Skip to main content

Masa depan anak siapa yang tentukan?


Assalamualaikum .

Selamat pagi. Harini shawal ke 21.Rindu pulak nak menaip, izinkan ku curi masa seketika untuk melepaskan rindu rindu tu ,cewah! 

Harini nak membebel pasal anak anak. Maq ada 3 orang anak perempuan. Ye, semua orang tahu. Dan semua orang pun akan tahu nanti  anak menantu maq  confirmlah  3/3 lelaki!  Hahaha dan pastikan ianya adalah tulin!!  Ye tulin bangggg...

Tentang masa depan anak anak, maq dan encik suami tak pernah nak kawal. Sebagai ibubapa, biasanya kami cuma pantau sahaja selainnya kami serah kat anak anak bulat bulat. 

Contoh untuk sambung belajar lepas SPM, maq tak pernah paksa anak anak untuk sambung ke mana mana ipt /ipta. Cuma maq akan beritahu :

Kalau awak bersungguh sungguh nak  sambung belajar, pilih pelajaran yang tidak membebankan awak dan keluarga. Pilih bidang yang bila awak habis belajar nanti awak boleh dapat kerja. Maq taknak nanti bila dah pinjam ptptn, dah duduk rumah sewa, dah beli keperluan itu ini, last last belajar entah kemana,  awak kemana. Maq ayah tak nak nanti belajar sekerat jalan. Kalau nak belajar, belajar. Kalau taknak awak cari kemahiran untuk sijil.  Lepastu nanti  boleh lah cari kerja yang setaraf dengan sijil awak tu. Kami taknak  hutang belajar nanti membebankan masa depan awak. 

Bila anak anak dah faham apa yang maq jelaskan. Akhirnya ketiga tiga mereka pilih form 6 sebagai tempat penyambungan  mereka mencari ilmu.

Ye, orang kata form 6 tu Pra - U!  Diploma sahaja. Pelajaran pun susah namatey!! 

But i don't care , asal anak anak perempuan maq dapat  membesar kat depan mata pada  usia semuda 18 & 19 tahun tu. Maq dah rasa lega dah. Takda ptptn, takda deposit  rumah sewa, takda kos sara hidup, takda bebanan dengan kejutan budaya jugak!  I mean culture shock! 

Pilihan setiap orang berbeza beza. Mereka yang banyak wang, bolehlah hantar anak ke ipt, ipta yang mereka kehendaki. Tapi keluarga kami cuma keluarga B40. Kalau boleh kami pun nak hantar anak ke kolej /university tu. Tapi apakan daya. 

Sekarang ni tinggal si Bongsu je buat pilihan. Kawan kawan dia ramai persoalkan,  

"eyy kau ni dapat 7 A kot, kenapa taknak mohon kolej/university ? Kenapa nak masuk form 6 tu?  Susah do subjek form 6 ,ramai yang cakap macamtu.. "

" memang ini pilihan aku. Aku rasa form 6 pun boleh beri kejayaan bagi masa depan aku. Buat masani aku duduk dengan  parents aku, so aku tak rasa form6 tu beban. Aku boleh duduk dengan parents siang malam, makan minum aku terurus dan semua hal aku buat,  parents aku nampak.."

Dan maq sambung.. 

" ye, Aida ni sejak umur dia 5 tahun lagi dia dah cakap nak masuk form 6 .."

Hahahahaha.. Nipu! 

Macam si Angah ( ety) lepas STPM dia kata SPA 8 panggil untuk temuduga nurse. Of course lah guna sijil SPM sahaja. Kemudian 3 tahun belajar nursing di kolej Kemenenterian Kesihatan ,habis study dah boleh terus kerja tanpa nak fikirkan ada hutang yang perlu di bayar. Duit gaji dah boleh simpan dan bagi family sikit tiap bulan. Nak kawin ke?  Jalan sana sini ke,  takda masalah. Mudah! 

Along  pun sama. ( Farah ) lepas tamat STPM, beliau bekerja di hospital Pantai. Gaji takdalah deras mana tapi 2-3tahun kerja dah boleh kawin. Persiapan kawin pun dia sediakan sendiri. Tanpa berhutang dengan siapa siapa. Ni dah dapat sorang anak. Hutang ptptn tak payah nak fikir sebab memang tak pinjam pun. Sekarang ni along dah sibok dengan perniagaan shopee beliau. Alhamdulillah pendapatan pun bukan biasa biasa. Dapat juga bantu suami besarkan anak. Dan bantu orangtua sikit sikit. 

Nilah yang maq nak. Lepas habis belajar, anak anak boleh uruskan hidup mereka dengan mudah dan takda masalah berhutang.

Bahaya hutang ni. Kita terpaksa pilih kerajaan baru hanya kerana mereka janjikan nak hapuskan hutang kita. Heyp mana boleh.. Kita pinjam takkanlah  orang lain pulak nak langsaikan. Tak logik jalan cerita ni sebab biasanya orang tolong tu, dia ada maksud. Hahaha bak kata orang dulu,  ada udang balik batu ,orang sekarang kata ada udang balik mee . Biarlah dia nak balik tang mana pun asalkan jujur!  

Kan dah melalut dah ni hehe..

Sekarang ni baru lah maq paham, kenapa form6 tu majoriti anak cina yang belajar.  Rupanya Parents mereka bijak. Budak kecil lagi jangan dibiarkan berhutang. Mau berhutang nantilah tunggulah bila kamu sudah dewasa,sudah berakal ( maksud maq dah umur 20tahun dan keatas) masani barulah sesuai masuk kolej/ University. Sesuai duduk rumah sewa. Urus diri sendiri. Lagipun bila dah matang sikit, barulah mereka tahu macamana susah senang nak urus duit, mereka akan berjimat untuk guna duit pinjaman.

Harap sangat lepasni, takda lagi suara orang perlekehkan pelajar yang dapat keputusan cemerlang masa SPM, rugi kalau  masuk form6. Masing masing punya pilihan yang dia sendiri tahu tahap mana kemampuan dia dan keluarga dia. 

Dan masa depan mereka, biar je mereka yang tentukan, bukan keluarga. Jom sambung kemas rumah. 


Comments

Popular posts from this blog

Kari Idaman Suri pack baru

  Assalamulaikum. Baru berkesempatan check blog ,masuk ruang komen terjumpa komen dari Mr Alex -Idaman Suri dipost maq yang bertajuk  Kari idaman suri  yang maq update pada tahun 2020 lalu. Alhamdulillah dah dapat info terkini.  Lepasni pengguna lain masih boleh menikmati rasa hebat kari idaman suri ini.Anda boleh masuk link ni untuk siasat apa yang terkini dari   Idaman Suri . Yang menarik bukan je masakan kari ,tapi ada banyak lagi perencah segera yang sedap dan lazat untuk anda cuba nanti bersama keluarga. Bawah ni packaging lama : And now dah new packaging ,taddaaa... Perencah menu lain : Nak jadi agent atau nak tau apa apa pasal idaman suri ,boleh hubungi , Mr Alex 017 283 8623 ( marketing manager ) Facebook* Nota : gambar gambar  di ambil dari facebook De Cuisine 💕

Ayat Sentap Dari Seorang Anak

  Aida disamping Ayah Kisah keluarga ❤ Bismillah, Pernah satu masa dulu,masa tu si kakak sorang form 6 ,sorang dah berkerja dan Aida dalam darjah 6. Maq pernah buat soalan yang ditujukan untuk mereka dan encik suami.Maq tanya apakah sifat yang ada pada maq,yang anak anak dan suami paling tak suka? Sebenarnya soalan ini berisiko kerana boleh buat hati sendiri merana hahaha tapi Maq nekad je semata untuk cari kesalahan diri sendiri yang maq tak perasan pun. Apa yang menarik tentang jawapan dari gadis baju hitam yang dalam gambar kat atas tu.Kata beliau, 🗣️: Mak janganlah nak sama kan anak sendiri dengan anak orang lain.Setiap manusia takdirnya kan tak sama.  Masyaallah,sampai kehari ini pun maq akan ingat kata kata tu.Jawapan itulah yang dah jentik hati naluri ini. Masatu maq tak tersentap pun sebab maq yang nak tahu sangat kan.Tapi sejujurnya kata kata dari budak darjah 6 tu dah buat minda mak mak ini jadi celik. Biasalah mindset mak mak kan,mereka memang tokleh tengok anak or...

Kisah 24 Julai 2026

  Bismillah,  kalau korang biasa masuk blog peribadi Maqnie,korang pasti kenal gadis dalam gambar tu. Semalam genap umur dia 24 tahun. 24hb Julai  -24 tahun - haa cantik! Kalau dulu zaman kakak kakak dia, umur 24 tahun tu, Along dah busy buat persiapan nak nikah. Angah pulak busy dengan menuntut ilmu di kolej dan sedang dilamun cinta. Bagi Aida pulak,pada umur 24 tahun,dia masih bergerak solo. Nak kemana mana mesti dengan emak ayah. Pergi kerja ayah yang hantarkan. Makan minum emak sediakan. Nak makan makanan viral yang pelik pelik foodgrab belikan. Love? Belum masanya lagi. Kata dia, "Aida nak kerja dulu.Enjoy puas puas dulu dengan mak dan ayah.Hidup di hujung hujung zaman ni semua hanyalah dunia tipu tipu"  Ah sudah...Dari darjah 6 sampai dah umur 24 tahun, dia masih banyak akal nak backup diri sendiri hahahaha. Maq kadang saja gurau dengan dia, Aida ni memilih sangat,sebab tu takda love sampai sekarang.Apa jawab dia? Aida tak memilih pun, pada Aida asalkan lelaki ...

Daftar Lesen Untuk Kucing

  Bismillah, ​Singapura: Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) serta HDB Singapura telah mewajibkan pendaftaran lesen dan pemasangan mikrocip untuk kucing peliharaan. Tempoh peralihan secara percuma diberikan sehingga 31 Ogos 2026. Maklumat tersebut TIDAK benar untuk Malaysia.Peraturan ini hanya terpakai di Singapura. Waallahualam. Berita ni maq jumpa difacebook. Siang nanti maq akan selongkar semua laman sosial untuk penjelasan lebih detail. ​Malaysia: Tiada sebarang undang-undang atau peraturan baharu daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mahupun Majlis Bandaraya/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mewajibkan lesen bagi memelihara kucing. Apapun di Malaysia ,ini pada pandangan peribadi Maqnie lah kan.Biarpun peraturan pelihara kucing masih longgar dan bebas,pemilik kucing janganlah lepas tangan dengan aktiviti kucing kucingnya. Masih ramai lagi pecinta kucing yang biarkan kucing kucing mereka berkeliaran di kawasan rumah rumah jiran.Berkeliaran sesaja tu okey lagi,ni sia...

Jadi Mangsa Spill The Tea

  Bismillah, Betul lah apa yang maq baca pasal hadis yang mana Rasulullah pernah bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah dia berkata yang baik atau diam." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, yang mengajar umat Islam menjaga lisan daripada perkara sia-sia atau membawa kepada dosa seperti fitnah dan mengumpat. Maq pernah dulu,cuba meluahkan pendapat peribadi yang maq rasa ramai orang kena tahu apa yang maq dah tahu.Maksudnya maq try berkata jujur untuk lebih ramai orang faham,tapi hujung hujung maq yang kena "palau". Tak jelas? Okey camni,pernah satu waktu tu, maq bersembang dengan sesaorang.Dia bukalah satu topik perbualan.Dan maq pun sembang lah dengan dia pasal topik tu. Gedebak gedebuk ,gedebak gedebuk tengah syok sembang ,dia beri kat maq satu idea sepertinya dia nak supaya Maq dan dia tak perlu join program yang pada awalnya kami sama sama nak sertai. Kata beliau bagi je peluang dekat otai otai tersohor yang jo...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,h...

Ular Sawa Di Rumah Kampung Kami

  Assalamualaikum  Selamat pagi, semoga pengikut blog peribadi maq masih setia membaca coretan maq disini.  Kalau nak tahu, ibubapa maq dah lebih 10 tahun tinggalkan rumah mereka dikampung sebab berniaga di Johor Bahru bersama adik lelaki.  Mereka berjualan kedai makan (asam pedas) di kawasan Jalan kempas lama,berhampiran kilang Kicap Jalen.  Biasalah kan, orang berniaga ni, bila ada keserasian disatu satu tempat tu,  mereka seronok berniaga walaupun macam macam dugaan datang sejak kebelakangan ni. Dan akhirnya rumah mereka dikampung semakin terbiar.  Sejak Covid 19 melanda, pada hari Ahad semalam (15hb November 2020 ) ,barulah maq berpeluang balik untuk lepaskan rindu kat rumah kampung kami tu. Rindu sangat sangat. Biarpun kosong, sunyi dan suram, terubatlah sikit rindu. Tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat bermanja manja dengan ahli keluarga, kan. Kadang sampai terbawa bawa dalam mimpi.  Apa pun keadaan  sekeliling memang nampak s...

SIM Card Maxis Expired

Assalamualaikum. Bila dah 24 jam hanya guna wifi Yes kat rumah. Maxis hantar sms pun maq dah tak perasan.  "Penting! " Haaa..padahal orang tu dah cakap penting kot. Allahhu memang tak perasan langsung.Yang maq ingat, dalam nombor tu ada dalam rm28.00 jumlah kreditnya. Expired date langsung maq ingat.  Harini 15/12/2020 - simkad maq dah kena block dengan hotlink. Untuk kisah selanjutnya ,tunggu maq update lepasni. Banyak nak kena buat. Abaikan wallpaper tu. POCO M3 memang setiap masa akan update wallpaper .  ..Emergency call only..hehehe 

4 amalan kecil tapi ganjarannya besar

  selamat berusaha untuk dunia dan untuk akhirat.