Skip to main content

Air Pasang besar Di Batu Pahat

 Assalamualaikum.


Semalam kita dikejutkan dengan kejadian letusan gunung berapi Semeru di Jawa Timur ,Indonesia. Kejadian yang melibatkan kediamana ratusan penduduk dilereng kawasan berhampiran. Hanya Allah yang Maha mengetahui setiap apa yang sudah belaku,akan belaku dan belum belaku. Alam ini milikNya.






Semoga mereka diberi perlindungan oleh Allah swt. 


Harini pulak , 5/12/2021 ,dipantai selat melaka telah berlaku air pasang besar.

Yang mana ianya melibatkan kawasan persisiran pantai disepanjang selat tersebut , termasuklah kawasan pantai di Daerah Batu Pahat. 




Gambar atas ⬆️ dikampung Parit Balak ,Koris.

Atas ni kawasan pantai dikampung halaman maqnie.Sepanjang maq duduk sini sejak lahir hinggalah berkahwin dan sampailah sekarang, inilah pertamakali maq dapat lihat air laut melimpah ke sungai kecil depan rumah penduduk kampung .

Namun dirumah keluarga maq , dikhabarkan tiada air pasang yang singgah.Ini disebabkan kawasan tersebut agak tinggi keadaannya. Alhamdulillah.

Video & gambar dikongsikan oleh penduduk setempat dalam group whatsapp.


⬆️ diKampung Sungai  Kluang ,Rengit.

Rumah family salah seorang sahabat sekolah maq yang dikongsikan digroup sekolah.Rengit jauh dari Parit Balak tapi masih berkongsi lautnya ( laut selat melaka )

Semoga semua mangsa banjir air pasang tabah dengan ujian ini.

1-
2-

3-

4-




Video 1&2 : Laut Parit Balak.
Video 3 : Laut Raja Sehari,Perpat.
Video 4 : Laut pantai Punggur.

Hasil perkongsian dari group whatsapp.

Sama sama kita doakan agar  penduduk yang terlibat diberi keselamatan dan dipermudahkan pada setiap urusan.

Moga mereka akan terus bersabar dengan ujian dari fenomena alam ini.

Kalau tak silap maq,bulan lepas pun ada  berlaku juga air pasang besar dan harini ia belaku sekali lagi.

Maha suci Allah yang pentadbir sekelian alam.Ini semua milikNya dan kita semua hanyalah  peminjam.

Yang pasti kita kini sudah berada dizaman  yang dipanggil difasa yang ke 4 ~ Sedangkan Rasulullah pernah  bersabda bahawa umat baginda nanti akan melalui 5 fasa. 

 waallahua'lam...










Popular posts from this blog

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Dos Bertambah Sebab Degil

Kita Hanya Seorang Hamba

Daging Korban Nak Masak Apa?

Kita Tak Rasa Luka Dia

Tips Masak Nasi Guna Beras Basmathi

Muslim Malaysia Beruntung

Pesanan untuk anak perempuan

Resepi Samperit Klasik