Skip to main content

Posts

Kenangan bagi burung makan di Kota Madinah

Assalammualaikum. Video diatas ini sebenarnya video peribadi maq . Tapi bila Oppo dah suruh update handphone, lepastu bertalu talu pulak aplikasi dari oppo masuk. Sampaikan storage handphone asyik penuh. Akhirnya maq ambil keputusan untuk simpan je video pendek ini diblog ini. Harap harap lepasni storage kembali okey. Bawah ni aplikasi yang oppo bagi, dah tu tak boleh nak uninstall pulaknya..Allahhu.. Maq redha..nak tukar handphone lain macam belum mampu lagi 😂 Tapi kenapa nak simpan video yang pendek macamni? Mungkin itu pengalaman pertama dan terakhir maq ke sana. Jadinya biarlah semuanya jadi kenangan abadi maq dan family. Pengalaman yang tak mungkin berulang biarpun maq diberi peluang kedua. Maha suci Allah. Hanya Dia yang tahu tentang segalanya. Seronok sangat masa tu. Makanan burung itu dijual oleh penduduk tempatan disitu. Ibu maq beli 3paket , dan beliau bersungguh suruh kami bergambar dalam ratusan burung yang sedang ma...

Sutrah Solat

Assalammualaikum. Kayu, tiang, pokok atau apa saja yg dijadikan "Sutrah Solat" hendaklah ke kanan atau ke kiri sedikit- Ustaz Mohammad Haidir Hussin. َعَÙ†ْ الْÙ…ِÙ‚ْدَادِ بْÙ†ِ الْØ£َسْÙˆَدِ Ø£َÙ†َّÙ‡ُ Ù‚َالَ : Ù…َا رَØ£َÙŠْتُ رَسُولَ اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ صَÙ„َّÙ‰ إلَÙ‰ عُودٍ ÙˆَÙ„َا عَÙ…ُودٍ ، ÙˆَÙ„َا Ø´َجَرَØ©ٍ إلَّا جَعَÙ„َÙ‡ُ عَÙ„َÙ‰ Ø­َاجِبِÙ‡ِ الْØ£َÙŠْسَرِ Ø£َÙˆْ الْØ£َÙŠْÙ…َÙ†ِ، ÙˆَÙ„َا ÙŠَصْÙ…ُدُ Ù„َÙ‡ُ صَÙ…ْدًا . رواه أحمد وأبوداود Daripada Al-Miqdad bin Al-Aswad berkata: " tidak pernah aku melihat Rasulullah saw solat menghadap kayu, tidak juga tiang dan tidak juga pokok melainkan baginda menjadikannya bersetentangan dengan keningnya yg kanan atau kiri dan baginda tidak menghadapnya tepat dgn muka."  - Riwayat Ahmad & AbiDaud Anda tentu tahu apa itu sutrah solat. Biasanya bila solat dikawasan yang terbuka,tempat laluan orang ramai dan kita hendak lakukan solat, makanya kita akan jadikan sesuatu sebagai bahan penghadang dihadapan kita. Sutrah solat boleh men...

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...

Puncanya Kerana Tamak

Assalamualaikum. Hari ini hati ini terpanggil untuk meluahkan sedikit isu negara. Sejujurnya maq antara warganegara yang tidak minat langsung hal hal politik ini tetapi bila sesuatu keadaan itu sepertinya kian mengancam bangsa sendiri. Maq sama sama rasa bimbang dan terpanggil untuk memberi pandangan. " Mereka" hina askar yang majoritinya anak melayu? Anggap askar hanya layak kerja di felda? Allahhuakhbar.. Kalau makan tidur, siapa yang jaga keamanan negara disempadan dihutan tu? Siapa yang jaga persisiran pantai dari diceroboh tu? Pelayan dikelab malam ke?  Manager dari kilang kain ke? Promoter dipasaraya ke? CEO yang  katanya warganegara Malaysia tapi tak pandai cakap melayu langsung tu ke? Jangan berani pertikai jika anak cucu mereka pun tak boleh nak buat semua kerja kerja askar tu. Yang mereka tahu kerja  mesti ada penghawa dingin sebab badan mereka dah masuk banyak sumber makanan yang " panas". Sedih. Sejak pertukaran tampok pemerintah selep...

Hujan Lebat Di Mekah

Assalamualaikum. Bumi Mekah dituruni hujan sejak beberapa hari ini! Itu antara info yang maq dapat dari group whatsapp. Terbayang di ingatan ini bagaimana suasana hari nak hujan di Mekah ketika maq kerjakan umrah awal tahun lalu. Ribut pasir dan debu yang berterbangan sangat sangat menduga..Allah huakhbar. Seperti biasa ,bila hujan turun ,bacalah doa seperti di bawah ini. Kita tak tahu apa agenda Pencipta Alam. Tapi setakat ini , apa yang kita tahu , Allah hanya beri pada apa yang kita perlu ,bukan pada apa yang kita nak. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Agak sedih bila ada berita yang kita terima dimana beberapa puluh orang jemaah dari Malaysia diarah pulang bila tiba ditanah arab tempohari. Ada juga yg tak berkesempatan langsung nak jejakkan kaki masuk kedalam kapalterbang bila syarat visa mereka tidak melepasi syarat syarat  penerbangan. Tapi harini bila maq dapat beberapa potongan video tentang jemaah haji 1440H yang sekarang masih ada di Mekah. Hati ma...

Sihatkan kulit wajah dengan Elianto

Assalamualaikum. Bila dah berusia ni, apa yang biasanya orang nak ialah nak nampak muda ! Haa betul kan? Hehe kalau maq ,nampak tua ke muda ,maq tak kisah yang penting nak sihat. Sihat keseluruhan. Mental dan fizikal , zahir dan batin , sihat minda , pertuturan yang sihat dan makan minum sihat , masyarakat keliling yang sihat .  Haa complate sihat tu, siap masukan masyarakat keliling lagi , hehe. Harini Jumaat , hari untuk maq manjakan kulit wajah supaya nampak ? Ahha nak  Sihat ke nak muda eah ? Okey dua dua ! 😂 ,inshaallah.. Kalini maq cuba masker dari keluaran Elianto. Produk Korea gitu..  " lets kill this love ,oyeah !" 😂 Masker yang diperbuat 100% dari kapas. Mengandungi ekstrak buah buahan semulajadi.  Baunya lembut , tak seperti mask yang maq pernah pakai sebelum ini. Sepaket ada 3pcs dengan harga rm 6.00+-. Jimat kan? Kalini maq pilih 'anti - aging' haaa sah sah nak nampak muda lah ni ! alamak kantoi pulak hehe.. Baru sekali pakai , dah...

Nasihat kepada Penyembelih korban

Assalamualaikum. Sejak kebelakangan ini banyak artikel mengenai  Korban yang maq dapat dari group group whatsapp. Korban yang bakal dijalankan tak lama lagi kadangkala mencetuskan kontrovesi dikalangan masyarakat setempat.  Ada sedikit nasihat yang  dibagi kepada penyembelih ,pelapah dan a.j.k pengurusan korban dan tuan badan yang melakukan korban. Maq ambil copypaste ini dari group Biro Taman Bukit Perdana. Semoga beri manfaat. PENCURI DAGING KORBAN : Antara dosa yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban. Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau bahagian dari binatang korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya korban. Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih, pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Tanpa terlebih dahulu meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban itu, mereka mengambil bahagian korban yang mereka sukai. Ini t...