Selamat tinggal maxis

 

Assalamualaikum.

Bila dapat tahu nombor fon maxis maq kena block, anak menantu dan anak maq ( Along ) tawarkan diri untuk hantar maq uruskan masalah simcard tu.Tanpa berfikir panjang ,maq pun terus kata ,

"ok,boleh jugaklah.."

Walaupun plan awal nak tunggu je encik suami balik kerja pukul 4.30 petang  kemudian kami ke kedai maxis yang berhampiran.

Mula mula mereka bawa maq ke pergi kedai maxis pertama. Pekedai tu kata ,

"kalau nombor kena blocked you kena guna postpaid selama 6 bulan dengan harga rm98/bulan. Kemudian lepas 6 bulan you akan dapat balik nombor lama you yang dah kena blocked tu."

Kami pergi kedai maxis yang kedua pun ,mereka beri kata putus yang serupa. Guna postpaid selama 6 bulan dengan kos rm98/bulan.

what?ini dah macam kena denda dengan maxis je ni. Padahal maq bisnes apa je untuk bayar bil internet sebanyak tu? wifi Yes kat rumah tu dah rm 90 + bil maxis ni pulak rm 98 . Bayar rm 188 sebulan untuk internet semata bagi maq ini adalah satu pembaziran.  

Lainlah untuk orang yang bisnes besar besar, income puluhan ribu ringgit tu memanglah sesuai tapi bagi maq yang cuma bisnes santai santai kat rumah ni, cukuplah guna mana mampu, je asalkan ada .

Anak menantu cadangkan maq guna umobile.


Dengan bayaran rm 30.00, akhirnya nombor fon maq bertukar.

Harga simcard rm 10 + kredit rm20. Lepas bayaran dibuat ,kredit maq berjumlah rm26 ada dalam fon tu untuk diguna selama sebulan,lepastu kena top up semula.

Cukuplah semua tu bagi maq. Yang penting maq boleh jalankan rutin harian maq dengan fon macam biasa. Alhamdulillah. 


So sekarang maq tak perlulah beli data lagi macam maxis dulu. Sebab umobile dah siap siap bagi 1GB free sebulan. Kalau nak lebih data baru maq kena beli.



Doakan maq supaya tak lalai nak top up macam nombor yang sebelum ni. 

Maxis..selamat tinggal...

Comments

  1. Ada baca blog kena pergi Maxis Center dan 2 bulan pasca bayar. Lepas itu boleh tukar ke pra bayar.

    ReplyDelete
  2. Maaf yang 2 bulan itu untuk Digi.
    Rupanya lain-lain tempoh.
    Apapun jangan lupa isi kredit lepas 3 bulan.

    ReplyDelete
  3. NA , ye ,terima kasih utk pesanan tu,inshaallah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Brisk Walk Dan Kelebihannya

9 Zulhijjah 1447H

Himpunan Doa Arafah 2025

Berkorban Apa Sahaja

10 Zulhijjah 1447H

Makan Malam Di Warong Che Senah ,Kampung Baru

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Diam Diri Umat Akhir Zaman

Santai Petang Di Kuala Lumpur