Skip to main content

Sembang Januari sampai Jun 2020



Assalamualaikum.

Harini dah 1 Jun 2020.Bermakna dah masuk ke setengah tahun 2020 bersama kita.Dalam tempoh beberapa bulan sebelum, banyak sangat kejadian yang kita ( sebagai rakyat Malaysia) dah alami. 2020 adalah pengalaman.



Awal JANUARI kita sibuk cakap pasal virus Novel Corona yang menular di daerah Wuhan, China.


Kita kata mereka tu  kurang jaga kebersihan, mereka suka makan haiwan haiwan yang bagi kita tak masuk akal untuk dimakan dan mereka sepertinya langsung  takda sifat keperimanusiaan.


Netizen rata rata marah kerana perbuatan mereka, kononnya  itulah punca yang menyebabkan ramai orang disana mati dan sakit.


Kalau baca komen warganet Malaysia kat semua page difacebook, takda yang kata cara pemakanan mereka di Wuhan tu betul, rata rata salahkan penduduk Wuhan sebagai punca wabak itu menular.



Tup tup bulan FEBRUARI negara Malaysia pulak celaru bila tertiber je kerajaan bertukar tangan.


Ehh,  seminggu rakyat kalut. Siapa?  Kenapa?  Mengapa?Hampir seminggu kita dok ngadap tv semata mata nak tahu apa ending nya kemelut tu.  Lastly Yang Dipertuan Agung buat keputusan muktamad!


DAULAT TUANKU!!


Apa juga keputusan dari YDPA ,rakyat kena turutkan  sebab sebagai warganegara, rakyat kena patuh kepada rukun negara.Salah satunya , kesetiaan kepada raja dan negara. Walaupun bukan  100% rakyat setuju, kerajaan tetap telah bertukar tangan.

Ok, move on!


Ramai yang bersuara kata i taknak, i tak suka, i tak pilih.  Tapi siapa kita nak halang? Ini keputusan Raja.  Kita kena akur. Rukun Negara tu panduan undang undang hidup kita kat negara ini. 


Apa nak kecoh?  Follow jelah!



Masuk bulan MARCH sekali lagi gegaran untuk rakyat Malaysia.

Eh, bukan je untuk Malaysia tapi satu dunia tau! Corona virus dikenali sebagai pendemik Covid 19 telah melolosi masuk ke seluruh pelusuk negara kita !  Rakyat panik!  Kerajaan baru panik!  Semua orang panik!  Lebih lagi warga KKM, semua ini benda baru, mereka belum 'study' tapi terpaksa juga kena ngadap!


18 March - kerajaan arah perintah kawalan pergerakan bagi semua penduduk negara ni. Warganegara atau bukan warganegara ' just stay at home' .


Wey duduk rumah wey!  Jangan keluar, jangan shopping, jangan jogging, jangan itu jangan ini!


2 minggu rakyat belajar kuarantin diri bersama ahli keluarga. Makan tidur.  Makan tidur. Kat mana pun mereka berada masa tu, mereka tetap kena duduk rumah. Kena makan tidur. Tak boleh dah nak kemana mana. Serius ini pengalaman pertama bagi semua!


14 hari terkurung. Sekolah tutup!  Klinik tutup!  Kedai makan tutup!Apa semua tutup!  Kedai jual bahan makanan je bukak.


Alhamdulillah takdalah ketat mana pun undang undang PKP nya. Cuma yang janggal bila ketua keluarga je dibenarkan pergi belanja barang keperluan. Lucu ada, geram ada, risau ada.Semua tu pengalaman yang seronok untuk dikongsikan ketika tu .


Lepas 14 hari PKP rupanya rakyat masih ada yang berdegil. Jumlah pesakit semakin bertambah. Jumlah kematian pun bertambah. Setiap hari ada je kes kematian. Dalam suasana kesedihan bagi rakyat, Kerajaan atur langkah. Banyak jenis bantuan disalurkan. Ramai orang baik buat kebajikan, ramai penderma penderma menyalurkan bantuan.


Alhamdulillah, takda lagi dengar kes rakyat Malaysia yang mati sebab tak makan ketika tu. Terima kasih Allah. Ramai lagi orang baik kat Malaysia ni. Kalau tak kerana Covid19,mungkin ramai kata orang kaya di Malaysia ni  semuanya jenis kedekut!  Nah, Allah dah tunjukkan. Bukan je yang kaya, yang tak kaya pun sama sama menyumbang. Syukran.



Bilaaa.. Bila APRIL .. Aku menanti muu.Ceh..berlagu kejap. Masuk je april 2020, ramai yang menjangkakan, tahunni kita puasa dan raya dalam PKP jelah.


Mood puasa ON, tapi Mood raya tu susah nak tangkap.  Slow mo gitu..


Penyambungan PKP dah masuk bulan ke 2 rakyat makin gelisah. Masjid sunyi, bekalan makanan kat rumah kian menyusut, Memasing dah mula berjimat cermat. Makan je apa ada. Nak keluar kerja tak dapat.


Orang ada kebun boleh lah berkebun, yang duduk rumah taman macam kami ni? Hari hari dok kemas bilik, bilik, dan bilik. Tapi syukur juga,kalau tak takda siapa perasan bilik tu dah boleh setaraf kedai bundle!  Kemas buku buku lama, baju lama, kemas apa semua sentimental value yang dah tersimpan lama.

 Anugerah PKP. Rumahku syurgaku..



MAY datang masa semua orang sedang berpuasa. No bazar, no shopping raya,no solat terawih dimasjid, no tadarus disurau reramai. Semua dilakukan dirumah bersama keluarga sahaja.


Masa Shawal datang sambut macamtu jelah. Buka pintu, sendiri masuk, pergi dapur sendiri masak, hidang makanan atas meja sendiri makan. Pastu posing sendiri. Pastu tangkap gambar kesana kesini dalam rumah, pastu letih.. Tidur!


Maq tanya kat anak anak, perlu ke bergambar raya ni?  Bukan kita nak kemana pun. Dalam rumah sendiri je kot.

Anak anak : kena ambik jugak mak, nanti cucu mak dah besar esok, diaorang tanya gambar raya 2020 keluarga tok mak mana??  Haaa kita nak jawab apa?

Maq : oh yelah.. Oklah.. Jom jom kita bergambo.



Harini 9 shawal 1441.

Harini 1 Jun 2020.

Alhamdulillah.. Apa pun kisah pada Januari  hingga ke harini, semuanya didatangkan Allah untuk kita sama sama manfaati. Yang pergi akan tetap pergi. Yang hidup akan teruskan kehidupannya. Semua orang dah mula atur kehidupan dalam suasana normal baharu. Semua urusan mengikut SOP. Sekarang rakyat dah tak rasa kekok dah. Mereka dah terbiasa sejak Mac hingga sekarang.


Cuma.. Ahli politik tu, minta tolong sangat sangat, janganlah buat huru hara lagi dalam negara ni. Bagilah pendamik ni clear dulu, lepastu korang nak rebut apa sekali pun rebutlah.Tak pernah minat pasal politik yang jenis entah apa apa tah ni. Belajarlah bersyukur dengan apa ada mu, itukan lebih baik.



Lepasni kita sama sama menghitung kisah perjalanan Jun 2020. Doa yang baik baik buat semua. Diberi kesihatan yang baik pun dah syukur dah.. Alhamdulillah..

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...