Skip to main content

Cerita Hari Raya 2019



Assalamualaikum.

Salam aidil fitri buat semua. Berhari jugak blog ni sunyi . Tuan tanah raya sakan lewtew hehe.

Alhamdulillah , sepanjang beberapa harini aktiviti hari raya maq berjalan lancar.

Petang last puasa tu,dapatlah berbuka puasa dengan ibu dan abah maq dikampung. Malam tu kami pun merewang lah apa patut. Rewang tu samalah dengan kata lain, gotong royong sediakan masakan raya, susun kuih dalam balang , kemas rumah ,pasang langsir . 


Dan part paling teruja bagi diri maq sendiri. Maq dah reti  masak ketupat daun kelapa. Kalau sebelum ni maq cuma reti anyam jek tapi pada malam raya haritu ,maq berjaya masak dan berjaya ! 


Cuma..cuma..ketupat daun kelapa maq kurang beras dan hasilnya sedikit lembik..heeee.. Pertamakali kan takkan boleh 100% sempurna macam masakan pakar.

Gambar ni pinjam google punya sebab masa maq memasak ,handphone terpaksa simpan semalaman.


Alhamdulillah , siap memasak dengan ibu pada pukul 3pagi. Dan lepas subuh kami sambung masak kuah lodeh pulak. Maklom masakan bersantan terpaksalah masak lambat sikit supaya tak cepat basi. Kalau rendang , ayam merah dan serunding ,itu boleh je masak awal sebab masakan tu tahan lama.


Raya dan makanan memang terpisah tiada .


Cuma gambar  makanannya takda sebab tukang ambil gambar merangkap tukang masak  sudah penat dan mengantuk , itu sebabnya dia terlupa dah semua haha..

Okeylah , jom lihat serba sedikit suasana raya pertama di kampung family maq pada tahun 2019 ni..


Ececeh..

Merah biru tema raya ni.

Cucu cucu tok abah bergumbire.

Maq ,ibu dan adik .


Dirumah family encik suami .


Ibu mertua dan menantu.






Ok ,done beraya . 

Inshaallah lepas ni duduk jek rumah bila encik suami dan anak anak dah habis bercuti. 

Apa pun maq dan keluarga mengucapkan selamat hari raya ,maaf zahir batin kepada semua.Maaf untuk tiap baris ayat yang menguris sama ada dengan sengaja ataupun  tidak.

Nota maq : Sengaja maq abadikan kenangan shawal 2019 dalam blog sebagai kenang kenangan ahli keluarga dimasa depan.
Inshaallah..


Comments

Popular posts from this blog

Jadilah Waras Dan Jangan Panik

  sekadar hiasan Bismillah, Andai kata dunia makin tak stabil,jangan panik.Tapi jangan juga kosong! Kita di Malaysia mungkin tak dengar bunyi bom.Tetapi kesan perang jauh dari tempat kita masih boleh sampai ke rumah kita dalam bentuk harga barang, gangguan bekalan, perjalanan yang terganggu, tekanan emosi, berita palsu, dan rasa cemas yang makin menebal. Jadi apa persediaan paling waras? 1.Simpan duit kecemasan ikut kemampuan. Tak semestinya terus 3 bulan.Mulakan dengan sasaran kecil yang realistik. Asalkan rumah ada sedikit ruang bernafas kalau harga naik atau urusan harian terganggu. 2.Simpan sedikit tunai di rumah.Bukan untuk berlagak prepper.Tetapi untuk keadaan bila sistem terganggu, line down, atau urusan kecil perlukan tunai segera. 3.Ada stok asas untuk beberapa hari. Air minum.✅ Beras.✅ Makanan ringkas yang keluarga memang makan.✅ Makanan bayi jika perlu.✅ **Jangan panic buying.Cuma jangan terlalu kosong. 4.Pastikan ubat jangan putus. Ubat darah tinggi.✅ Ubat kencing manis...

Jadi Mangsa Keadaan - Perang

Bismillah, 28 Ramadhan 1447. Sedikit kisah dunia yang semakin bergolak disebabkan ketelanjuran perang antara Amerika dengan Iran. Paling menyedihkan kawasan kawasan terpenting telah menjadi mangsa keadaan.   Gambar gambar dibawah adalah antara yang menunjukkan kepulan kepulan asap yang menjulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai selepas kepentingan Amerika di sekitarnya diserang Iran. Sumber : telegram Eko Preppers Malaysia Yang nyata sekarang, akibat perang ,banyak kerugian telah belaku.Yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan. **HasbunaAllah waneq mal wakeel ...

Tukar Jenama Ubat Darah Tinggi

  Bismillah, Sehingga hari ini, Maq masih lagi ambil ubat untuk stabilkan tekanan darah tinggi. Semalam masa ambil ubat difarmasi KK Batu Pahat,ubat darah tinggi maq telah bertukar jenama lain. Jika sebelum ni maq makan ubat yang ni, Tapi semalam, farmasi dah tukar ubat keluaran kilang lain pulak.Macam ni haa rupa ubat dan kotaknya, Nama pun dah lain.Bila ditanya ahli farmasi,apakah ini ubat baru? Beliau jawab , "masih ubat yang sama tapi dari kilang yang berlainan..." Okey, jadinya tadi sebelum makan ubat ,maq buat siasatan di google.Ini maklumat yang maq dapat. Perindopril adalah perencat ACE yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertensil),penyakit arteri koronari yang stabil dan kegagalan jantung. Ia merendahkan tekanan darah dan mengurangkan ketegangan jantung, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Kesan sampingan yang biasa termasuk batuk kering ,pening dan sakit kepala. Masa sahur tadi maq dah makan sebiji ,so kita tunggu hasilnya.Kalau sebelum...

10 Malam Terakhir Dalam Kenangan

Gambar sekadar gurauan  26 Ramadhan 1447H Bismillah, Lama sangat blog ni sunyi.All out untuk ramadhan guys hehehe konon konon lah kot. Padahal tuan badan busy dengan tanggungjawab hakiki.Itu yang pasti. "Allahhumma Balighna lailatul qod" Malam ni dah masuk malam ke 27 ramadhan bagi umat islam di Malaysia. Dulukan masa zaman maq memuda dulu  ,orang tua kami bercerita,10 malam terakhir kalau jumpa hal pelik pelik itulah tanda kehadiran lailatul qodar.Mintalah apa pun,pasti maqbul. Pernah satu malam tu,maq tolong abah mengecat anjung rumah.Rasanya umur antara 12/13/14 tahun kot,lupa dah. Dalam pukul 10 macam tu,tengah ralit sapu cat, tetiba sekor lipan besar yang warna hitam kemerah merahan lalu betul betul depan maq.Lipan tu berhenti dan terdiam depan maq dalam beberapa saat. Maq pulak sejenis budak yang tak geli pun lipan (maklomlah budak kampung tulin) cuma maq tak nak dia mengigit je.Tapi yang lawaknya tetiba dalam otak  muda maq boleh pulak terfikir , " eh,tah tah inil...

Mee Kuning Halal Toyyiban

Assalamualaikum. Alhamdulillah.. Mee kuning NuMee Gardenia akan dijual mulai 15/5 di kebanyakan outlet jualan roti gardenia. Yang pertama di Malaysia yang di pasteur utk membunuh bakteria. Hanya simpan pada suhu bilik. Di buat di kilang baru serba moden. Halalan toyyiban..tak perlu bimbang lagi dengan pihak pihak yang guna nama bunyi keislaman utk perdayakan pengguna islam. - sumber group whatsapp 

Suami You Kan Tak Kerja,Dia Buat Apa je Dirumah?

  Beliau ♥️ Bismillah, Kongsi sikit kisah keluarga sendiri.Nak cakap pasal keluarga oranglain tak boleh ,kita bukan duduk serumah pun dengan mereka ,so jangan nak memandai. Pernah satu hari.Waktu maq hadiri majlis kenduri kawin sorang sahabat.Sesaorang telah bertanya;  " suami you kan dah tak kerja ,so dia buat apa je kat rumah tu? "  i is :  telinga berdesing ,jantung dupdap dan hati seperti nak retak.Dalam minda ni berselirat urat mikir,ngkau ni takda soalan lain ke nak tanya? kenapa tanya pasal suami i??! Tapi maq beri jawapan dengan tenang.So sahabat maq pun berpuasati dengan jawapan yang maq beri.Padahal jawapan tu hanya⅒ je dari aktiviti harian encik suami. Yang sebenarnya aktiviti beliau padat.Ini list hakiki yang encik suami buat hari hari.Dari celik mata sampai beliau masuk tidur.       ------------------------------------------------------- 5.00 am - Mandi & siap siap untuk ke masjid 5.30 am - Dah gerak ke masjid 6.30 am - Basuh kain baju...

10K KWSP Diluluskan

  Assalamualaikum. Ramai seronok bila PM umumkan wang KWSP boleh dikeluarkan lagi dalam pengeluaran khas KWSP RM 10,000. RM 10 Ribu bukan jumlah yang sedikit bagi mereka yang berpendapatan sederhana & rendah. Banyak boleh dilakukan dengan RM10ribu tu. Lebih lagi dalam zaman terdesak sekarang ni. Zaman dimana semua harga barang NAIK. Dengan RM10K  tu banyak benda boleh buat. Dulu, waktu maq baru memasuki alam remaja ,lepas  SPM maq pernah bekerja disalah sebuah syarikat pengeluar pakaian dibandar Batu Pahat. Bila tengok pada slip gaji rupanya ada dibuat pemotongan KWSP , padahal masa tu gaji baru RM4.00 sehari. Allahhu kecil sangat gajinya kat tapi gaji yang rm4.00 sehari tu boleh bantu orang tua lagi ko.  Lagilah maq anak sulong, bila hari gaji mesti nak ajak adik adik pergi makan kat bandar. Tak taulah boleh pulak cukup tu ,padahal rm4.00x26 hari ,tolak kwsp ,baki berapa rm sangat lah kan. Tapi balik makan boleh lagi pergi shopping. Keberkatan tu kena ada ,insha...

Dunia Bukan Untuk Dunia

Gambar sekadar hiasan Bismillah, Awal pagi tadi Maq sempat layan satu video ceramah. Nasihat yang penceramah tersebut sampaikan sangat terkesan dihati maq sampailah ke malam ini. Nasihatnya lebih kurang berbunyi macamni, "Hidup didunia hanya untuk kehidupan kita diakhirat nanti. Dunia bukan untuk dunia tapi untuk akhirat. Jangan lupa itu ya ibu ibu..." Mulanya maq tak perasan jugak apa yang cuba beliau sampaikan.Nampak macam biasa biasa aja ayat tu.Tapi bila difikirkan secara peribadi.Ye benarlah, Kita bekerja untuk keluarga sebab nak pahala. Kita baca quran sebab nak pahala. Kita beribadah sebab nak pahala. Kita buat baik sebab nak pahala. Semua benda dilakukan sebab berharafkan pahala sedangkan pahala tu kita bukan boleh nampak pun kat dunia ini. Semuanya bakal terlihat nanti diakhirat. Yang berusaha nak kumpul pahala akan terus berusaha. Tapi kadang asbab hasutan syaitan nirojim, manusia terlalu berminat untuk nampak hebat semasa kat dunia. Terlalu yakin diri hebat. Sehing...

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...