Selamat tinggal 2021
Assalamualaikum..
2021...terlalu banyak kenangan pahit & manis buat maq pada tahun ni.
ye.. terlalu banyak tapi kita ambil yang paling layak untuk dikenang.Jom buka semula galeri fon.
Febuari 2021 - anak kedua kami ,Ety nikah berSOP.Moment yang tak pernah disangka sangka sebab majlis hanya ada maq anak beranak bersama keluarga pengantin lelaki yang datang hanya beberapa orang . Ini disebabkan PKP tak boleh merentas negeri lagi. Rentas negeri bersyarat.Rentas daerah pun tak boleh.
March 2021- kemuncak sakit lutut,akhirnya jumpa pakar dan banyak benda yang disarankan untuk kesihatan lutut maq.Masani hari hari nangis bila buat kerja rumah sebab dari lutut ianya merebak sampai ke peha dan pinggang .Allah bagi jalan,dapat rawatan kat klinik Zainab,alhamdulillah.
May 2021 - sekali lagi rakyat malaysia sambut raya tanpa keluar kemana mana.Hanya video call penyambung silaturahim.Semua angkara ujian pendemik C19.
Jun 2021 - anak sulong maq bersalin anak ke 2 beliau secara czer sekali lagi asbab saiz baby besar dan takda jalan keluar untuk bersalin secara normal .
Julai 2021 - maq dan encik suami dapat vaksinasi pada usia tua. Dos pertama okey masuk dos kedua ,tumbang 3hari.
Ogos 2021- Pak andak kami dah pergi meninggal kan kami buat selama lamanya kerana sesak nafas dikediaman beliau. Al Fatihah buat roh Bukari bin Saimin.
Oktober 2021 - Adam Danish 13 tahun ,pergi untuk selama lamanya .Anak buah kesayangan maq & kesayangan semua. Sesak nafas ketika tidur .. Al Fatihah buat arwah Adam Danish.
Disember 2021 - terlalu banyak kisah yang perlu dipendam dan akan terus disimpan hingga sampai pada waktunya.
Abadikan sebuah senyuman sebelum semuanya berlalu pergi...
2021...
2022 ...bismillahitawakkaltu a'allah..