Skip to main content

Jemputan perkahwinan di Sungai Siput,Perak

 

Assalamualaikum.


Maq sekeluarga dapat undangan majlis perkahwinan dari pakcik yang berada di Sg Siput,Perak. Majlis berlangsung pada 25/12/2021.

Selepas kejadian banjir pada 18/12/2021 lalu, kami agak berat hati nak kemana mana apatah lagi nak ke Perak. Lebih lagi wabak yang sedang menular kat negara kita ni masih dalam lingkungan  kes tinggi.

Tapi bila tarikh dah nak dekat ,rasa tak sampai hati nak abaikan undangan tersebut.Sebab family maq memang rapat dengan pakcik kami dan pakcik maq ni pun baru pertamakali buat majlis perkahwinan anak.

Malam 24hb tu -pukul 4.00 pagi kami gerak ke Perak.

Oleh kerana dah lama tak jalan jauh dan keadaan jalanraya yang agak sunyi,kami mulakan perjalanan dari tol Yong Peng yang lebih meriah berbanding Tol Pagoh yang suram keadaannya pada pukul 4.30 am. 

Dari Yong Peng kami singgah tol Nilai (exit 214) untuk solat subuh & sarapan.Jam menunjukan pukul 6.10 pagi.

**kami bawa bekal makanan dari rumah.Yang pasti bukan makanan pedas/masam yang kadang kadang akan menggangu perut ketika perjalanan jauh.Apa yang kami tahu sejak pendemik ni kedai makan di R&R ada had masanya untuk beroperasi. Kalau dah bawa bekal siap siap dari rumahkan senang.

Dan pukul 7.00 pagi kami dah masuk highway utara selatan semula. Tol Nilai exit 214 to Ipoh ,Alhamdulillah semua berjalan lancar.









Sampai Ipoh dalam pukul 11.30 pagi,anak kedua maq call beritahu yang dia dah bookingkan hotel dikawasan berhampiran rumah pakcik.

 Alhamdulillah , kami pun teruslah cari lokasi hotel tersebut,sebelum jalan jalan ke tempat seterusnya.

Apa yang pasti ,di Sungai Siput takda pasaraya untuk beli belah.Kalau nak shopping ,baik pergi ke Ipoh,kat sana ada banyak pasaraya untuk dibuat pilihan .



Okey dah jumpa MH hotel. Masa untuk isi perut.Dari malam tadi hanya beralaskan roti dan air je ni.



Sementara tunggu nak check in ,sempat lagi isi duit "becek" kata orang jawalah,orang kelantan panggil apa ye? Ada beberapa sarung tu kiriman dari family maq yang tak dapat hadir .

Dah jadi adat orang kita ke majlis dengan duit salam keruk ,yang mana kalau kita faham maksud nya lebih kepada ,

" berkongsi rezeki "

Adat yang menggalakkan umat islam bersedekah ,Alhamdulillah.






pukul 3.00 check in.Masa untuk luruskan  pinggang. Selepas 12jam lebih duduk dalam kereta.


pemandangan dari bilik hotel kami duduk tu.


Suasana malam melabuhkan tirainya.Lepas maghrib kami keluar cari kedai makan yang tak berapa jauh dari hotel.Bila malam meriah jugak Sungai Siput ni.


Kedai Mixnight tom yam. Makanan sedap dan harga lebih murah dari harga makanan kat Batu Pahat,Alhamdulillah..

Lepas makan kami kerumah pakcik untuk ziarah sedara mara buat persiapan.Alhamdulillah semua berjalan lancar untuk majlis keesokan harinya. 

11.30 malam balik hotel & tidur.....

25/12/2021 - pukul 11.30 pagi kami dah check out dari MH hotel. Semalam dicaj rm 178.00-public holiday /hari biasa-rm148.00 .Hotel memang cantik .Katil king untuk kami bertiga ,haha muat tidur 3 orang,takda pun yang jatuh katil tau .



Video pendek jek sebab masing masing tak tutup aurat sempurna.Korang kalau kesini,kena bawa bantal extra dari rumah ,sebab katil besar tapi bantal 2 je. Masa maq naik lift ,beberapa orang pelanggan bawa bantal extra,agaknya mereka dah pernah menginap disini kot . Ruang bilik sangat selesa ,boleh bentang toto dan 2/3 orang dewasa  boleh tidur dengan selesa atas toto tu.






Sepupu sepapat yang sempat hadir dimajlis tersebut ⬇️⬇️
 




Majlis ber SOP ,semua kena berhati hati.

Malam tu pukul 11.00 malam kami dah gerak balik ke Batu pahat.Kenapa pilih waktu lewat malam untuk perjalanan jauh ?

- kereta tak banyak
- cuaca tak panas
- drive tanpa rasa tertekan dengan pengguna lain
- drive santai santai
-encik suami suka waktu ni

Kami pilih laluan highway Ipoh ke Bukit Gambir ,Muar. Pukul 5.30 pagi kami dah selamat sampai di Batu Pahat..Alhamdulillah.





Simpan semua kenangan di Sungai Siput diblog ini.Semoga pengantin kekal bahagia sampai syurga.















Popular posts from this blog

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Daging Korban Nak Masak Apa?

  Bismillah, Ada dapat daging korban tapi tak tau nak masak apa? Jom kita cuba 2 resepi kat bawah ni. Resepi daging black pepper Bahan-bahan: Daging Bawang putih 4ulas (tumbuk) Bawang holland 2 biji Serbuk kunyit 1 sudu kecik Sos black pepper Lada hitam 2sudu (tumbuk) Capsicum hijau 1biji Tomato 2biji Carrot (optional - taknak letak pun takpe) Daun bawang (optional-taknak letak pun takpe) Garam, gula, aji Minyak masak Cara Masak: Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau lepastu masukkan bawang putih. Kemudian masukkan sos blackpepper & lada hitam yang ditumbuk tadi. Masukkn garam, gula,aji. Masukkn carrot,lada capsicum.agak agak bila  sayur dah lembut ,masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang. Ok dah siap! Kredit resepi Fatimah Ibrahim Resepi daging merah thai Bahan memasak, 1 kilo daging -rebus +pewarna merah 2 sudu makan cili blander 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos tiram 1 su...

Aturan Allah Sangat Indah

  Bismillah.. Selamat malam. Sebenarnya takda idea apa pun dalam minda saat ni.Tapi jari jemari ini perlukan senaman dan Maq pilih untuk menaip. Dari tahun 1993 Maq menjawat jawatan isteri dan surirumah tangga sepenuh masa, tahun 2025 ni rasanya Maq dah layak ke untuk terima anugerah? Hahaha tiber ! Sebenarnya tak perlu pun semua tu. Bagi Maq ,lepas nikah fokus hidup Maq cuma pada rumahtangga,suami,anak anak dan alam. Bila dah semakin berumur macam sekarang ni,tak sangka kehidupan boleh berubah sejauh ini. Asalnya Maq hanya seorang budak kampung yang naif yang terpaksa jual kuih epok epok untuk duit belanja dan tambang kesekolah.Dan Maq juga terpaksa tamatkan alam persekolahan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) demi beri laluan kepada 2 orang lagi adik yang perlu meneruskan pelajaran mereka. Alasan parents , adik adik Maq lebih bijak so pelajaran mereka lebih penting  di beri keutamaan dan Maq anak sulong yang IQ pun level sederhana je ni lebih baik car...

Blog Sunyi,Maqnie Sunyi

  Bismillah.. Lebih separuh tahun dah 2025 berlalu. Terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan telah dan sedang kita lalui. Sebagai wanita dewasa yang dipilih melihat kehidupan akhir zaman didepan mata,jujur cakap,maq takut,maq sedih dan maq jadi penat dan kadang jadi terlalu penat. Kita sedang berada dizaman fitnah.Zaman dimana ,you buat hal yang betul dikata salah dan you buat hal yang salah tentu tentunya dikatakan salah. Rasulullah pun ada pesan ,jika kita tak dapat nak ucapkan hal yang baik baik,pilihlah untuk berdiam diri. Dan sentiasalah bersangka baik dengan ujian Allah. Dan dalam post kalini,maq just nak cakap, " Yaa Allah ,maq dah penat.Sangat sangat penat..."

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Khutbah Jumaat JDT

        INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT TARIKH : 06 Mac 2020                  11 Rejab1441 TAJUK  :  Menghargai Wanita                 1) Agama Islam- agama yg hormati kaum Wanita; iktiraf kepentingan mereka dlm kehidupan; Allah letak kedudukan Wanita di tempat mulia. 2) Firman Allah Surah An-nisa'/32 bermaksud: "Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yg Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (utk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yg lain (tentang harta benda ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran) kerana (telah tetap) orang orang lelaki ada bahagian dari apa yg mereka usahakan dan orang orang perempuan pula ada bahagian dari apa yg mereka usahakan." 3) Kaum Wanita- golongan istimewa; berperanan dlm kehidupan keluarga masyarakat & negara; berkebolehan laksana dua kerja dlm satu masa; sebagai isteri dan  sebagai ...

5 Sikap Yang Mematikan Perasaan Pasangan

  sekadar hiasan** Bismillah, 5 sikap yang mematikan perasaan pasangan. 1.Bahasa Kasar. 2.Memandang Remeh kepada pasangan. 3.Banyak mengarah pasangan. 4.Membandingkan pasangan dengan orang lain. 5.Sikap mengungkit dan menyimpan dendam. Sumber dari sedutan Ceramah Ustazah Nazirah Abu Bakar. Semoga kita tidak menjadi pasangan yang bersikap seperti diatas.

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Tips Untuk Turunkan Asid Urik

  Bismillah, Smoothie Semulajadi Untuk Turunkan Asid Urik Bahan-bahan: 2 batang saderi (celery) 1 biji timun (saiz sederhana – organik lebih baik) 1 biji epal hijau ½ biji lemon (ambil jus sahaja) 1 sudu kecil halia segar (dihiris nipis) 1 gelas air sejuk ATAU air kelapa muda (pilihan) Pilihan tambahan: Beberapa helai daun pudina (untuk rasa segar) Cara Penyediaan: 1. Basuh semua bahan hingga bersih. 2. Potong kecil supaya mudah dikisar. 3. Masukkan semua bahan ke dalam blender bersama air pilihan. 4. Kisar sehingga halus dan sebati. 5. Teruskan minum ketika masih segar – sebaiknya waktu pagi semasa perut kosong.  Tips Penggunaan: Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk kesan yang optimum. Elakkan menambah gula atau pemanis. Jika anda mempunyai perut sensitif, mulakan dengan kuantiti kecil dahulu dan tingkatkan secara beransur. Khasiat Setiap Bahan: ♥️Saderi & Timun: Diuretik semulajadi, bantu buang lebihan asid urik melalui air kencing. Kaya air dan rendah kalori. ♥️Epal H...

Senaman Bersesuaian Penyakit

  tekan gambar untuk penerangan yang lebih jelas Bismillah, Rupanya setiap penyakit ada kesesuaian dalam lakukan senaman dan pergerakan harian kita.Kalau tengok pada gambar, setiap senaman ada dijelaskan berkaitan penyakit penyakit tertentu. Sengaja dikongsikan diblog untuk tambah tambah ilmu dunia sesama kita.Semoga beri manfaat.Moga jadi pahala kepada pemilik gambar. Credit to owner 💕