Tidak Berkerja Tapi Nak Buat Buku Simpanan di Bank?


Assalamualaikum.

Harini maq dapat sikit pengalaman. Atas sebab tertentu yang tak dapat dielakkan , maq terpaksa buka akaun bank di RHB bank. Mungkin ramai tak percaya yang maq memang  tak punya apa apa akaun bank . Al maklum kerja sendiri kan. Dan akaun paling aktif bagi maq cumalah  ASB ( Amanah Saham Bumiputera) itupun kadang kala krik krik juga hehe..

Dan harini bila maq pergi ke RHB bank untuk buat buku akaun  ,rupanya tak semudah yang disangka. Mungkin pertamanya  disebabkan maq tak berkerja? Jadinya bila ditanya:

 "puan berkerja dimana? Ada akaun bank mana mana ?"

Dan jawapan maq beri cumalah :

" saya tidak lagi berkerja dan tak ada punya mana mana akaun bank.."

Makanya bank bagilah dia punya syarat syarat yang perlu maq penuhi. Rupanya untuk buka akaun bank  bagi surirumah sepenuh masa macam maq ,ada beberapa dokumen yang wajib maq sediakan . Ianya ialah :

Mykad Suami

Slip gaji Suami yang terkini.

Bil air terkini dan beralamat terkini.

Bil elektrik terkini dan beralamat terkini.

Okey ternyata pada zaman sekarang ,untuk buka akaun bank tak semudah dulu dulu. Apatah lagi bagi surirumah macam maq yang tak ada perkerjaan langsung. Tadi maq tak jadi nak buat buku simpanan sebab dokumen yang dikehendaki tu maq tak sediakan lagi. Inshaallah esok maq akan ke bank semula bersama dokumen dokumen diatas.

Semoga semua urusan dipermudahkan dan berjalan lancar. Dan niat maq nak buka akaun bank diRHB bank itu ,berjaya..  Aamiin..

Comments

Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Melepaskan rindu dalam kereta

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu sejat ganti santan kelapa

Pesanan SMS dari MKN

Kek Susu ( bakar )

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Senarai Doa yang boleh kita selitkan dihari arafah

Pesanan MKN