Bidang lama yang diperbaharui

Assalamualaikum.

Beberapa hari dah maq tinggalkan blog sebab maq sedang sibuk dengan satu lagi bidang yang sedang maq pelajari. 

Perniagaan online! 

Ye itulah urusan yang sedang maq uruskan sekarang ni. 

Sempena PKPP yang bermula harini, maq dah rancang untuk aktif dalam perniagaan pulak. 

Sebetulnya maq dah bersama perniagaan ni sejak tahun 1998/1999 macam tu. Lupa dah sebab lama sangat join. Tapi disebabkan tahun tu anak anak maq kecil lagi dan untuk tingkatkan jualan maq kena keluar meeting disebelah malam bersama ahli ahli lain, encik suami akhirnya melarang maq teruskan aktiviti tu.  Padahal masa tu sale sangat menggalakkan. Lepas berhenti niaga Amway, maq buka bisnes "taska dirumah" yang hanya memerlukan maq cuma berada dirumah. 

Hahaha rupanya maq dah lama ikut arahan PKP!  Just stay at home! Sejak 1999!! Lama dah tu.Tapi, walaupun dah berhenti berniaga, maq masih kekal guna barangan produk tu sebab barangannya memang terbaik! 

Nutrilite dari Amway!  Itulah makanan tambahan yang masih lagi jadi jajan maq. Dan selama ini maq beli nutrilite tu dari kawan yang aktif niaga Amway . Beliau pun  dulu join Amway  saing dengan maq - 1998/1999  hingga sekarang.

Baru baru ni seorang contact list whatsapp ada update memberitahu bahawa dia dan kawan kawannya sedang rancak bersama Amway. Untuk bulan PKPP ni, Amway  ada buat promosi, sehingga akhir Jun 2020, ahli baru cuma perlu daftar rm30sahaja! Dan kelas kelas untuk marketing hanya dibuat secara online ( whatsapp group) . Order barang pun secara online. Sangat mudah! 

Maq teruja! 

Rm30 untuk daftar. Biasa daftar rm90. Renew selepas setahun hanya rm45. Ada insuran bersama pasangan kita selepas setahun. Ada harga ahli dan harga runcit dan bonus. Dan tak perlu kesana kesini untuk sale. Hanya copy and paste dari group!  

Waw.. Bila maq tanya kawan maq tu, beliau pun terangkanlah satu persatu keistimewaan Amway jangka panjang. Yes, just update dimedia sosial dan anda mampu dapat pendapatan! 

Bila encik suami pun beri keizinan, akhirnya bersama semula Maq dan Amway. 


Buat masa ni maq masih lagi belajar untuk kenal barangan dari Amway. Sebab selain nutrilite, ada banyak lagi produk produk baru yang dipasarkan.


Antara barang dari Amway yang popular sekarang ini. 




















Dan ada banyak lagi yang ada dipasaran  termasuk barang keperluan rumahtangga. Maq pun malaslah nak cerita lebih lebih  pasal keistimewaan produk ni sebab hanya jauhari yang mengenal manikam. Rasanya ramai lagi yang lebih tahu dari maq. 

Semoga apa yang sedang maq usahakan ini Allah berkati dan jika inilah  rezeki baru untuk maq, Insha Allah  ia akan tetap jadi rezeki  maq. 

Target : Guna, jual dan berjaya, Insha Allah ❤

Popular Posts