Skip to main content

Perlu ke kumpul harta sebelum berkahwin?


Assalamualaikum.

Rujuk kepada tajuk, ini jawapan maq,

"kalau gaji cuma cukup makan dan anda bukan anak hartawan, tak perlu !"

Tapi anda kena rajin. Berkerja bersungguh sungguh, simpan duit sebagai satu kewajipan hidup. Tak dapat banyak, sikit pun wajib disimpan. Beli apa yang perlu sahaja.

Orang sekarang anggap susahnya nak kahwin sebab semua perlukan duit. Makan minum serta keperluan harian pun bajetnya kadang tak cukup apatah lagi nak beli rumah dan kereta baru.

Sebetulnya boleh je nak dapatkan semua tu,  jika anda betul betul yakin dengan diri anda dan kemampuan anda.


Sebelum kahwin simpan duit! Lepas kahwin duduk rumah sewa. Masa ni jiwa kena kebal. Kasi kalis pada apa kata kata orang. Duduk rumah kecik ke, rumah setinggan ke, kena pekakkan telinga and buat buat buta! Sementara tu teruskan simpan duit! Sikit sikit pun takpa asalkan simpan.

Beli kereta second hand! Kalau takda modal, simpan je dulu. Naik bas anak beranak pun still ok. Tak jadi dosa pun. Naik motor bertiga pun masih lulus akta jalan raya negara janji jangan buat aksi merbahaya. Jangan merungut cakap susah sebab anda perlu yakin yang anda sedang berusaha untuk hidup senang!

Makan minum jangan nak bermewah sangat! Janji anak anak dapat makan, dapat ke sekolah, cukup makan pakai, itu dah syukur dah. Susah sikit takpa. Ajar anak untuk hidup secara  sederhana. Jangan manjakan anak hidup bermewah sedangkan kita ikat perut nak uruskan hidup. Beli mana perlu sahaja!  Simpan duit tetap wajib!

Tapi kena ingat jangan biasakan diri dengan berhutang. Ini parasit! Nak sesuatu kumpul duit beberapa bulan, dah cukup baru beli, cash!  Tapi andai kata 'terpaksa' ,ye terpaksalah berhutang. Dan jangan lupa bayar hutang. Hutang yang bertunggak akan sempitkan lagi pintu rezeki kita.

Cari iklan rumah harga mampu beli.Jangan cari lokasi yang jauh  dari tempat kerja anda, itu menyusahkan anda bukannya membantu. Mohon lokasi yang jarak paling jauh pun 7/8 kilometer je dari tempat kerja. At least boleh jimat minyak petrol anda nanti.

Buat kerja sambilan. Partime dirumah pun dah ok dah. Shopee, lazada, grab food, panda food, semua tu cabang rezeki. Biar bisnes kecil kecilan asalkan ada!

Tiang agama jangan lalai.  Solat!  Solat!  Solat!  Solat!  Solat!  Ye solat 5 waktu buat!  Anda kerja tonggang langgang sekalipun tapi anda abaikan tanggungjawab kepada pemberi rezeki anda tu ,sia sia kerja anda tu.  DIA bagi rezeki, carilah DIA hari hari.  Mintak kat DIA. Insyaallah, rezeki takkan salah alamat.  Dan jangan lupa, cari ketenangan dengan membaca Al Quran. Insha Allah tidur pasti lena walaupun takda penghawa dingin dalam bilik tidur anda tu.

Doa. Doalah minta diberi rasa cukup pada semua nikmat Allah. Jangan asyik nak berlawan beli perabut, beli kereta, beli pakaian mahal dengan adik beradik atau jiran tetangga. Hak dia rezeki dia, hak kita rezeki kita.  Syukurlah pada apa yang kita dah ada.

Sedekah. Nak hidup selesa bersedekahlah. Jangan tunggu jadi kaya baru nak sedekah. Masa ada sedekah, masa takda juga bersedekahlah. Nak tengok result sedekah tu?  Cuba buat dulu.. Nanti akan nampak sesuatu disitu.

Eh, apa yang maq bebelkan ni?

Haa,  inilah serba sedikit pengalaman liku liku perjalanan hidup maq sejak 27 November  1993 hingga ke harini. Hampir 95% sama. Dulu ada makcik kat kampung maq tinggal tu dia marah maq sebab pilih pekerja kilang sebagai calon suami.  Masa tu sedihnya tak terucap tapi maq pekakkan telinga. Makcik tu sibok dok kata anak anak dia semua dapat orang kerja gomen. Masa depan cerah. Kerja kilang apa pun kennot. I is terkilan dengan kata kata beliau .

Tapi maq tahu,makcik tu bukan Tuhan.Dia pun tak boleh buat kerja Tuhan. Maka maq abaikan je kata kata tu. Sampai keharini, lebih 27 tahun kejadian tu berlaku dan harini tanpa sengaja maq teringat semula peristiwa silam tu. 

Alhamdulillah ( tetiber mata masuk habuk)

" terima kasih Allah untuk semua nikmat yang aku dapat selama ini. 😢"

Alfatihah juga dibacakan  untuk arwah makcik tersebut**

Dan sekarang apa yang maq nak katakan, anda tak perlu risau kalau anda tak punya harta benda sebelum berkahwin,sebab lepas kahwin harta anda akan ada. Jangan risau kalau nak kawin tapi takda rumah sendiri, takda kereta sendiri. Usaha jangan kenal erti letih! Teruskan berusaha dengan yakin dan anda cuma perlu bersyukur dengan ikhlas pada apa yang Allah dah beri.

Buat lah kebaikan kepada semua kerana Allah tahu apa yang sedang anda lakukan dan apa yang anda hajatkan.. Insyaallah..


Lepasni bila free, maq nak kongsi pengalaman macamana nak jadi positive person pulak. ( ikut pengalaman peribadi maq sendiri)


Comments

  1. setuju sangat kata-kata maq tuh, teringat masa awal-awal kawin duduk rumah flat je, kete pun kancil secondhand, pakai aja apa seadanya... beli barang rumah apa adanya, takat barang kemas ke kedai pajak atau ar rahnu tu dah biasa...

    tapi tulah pelan-pelan kayuh, alhamdulillah sekarang walaupun takde rumah besar, takde kereta mewah alhamdulillah semua ada, semua cukup seadanya dan bahagia.. simpanan pun ada sikit ekonomi dah semakin stabil dari masa awal-awal kawin 10 tahun dulu

    ReplyDelete
  2. Ye Norhidana, bukan senang nak senang. Selayaknya selalu bersyukur pada apa yang kita ada. Mungkin pada kita hidup kita susah tapi diluar sana, ada yg lebih susah lagi jalan hidupnya daripada kita.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayat Sentap Dari Seorang Anak

  Aida disamping Ayah Kisah keluarga ❤ Bismillah, Pernah satu masa dulu,masa tu si kakak sorang form 6 ,sorang dah berkerja dan Aida dalam darjah 6. Maq pernah buat soalan yang ditujukan untuk mereka dan encik suami.Maq tanya apakah sifat yang ada pada maq,yang anak anak dan suami paling tak suka? Sebenarnya soalan ini berisiko kerana boleh buat hati sendiri merana hahaha tapi Maq nekad je semata untuk cari kesalahan diri sendiri yang maq tak perasan pun. Apa yang menarik tentang jawapan dari gadis baju hitam yang dalam gambar kat atas tu.Kata beliau, 🗣️: Mak janganlah nak sama kan anak sendiri dengan anak orang lain.Setiap manusia takdirnya kan tak sama.  Masyaallah,sampai kehari ini pun maq akan ingat kata kata tu.Jawapan itulah yang dah jentik hati naluri ini. Masatu maq tak tersentap pun sebab maq yang nak tahu sangat kan.Tapi sejujurnya kata kata dari budak darjah 6 tu dah buat minda mak mak ini jadi celik. Biasalah mindset mak mak kan,mereka memang tokleh tengok anak or...

Kisah 24 Julai 2026

  Bismillah,  kalau korang biasa masuk blog peribadi Maqnie,korang pasti kenal gadis dalam gambar tu. Semalam genap umur dia 24 tahun. 24hb Julai  -24 tahun - haa cantik! Kalau dulu zaman kakak kakak dia, umur 24 tahun tu, Along dah busy buat persiapan nak nikah. Angah pulak busy dengan menuntut ilmu di kolej dan sedang dilamun cinta. Bagi Aida pulak,pada umur 24 tahun,dia masih bergerak solo. Nak kemana mana mesti dengan emak ayah. Pergi kerja ayah yang hantarkan. Makan minum emak sediakan. Nak makan makanan viral yang pelik pelik foodgrab belikan. Love? Belum masanya lagi. Kata dia, "Aida nak kerja dulu.Enjoy puas puas dulu dengan mak dan ayah.Hidup di hujung hujung zaman ni semua hanyalah dunia tipu tipu"  Ah sudah...Dari darjah 6 sampai dah umur 24 tahun, dia masih banyak akal nak backup diri sendiri hahahaha. Maq kadang saja gurau dengan dia, Aida ni memilih sangat,sebab tu takda love sampai sekarang.Apa jawab dia? Aida tak memilih pun, pada Aida asalkan lelaki ...

Daftar Lesen Untuk Kucing

  Bismillah, ​Singapura: Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) serta HDB Singapura telah mewajibkan pendaftaran lesen dan pemasangan mikrocip untuk kucing peliharaan. Tempoh peralihan secara percuma diberikan sehingga 31 Ogos 2026. Maklumat tersebut TIDAK benar untuk Malaysia.Peraturan ini hanya terpakai di Singapura. Waallahualam. Berita ni maq jumpa difacebook semalam. Siang nanti maq akan selongkar semua laman sosial untuk penjelasan lebih detail. ​Malaysia -Tiada sebarang undang-undang atau peraturan baharu daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mahupun Majlis Bandaraya/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mewajibkan lesen bagi memelihara kucing. Apapun di Malaysia,ini pada pandangan peribadi Maqnie lah kan.Biarpun peraturan pelihara kucing masih longgar dan bebas,pemilik kucing janganlah lepas tangan dengan aktiviti kucing kucingnya. Masih ramai lagi pecinta kucing yang biarkan kucing kucing mereka berkeliaran di kawasan rumah rumah jiran.Berkeliaran sesaja tu okey lagi...

Susuk Pada Tahun 2026

  Bismillah, Tadi sementara tunggu azan zohor, Maq berkesempatan nonton podcast di youtube chanel sembang seram bersama perawat bernama Ustaz Faridzuan yang berasal dari Pulau Pinang. Panjang betul video tu ,durasinya 3 jam lebih! Mujur harini Maq ada banyak masa terluang, so dapatlah habiskan masa dengan tonton podcast. Perawat tersebut merupakan seorang pengamal perubatan yang nak bantu orang buang susuk dan gangguan sihir,saka serta beberapa lagi masalah penyakit batin. Apa yang buat maq terkejut dengan penjelasan ustaz tu,hampir 10,000 pesakit yang sudah 'booking' perkhidmatan rawatan beliau dan team.Sekarang semua sedang menunggu giliran untuk dapatkan rawatan masing masing. Pesakit yang sedang dirawat sekarang pun dah Q setahun lebih.Ada juga yang meninggal dunia sementara menunggu giliran mereka. Pesakit pesakit tu kebanyakkannya datang dari Malaysia,Singapura,Indonnesia,Thailand. Lebih mengejutkan lagi bila beliau katakan pesakit yang paling ramai yang datang nak buat r...

Jadi Mangsa Spill The Tea

  Bismillah, Betul lah apa yang maq baca pasal hadis yang mana Rasulullah pernah bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah dia berkata yang baik atau diam." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, yang mengajar umat Islam menjaga lisan daripada perkara sia-sia atau membawa kepada dosa seperti fitnah dan mengumpat. Maq pernah dulu,cuba meluahkan pendapat peribadi yang maq rasa ramai orang kena tahu apa yang maq dah tahu.Maksudnya maq try berkata jujur untuk lebih ramai orang faham,tapi hujung hujung maq yang kena "palau". Tak jelas? Okey camni,pernah satu waktu tu, maq bersembang dengan sesaorang.Dia bukalah satu topik perbualan.Dan maq pun sembang lah dengan dia pasal topik tu. Gedebak gedebuk ,gedebak gedebuk tengah syok sembang ,dia beri kat maq satu idea sepertinya dia nak supaya Maq dan dia tak perlu join program yang pada awalnya kami sama sama nak sertai. Kata beliau bagi je peluang dekat otai otai tersohor yang jo...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Pray For Pasir Gudang

Assalamualaikum. Semalam dan hari ini tular di aplikasi whatsapp dan semua media social mengenai tragedi pencemaran udara di kawasan Pasir Gudang ,Johor. Ramai yang maq kenali merupakan penduduk tetap di Pasir Gudang ,termasuklah kawan kawan sekolah dan adik perempuan maq sendiri. Bila sahabat sekolah menceritakan serba sedikit situasi disana, hati tua ni jadi bimbang. Anak anak buah maq masih lagi bersekolah disana. Semoga Allah beri sebaik baik pelindungan buat mereka semua. Sedih bila tengok kekejaman yang mereka lakukan. Macam bukan buat benda salah je! Macam tu je mereka buangkannya? Allah huakhbar Ada pulak yang ambil kesempatan buat berita palsu ? Hmmm..Keuntungan pada satu pihak tapi kerugian bagi banyak pihak. Persoalannya selama beroperasi dimanakah sisa toksid tu dibuang??? Apakah agenda mereka kalini dengan sewenang sewenangnya membuang  sisa sisa tu disitu? #MakcikkaunirasaMusykil 😩 Bawah ini jumlah mangsa setakat hari ini ( Rabu 1...

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,h...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Ular Sawa Di Rumah Kampung Kami

  Assalamualaikum  Selamat pagi, semoga pengikut blog peribadi maq masih setia membaca coretan maq disini.  Kalau nak tahu, ibubapa maq dah lebih 10 tahun tinggalkan rumah mereka dikampung sebab berniaga di Johor Bahru bersama adik lelaki.  Mereka berjualan kedai makan (asam pedas) di kawasan Jalan kempas lama,berhampiran kilang Kicap Jalen.  Biasalah kan, orang berniaga ni, bila ada keserasian disatu satu tempat tu,  mereka seronok berniaga walaupun macam macam dugaan datang sejak kebelakangan ni. Dan akhirnya rumah mereka dikampung semakin terbiar.  Sejak Covid 19 melanda, pada hari Ahad semalam (15hb November 2020 ) ,barulah maq berpeluang balik untuk lepaskan rindu kat rumah kampung kami tu. Rindu sangat sangat. Biarpun kosong, sunyi dan suram, terubatlah sikit rindu. Tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat bermanja manja dengan ahli keluarga, kan. Kadang sampai terbawa bawa dalam mimpi.  Apa pun keadaan  sekeliling memang nampak s...