Ainul Mardhiah Pemuting Tegar


Assalamualaikum.

Lama jugak  maq tak kongsi kisah cucu  pertama maq dalam blog ni. Pada 4 April 2020 , Ainul Mardhiah dah pun berusia 2 tahun, Alhamdulillah.

Berat badan dah tak seperti dulu. Sekarang dia dah digarisan normal. Kalau dulu Ainul didalam katogeri pra obesiti. Masa tu semua orang risau. Sebab dia belum pun makan makanan berat tapi berat badan naik teruk.

Sekarang pun Ainul belum lagi suka makan seperti kanak kanak seusianya. Dia lebih kepada menyusu. Kejap kejap susu, kejap kejap susu. Makan nasi memang susah.Tapi dia suka makan pasta!  Allahhu.. Tak tahulah ni kacukan Bugis Jawa Malaysia ke atau Bugis Jawa Spain? 😂

Apa yang maq perasan tentang ainul dalam usia 2 tahun ni,

- puting dia tak pernah nak lepas. Seminggu kadang 2 biji puting papa kena beli. Sebab puting hilang atau dia gigit dan putus. Mujur puting ainul ni jenis biasa biasa je. Mana mana kedai ada jual. Kalau tak kena usaha lebihlah mama papa semata mata nak simpan duit beli puting.

Kalau ainul ditinggalkan dengan maq, maq takkan tunjuk puting tu depan dia. Kecuali dia dah mamai nak tidur, baru maq beri. Sebab dia kalau nak tidur memang kena hisap puting sampai mata terlelap. Tapi kalau setakat sedang main, memang maq takkan bagi. Bagi maq takda fungsi apa pun puting tu masa tu. Baik dia makan biskut hehe.


Ainul lebih pilih puting bila dirumah dia. Kalau balik rumah maq,  dia akan beri maq puting tu bila dia nak kacau atau nak 'tolong'maq buat kerja rumah. Haa dia dah paham yang tok mak dia tak suka tengok dia memuting.

Maq takda pengalaman nak pisahkan anak kecil dengan puting ni. Sebab ketiga tiga anak maq dulu, takda yang hisap puting. Bila tiba part cucu,  suka pulak memuting. Maq bingung jugak, macamana cara nak bagi dia lupa kan puting tu.


Kalau orang bercinta dengan manusia, bila nak melupakan,  boleh je block nombor whatsapp,block fb, ig, twitter dan semua yang berkaitan dengannya . Lepastu terus lost contact, nanti lama lama boleh je move on, tapi ni masalahnya bercinta dengan puting,  apa pun kennot!

Paling lawak bila dia nakkan puting tu, nanti dia cakap " my ting!! My ting!  Baby?  Baby!!  Terus merengek rengek menangis.

Uisss.. Speaking  london pulak cucu aii.. 😂

Anda, kalau anda ada petua atau tips macamana nak ceraikan pemuting dengan putingnya,  sharelah kat maq. Manalah tau kot cara anda tu berhasil bila maq praktikkan kat Ainul Mardhiah ni.

Kisah semalam.
Maq nak alihkan perhatian dia dari puting dan smartphone dia. Maq beri dia kertas dan magik pensil. Alhamdulillah, dekat 3jam dia tak mintak pun. Cuma makan roti, kek coklat dan minum air masak! No puting puting !

Popular Posts