Assalamualaikum.
Langit senja yang merah.Kejadian yang belaku pada senja 28hb Oktober 2021. Lokasi langit depan rumah maq.
Waktu ni maq masih lagi kemurungan selepas pemergian anak buah kesayangan ,Arwah Adam Danish ( 28/10 - baru seminggu Arwah Adam pergi ) Dan harini pun maq masih rindu kenangan bersama arwah.
Al Fatihah buat Adam Danish bin Nazrulhisham.
Senja tu (28/10)seperti biasa rutin maq ,bila encik suami nak ke surau ,maq akan perati beliau dari cermin tingkap. Mohon doa agar Allah pelihara perjalanan beliau ke surau ,pergi dan balik.
Gambar 1-
**gambar atas
1- sudut maq buat kerja
2-Encik suami ( mangsa kena perati )
hahaha sejak dulu memang maq dah buat kerja ni tau.Encik suami nak pergi kerja pun maq buat hal serupa,perati sambil doa..
Siapa tak sayang suami ,cik tipah oii..
Tapi senja pada tarikh tersebut 28hb oktober 2021( hari Khamis ,malam Jumaat ) mata maq tak perati pun encik suami nak ke surau tapi mata tertumpu pada kejadian awan senja yang ..yang ..yang entahlah... tak reti maq nak katakan kat sini. Korang tontonlah video tiktok dan video asal yang maq sertakan ni.
Maha suci Allah ,pencipta sekelian alam. Kejadian awan tu tak lama tau sebab pada video 1 tu ,bila maq perhatikan semula langit dan maq fokus semula kamera fon maq ,awan tu dah lesap..mungkin dah kena tiup angin dan awan warna kemerah merahan tu kabur. Ia dah tak merah macam mula mula maq rakam tu..
Waallahua'lam..
Comments