tu boleh beri manfaat bersama. Inshaallah..

Comments

Popular posts from this blog

Tips Sekiranya Berlaku Serangan Nuklear

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

Rindu Nak Brisk Walk

Tambah Ilmu Dalam KAH 2026

Maqnie 2024

Bernafaslah Dan Bacaan Tekanan Darah Akan Turun

Perginya Takkan Kembali - Bro Paly

Cara Daftar Kursus Asas Haji 2026 (1448H)

Tabung Haji Diuji Lagi