Nasihat MKN ditempat kerja

 Assalamualaikum. 

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu. Alhamdulillah, dari hari kesehari kita dah mula melakukan rutin harian yang selama ini terhenti seketika kerana wabak Covid19. 

Pembukaan bagi sektor ekonomi merupakan salah satu antara yang dipilih sebagai langkah permulaan pergerakan rakyat. Semuanya berlandaskan SOP dan norma baharu. Namun sebagai langkah berjaga jaga, hanya beberapa je yang dibenarkan beroperasi, sebahagiaan lagi masih bercuti. Takpa, pelan pelan kita kayuh, ye tak? 

Apa nasihat MKN kepada mereka yang dah mula keluar bekerja? Bawah ini antara yang maq tahu. 

* Tangguhkan mesyuarat & acara besar, tetapkan jadual giliran bekerja & pekerja yang kurang sihat duduk di rumah.

* Jangan berjabat tangan, amalkan etika batuk/bersin & kerap membasuh tangan dengan sabun/guna cecair pembasmi kuman.

* Pengusaha premis perniagaan perlu amalkan jarak sosial selamat dan kebersihan diri ketika aktiviti jual beli barangan keperluan harian.

* Elakkan 3C: iaitu kawasan yang sesak (Crowded place), kawasan yang sempit (Confined space), bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

* Tindakan undang - undang akan diambil terhadap mereka yang ingkar PKP walaupun bermula 4 Mei hampir semua aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi.

* Sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi esok perlu patuhi SOP dan tidak perlu tergesa-gesa buka operasi perniagaan.

* Bermula 1 Jun 2020, kebenaran rentas negeri dibolehkan atas sebab kecemasan seperti kematian, perubatan dan bekerja sahaja.

*  Amalkan 3W: (Wash) kerap mencuci tangan dengan air & sabun, (Wear) pakai pelitup muka di tempat awam /jika bergejala & (Warn) amaran peringatan dari KKM.

* Majikan tidak dibenar menolak cuti tahunan atau mengarahkan pekerja ambil cuti tanpa gaji bagi yang perlu menjalani kuarantin wajib selepas merentas negeri. 

Itu sahaja yang mampu maq kongsikan. Bersama kita berusaha memutuskan rantaian covid19 dan dalam masa yang sama, sama samalah juga kita berusaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara untuk harini dan hari hari mendatang. 




Gambar atas - Salah satu tempat kerja yang betul betul terjejas angkara wabak covid19. 

Bila rakyat berjaya ikut semua arahan kerajaan dan rantaian covid19  berjaya diputuskan. Bukan je rakyat sihat dan sejahtera, semua orang dapat bergerak kemana mana dan semua sektor pekerjaan akan beroperasi seperti biasa. 

Jika anda perasaanlah, asbab kita patuh pada arahan dan nasihat dari majlis keselamatan dan kementerian kesihatan negara , kita juga mampu buka ruang rezeki kepada orang lain, pahala tuuu! 

Bila dilihat pada kitaran lingkaran hidup, kita adalah berkaitan antara satu sama lain. Sebab itu jangan pentingkan diri sendiri dengan perangai degil tak boleh bawak bincang kita tu lagi. Degil kita bukan je menyusahkan kita, keluarga kita, tapi boleh juga menyusahkan orang lain yang tidak bersalah. Allahhu..


Takkan nak biarkan pasport tu buruk macam tu je kat dalam laci?  

Popular Posts