Jiwa Otai

 Assalamualaikum.

Bila mood memasak takda ditambah pulak anak nak belanja nasi beriani kambing,okey kita santai kat blog kejap ye sementara runner datang hantar nasi.


Gambar : nasihat dari Boss dari group stokis D' Calysta 

Alhamdulillah, bila dah masuk era awal usia 50an. Mood nak bersuara tu adalah satu masalah bagi maq. Lebih lagi nak 'cakap lepas'. 

Kadang kadang dah taip,delete,pastu taip lagi ,delete lagi,pastu taip lagi,last last delete dan terus tak taip apa pun. 

Alasan? Takut ayat yang ditaip nanti bakal menyakiti oranglain,walhal niat asal bukan untuk menyakiti tapi sekadar nak luahkan pendapat je. 

Dulu..ye dulu dulu la ( zaman darah mudah panas ) sesedap jari je menaip ngata itu salah,ini salah. Padahal maq  sendiri yang salah . Baru harini perasan bersalah nya hehe. 

Bila difikirkan semula buat apa nak risau pada hal hal remeh. Dari meluah lebih baik diam.

Diam dan renung dosa sendiri. Dosa yang bukan sikit sikit. Itu je mampu  dibuat sekarang ni. 

Serius ,bila ditanya anak anak atau encik suami pasal  pendapat maq tentang itu,ini,maq akan cakap, ikut awak jelah,maq takda idea nak bagi..

serius wey, jiwa otai dah meresap jauh kedalam diri maq sekarang ni..

Doa yang baik baik dan teruskan bersyukur untuk usia yang diberi sampai saat ni. Semoga usia berbaki ini adalah penambahan usia yang bermanfaat..mudah mudahan,aamiin

Luahan rasa Bonda anak 3.🌹🌹🌹

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Brisk Walk Dan Kelebihannya

9 Zulhijjah 1447H

Himpunan Doa Arafah 2025

Berkorban Apa Sahaja

10 Zulhijjah 1447H

Makan Malam Di Warong Che Senah ,Kampung Baru

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Diam Diri Umat Akhir Zaman

Santai Petang Di Kuala Lumpur