Hina tak berharta?
Assalamualaikum
Memang benda yang dah berlalu tu dianggap sebagai memori pada oranglain ,tapi bagi maq ,setiap ayat pedih yang masuk dalam kotak ingatan maq ini,ia akan terus melekat kat dasar memori.Sukar nak padam,payah nak tanggal. Guna raja gam barangkali.
Hina sebab takda harta. Lagi hina sebab dah tua tak bekerja! Betul ke? Bawahni luahan hati maq sendiri yang maq dah post kat instagram ,apabila setiap orang mula anggap bahawa harta tu lambang mulia dalam hidup ni,berlumba lumba nak tunjuk siapa kaya tu perkara wajib !!?
Argh !!! lemah !
1993- Saya dikecam sebab ambil keputusan untuk pilih operator kilang sebagai pasangan hidup,ruginya tak pilih orang kerajaan yang pendapatan agak "lumayan" . Saya cakap nanti anak anak saya ,saya akan suruh diaorang jadi orang kerajaan.Ayah dia, biar je jadi orang biasa biasa.
1995- pernah dulu orang tanya saya ,nikah dengan operator kilang ni boleh hidup ke ?? gaji kecik nak makan apa??anak anak kecik ,rapat pulak tu setahun satu. Allah...walaupun hati terasa pedih saya cuma senyum sebab saya tahu rezeki saya dari Allah,bukan dari orang lain. Kalau pun ada oranglain datang bantu ,itu juga dari Allah . Allah yg hadirkan rezeki utk saya dalam rezeki dia.
2018- Pernah seorang sahabat berbangga cerita kat saya ,yang suami dia kerja gaji besar , sebulan basic je rm4000 ,tu belum campur overtime ,belum kerja tripel, double ,kadang jejak rm 6-7K sebulan. Tapi saya tengok sampai sekarang sahabat saya tu buat kerja partime kat rumah,siang malam buat kerja sampai nak tidur ,nak makan pun tak cukup masa.
2020- Ada lagi yg bersuara dah pencen duduk rumah sesaja takda kerja ,nak buat apa? umur belum 60 tahun. Kat luar tu orang tua 70/80tahun pun masih ada yang kerja susah payah nak simpan duit , nak hidup senang,nak bersaing dgn orglain. Nak kumpul harta ,nak hidup mewah,kami ni tak nak mewah macam orang lain? duduk pun rumah murah,guna pun kereta murah..macam takda wawasan langsung dlm hidup ...Saya mampu diam & senyum. Sebab saya tak boleh nak ubah perangai org yg suka bersuara tu kecuali dia ubah dirinya sendiri..
2021- Saya masih lagi diam dan tetap akan pilih utk terus diam dengan kecaman dan kata kata pedih yang datang menusuk. Sebab saya tahu apa yg saya dan suami lakukan kat rumah sekarang ni. Yang nampak macam takda buat apa apa kerja. Dan nampak macam hina sangat hidup takda berharta ...tapi kami ada matlamat hidup sebelum MATI.
Harini - teringin sangat saya nak bersuara , jangan suka pertikai hak orang, rezeki orang,jodoh orang sebab semua tu rezeki dan setiap orang rezeki mereka berbeza . Ketentuan rezeki itu adalah hak Allah..
And you ..you kerjalah , kumpul lah harta sebanyak mana yg you mahu sampai Allah panggil you balik. Kalau pun kita bukan orang baik tapi sentiasalah bersangka baiklah dgn Allah.
Allah maha baik ♥️
Hina sangatkah kalau hidup takda harta?
Comments
1993 dana baru darjah 5 masa tu kak... hehehhe
Fuzy : ye betul ,bahagia dengan cara yang tersendiri.