Kuah pecel

 

Assalamualaikum.

Maq jumpa resepi ni kat facebook. Sedap kuah pecel /kuah kacang ni kalau makan dengan sayur celur dan tauhu,tempe goreng. jom baca resepi.

Goreng dgn minyak semua bahan.


Sekilo kacang tanah

rm2 cili kering

Segenggam ikan bilis

seketul ubi keledek,buang kulit dan potong nipis

Bawang kecik 15 biji, racik halus (saya guna 2biji  bawang besar)

belacan (agak2 dlm 2 inci)

Cara membuatnya,

tumbuk/blend kering , Cili,ikan bilis,bawang,ubi keledek (tumbuk dgn lesung batu pun boleh)

tumbuk/blend kacang jangan sampai halus..

Gaul rata semua bahan yg di tumbuk/blend.

Tabur 2 cawan gula, satu sudu aji (kalau suka) dan 2 sudu besar garam..

Gaul sekata. Kalau tumbuk dgn lesung, boleh tumbuk sekali lagi untuk bagi sekata...


Cara bancuh :

Air asam jawa (agak2 la masamnya ye) gaul dgn kacang yang ditumbuk tadi..Jangan cair sangat dan taknak pekat sangat..

Gaul dgn timun,kangkung,pucuk ubi,kacang panjang,tauge yg telah dicelur serta tempe dan tauhu yg telah di goreng..

Masyaallah,sedapnyaaaa...


gambar google**

semoga insan yang empunya resepi dan gambar ini ,Allah permudahkan semua urusan dunia dan akhiratnya,aamiin

Comments

  1. sedap kalau buat sendiri ni boleh adjust pedas ikut citarasa kita kan :) singgah malam ke sini, jalinan ukhuwah dari AJ

    ReplyDelete
  2. Ana , betul tu.
    t.kasih singgah ye.maq otw ke blog ana. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Brisk Walk Dan Kelebihannya

9 Zulhijjah 1447H

Himpunan Doa Arafah 2025

Berkorban Apa Sahaja

10 Zulhijjah 1447H

Makan Malam Di Warong Che Senah ,Kampung Baru

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Diam Diri Umat Akhir Zaman

Santai Petang Di Kuala Lumpur