Belajar Jadi positive person

 Assalamualaikum. 

Bagaimana dari seorang yang negative kita nak jadi kepada seorang yang positive? 

Ikut pada pengalaman maq sendiri. 

Pertama kita sendiri kena sungguh sungguh nak berubah.

Kalau sebelum ni kita selalu rasa semua kerjaorang lain tu tak betul/ tak sempurna, now kita kena didik diri kita untuk terima hasil kerja oranglain dengan bangga dan ikhlas. Bisik kat hati,  

"aku sendiri pun belum tentu dapat buat elok seperti dia ni kot. Kadang kerja aku pun kelaut jugak.Baik terima jelah hasil kerja dia ni daripada beri banyak complain.. "

Doa hari hari tanpa rasa jemu. Bisik apa yang anda mahu kat Allah. Hari hari! Jangan skip doa. Contoh doanya, 

"ya Allah..berilah aku sifat yang positive. Berilah aku semangat yang positive supaya aku senantiasa positive dalam kehidupan didunia dan dapat positive results untuk  kehidupanku di akhirat nanti.. "

Tak dosa pun kalau berdoa. Doa lah yang baik baik. Allah Maha mendengar. Allah Maha mengetahui, Allah Maha Penyayang. Ye, semua orang tahu pasal tu. 

Bersangka baik kat Allah. Bila sesuatu kejadian berlaku. Yang kadang benda tu boleh buat kita sedih atau kecewa atau juga marah. Cakap dalam hati, 

" Andai apa yang berlaku inilah yang terbaik bagi aku,  aku redha. Aku terima. Insyaallah,  Alhamdulillah.. "

Kalau kita dikelilingi orang orang yang suka sangat buat kita down?  Pujuklah hati kita, bukan saja saja Allah datangkan mereka dalam hidup kita. Kehadiran mereka juga boleh beri pahala kat kita.  Paling takpun pahala bersabar. So biarlah mereka dengan cara mereka, kita dengan cara kita. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam. Jangan sesekali nak protest orang keliling kita tu. Bila hati nak buat sekali pun, cepat cepat bisik dalam hati, 

" aku pun bukanlah sempurna sangat.. Biarlah diaorang nak buat apa pun asalkan mereka happy dah lah.. "

Orang negative sering anggap orang lain pun negative  macam dia, so jadilah positive  person, Insyaallah anda akan anggap semua orang juga positive macam anda! 

Satu hal kita kena sematkan dalam diri. 
Kita hidup cuma sekali. Agak rugi kalau kita asyik nak negative thinking disepanjang hidup ini. Pupuk sifat malu dalam diri. Malu kat orang lain, malu kat diri sendiri, malu kat Allah.

Mungkin idea maq ini tak sehebat pakar motivasi bertauliah. Tapi inilah cara maq disepanjang kehidupan yang maq dah lalui. Dulu hingga kini.  

Buang rasa benci. Buang rasa dendam. Buang satu persatu perangai yang tak elok.Pandanglah setiap kebaikan oranglain dan perbetulkan kesilapan diri kita cepat cepat. Percayalah satu hari nanti, apa pun keadaan hidup yang anda rasai, hati anda tetap akan tenang. Allah ada.  Allah sayang kita. Itu yang lebih pasti. 

Orang positive  tu sama ke dengan orang yang pasrah dalam hidup? 

Tak.. Orang positive akan terus terusan untuk berusaha manakala orang pasrah takkan buat apa apa.. 

Okey, cukup tu je pendapat maq tentang apa yang maq fikirkan tentang 'positive person'.

Takda siapa mampu ubah kita kecuali diri kita sendiri. ❤

Popular Posts