4 Waktu Untuk Cover Dosa Silam

Assalamualaikum. 

Video pilihan maq kali ini sebenarnya khas buat tambah pengetahuan kepada tuan punya badan sendiri.  Siapa?  tuan blog ini lah siapa lagi . Nak simpan kat youtube nanti kena report dengan owner asal video pulak haha... Serik! 



Kongsi pengalaman jap*


Pernah dulu,  maq kongsi video ceramah UAI  kat youtube, niat asal nak kongsi then nanti pahala ilmunya  dapatlah jadi pahala jariah kepada pemilik asal video. Yelahkan, bila sesaorang tonton,  dia dapat ilmu, orang yang buat video tu automatik dapat pahala kan?  10 orang tonton, insha Allah 10  kali pahala masuk.  Siapa nak bagi ye tak? Dan kita pun tau, pahala apa yang kekal walaupun setelah kita mati?  Doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. Kan?  Tapi tu maq je punya pendapat bukan pemilik  asal video.


Selang beberapa minggu lepas upload tu,  Tup tup youtube team hantar email beritahu owner report yang kata maq claim video dia hahaha punah harapanku!  Terus delete! Yelah kan, hak orang, orang tak suka kita kongsi, buat apa nak simpan lagi. Views pun baru 8 kali tonton jek. Alahai.. 

Masa tu maq belum paham sangat pasal selok belok peraturan youtube. Main upload je hak orang, tak salah pun owner tu buat report. Sejujurnya maq tak kejar views  ke apa,  sebab subscriber maq pun takda lagi waktu tu. Share untuk ilmu semata mata. 

So lepas tu maq lebih berhati hati tentang hak orang, termasuk kongsi video dan semua yang berkaitan  "imbuhan dari tontonan". Padahal tak semua orang buat  sesuatu tu untuk wang. Kadang kadang ianya memang ikhlas semata. 

Pengalaman mendewasakan? Itu untuk orang muda. Tapi bagi orang seusia maq, pengalaman itu buat maq sedar bahawa niat baik kita belum tentu orang suka!  Hehehe takda rezeki nak buat baik untuk itu. Its okey. Cabang rezeki luas..  

So, untuk video kalini,  dalam blog ni. Kalau anda rasa bermanfaat, Alhamdulillah. Harap sangat ia dapat beri sikit ilmu. 

Kata orang, kalau tak dapat buat semua, jangan ditinggalkan semua.Okey, jom tonton. 

Sumber : Video dapat dari group  whatsapp.

Semoga jadi jariah kepada semua yang terlibat untuk perkongsian  video  ini. Mudah mudahan, Aamiin... 

Popular Posts