Ranhill SAJ buat kejutan!
Assalamualaikum.
Berikut senarai tarif air pengguna domestik yang tersenarai bagi seluruh negeri diMalaysia. Cuba anda lihat senarai untuk Johor, Paling tinggi!
Awal bulan ni, Mei 2020 - rata rata rakyat bangsa Johor merungut sebab bil air mereka dibawah penyeliaan Syarikat Ranhill telah memberi kejutan hebat sempena PKP Covid19.
Bil air naik mendadak asbab jumlah meterpadu dibaca mengikut anggaran selama 2 bulan tertunggak! Bukan naik sikit sikit, malahan mencecah ratusan ringgit! Gila tak naik hantu orang orang Johor tu . Dah lah 2 bulan tak berkerja, kena duduk rumah siang malam, makan minum bercatu, tiba tiba datang bil air pulak kena charge jumlah yang tak masuk dek akal.
Sehingga ke saat ni, masih belum dapat apa apa lagi jawapan balas dari pihak Ranhill tentang isu ini kepada rakyat Johor.
Kalau ye pun harga 1-20 meterpadu tu adalah 0.80sen, janganlah bil yang bertahun tahun sebelum ni kena rm 80.00 sebulan tetiba sempena PKP covid19 terus mendadak naik kepada RM600.00! Mana nak korek duit tu masa semua orang tengah sempit ni?nak fikir logik pun macam tak logik. Jumlah macam ada buat kenduri. Tapi musim PKP ni mana ada orang buat kendurinya ? - antara luahan pengguna.
Harap ada maklom balas dalam waktu terdekat ni dari pihak Ranhill SAJ sebelum orang ramai buat aduan kepada pihak yang berkenaan.
Apa pun kenyataannya sekarang,pihak Ranhill SAJ kena war warkan apakah punca bacaan bil air orang Johor naik tinggi ketika musim PKP covid19. Supaya isu ini tidak jadi isu yang hangat untuk diperkatakan.
Bangsa Johor sedang menanti..