Skip to main content

Madam Maq dan laman social


Assalamualaikum.

Bila usia dah memasuki ambang 50tahun ,ramai orang tertanya atau terfikir, asal lah orang tua macam maq ni masih nak layan laman social ni?  Bawah ni pengakuan maq mengenai tujuan utama maq masih melayari laman laman social.

Pertamanya facebook . Untuk akaun facebook yang asal milik maq, maq dah delete. Sebab bagi diri maq sendiri,  semakin hari, warganet difacebook semakin ramai dan semakin hari jugak maq rasa terlalu janggal berada difacebook bila friendlist dan berani update isu isu yang kurang senang dipandang mata. Bukan bermakna maq seorang yang bajet baik,  tapi disebabkan maq seorang yang tidak berapa baik, itu sebab maq kena jauhkan diri maq dari pengaruh orang  sekeliling. Cuma page facebook maq masih aktif dan sekali sekala maq terpaksa masuk untuk  mengetahui isu semasa melalui page page lain dialam maya tu.Friendlist dah langsung tak nampak dah aktiviti  mereka.Alhamdulillah, keadaan ni buat maq jadi lebih selesa.

Begitu juga dengan akaun twitter maq. Buat masa ni tempat nak lepaskan geram dan meluah apa yang ada dalam minda ini masih lagi di twitter. Selain tu apa yang maq taip dalam blog,  maq juga akan kongsi ditwitter.Cuma twitter  sekarang tak seperti twitter tahun 2009 dulu.  Dulu nak tweet  apa pun, tweet lah, takda siapa nak peduli. Paling simple pun, orang cuma retweet je ayat tweet yang mereka suka.  Takda tag atau mention.  Sekarang dah lain sangat sangat. Bila tweetfamous tweet satu tajuk jek,  berduyun duyun follower dia komen. Kadang ayat komen tu ada yang baik,  kadang tu, aduhai ayat sangat tidak mencerminkan pendidikan yang mereka ada. Malu dibuatnya. Anak bangsa sendiri pulak  tu yang berperangai macam ni. Biasanya kalau maq follow orang tu, tapi akhirnya maq pilih untuk unfollowing.  Bukan maq nak 'demand' tapi maq takut ayat ayat negatif dari mereka tu mampu mempengaruhi pemikiran orangtua macam maq ni. Bila dah hari hari dok membaca tweet hangat mereka, tak mustahil dengan maq sekali jadi "tambah hot" nanti. Kadang sedih jugaklah, bila jumpa budak budak muda ditwitter,yang tweet ayat kesat memaki hamun pak menteri, alim ulamak, bangsa asing dan kau kerabat mereka sendiri. Malahan Sultan pun mereka berani persendakan. Allahhu akhbar.. Kenapa boleh jadi gitu? ( soalan ni ditujukan jugak buat anak anak maq sendiri, tapi Diaorang bukan followers maq)


Instagram.  Dulu rajin update gambar cucu maq, selain update gambar anak anak dara maq. Maklum,  sebelumni Maq kan jaga cucu, jadi memang sengaja update gambar dia untuk melihat proses pembesaran dia dari hari kesehari. Tapi sekarang dah jarang dah.  Maq seronok bila scroll video video lama Ainul , terasa cepat sangat dia membesar. Follower ig maq ramai yang berusia lebih muda dari maq.  Maq pun tak tahu kenapa.  Apa yang maq tahu,  ramai instafamous tu,  mulanya follow maq, maq pun follow lah dia.  Tapi nanti tak sampai 3 bulan ,dia unfollow maq pulak.  Motif?  Waallahua'lam.. Ikut suka  awaklah..maq okey jek.

Blog?  Blogspot ni, tak lain tak bukan tempat maq simpan semua ilham, idea, pendapat, kenangan, secara peribadi.  Ye inilah blog peribadi. Jadi maq boleh taip apa je melainkan isu yang melanggar undang undang Malaysia dan hukum Islam.  Memang idea maq kadang tu entah idea apa apa je lah.  Maq tahu sesetengah orang tak suka gaya penulisan maq dalam blog ini. Tapi maq tak kisah, maq akan terus menaip selagi Allah izinkan. Mungkin dalam 10 orang  yang baca, ada seorang diantara mereka peroleh manfaat dari entri blog ini, kan? Insyaallah. Realitinya apa yang maq sedang fikirkan pada saat itu,  jadi kisah itu jugaklah yang akan maq taip. Bukan tiru atau tekap idea orang lain. Kecuali post yang copy and paste, hmm kalau tu,  ye betul ,tu ayat orang.

Lain lain laman?  Oh ye akaun YouTube!  Takda niat nak buat duit pun kat youtube tu.  Kongsi video untuk makanan rohani dan jasmani je.  Terutama untuk kemudahan anak anak.  Tu jek tujuannya tak lebih pun. Andai jadi lebih satu masa nanti,  itulah rezki.  Bagaimana pun,  maq belum mahir nak update video YouTube tu lagi. Peralatan belum cukup lagi.  Insyaallah sikit sikit kita kumpul nanti.

Whatsapp?  Maq lebih aktif dengan anak anak melalui whatsapp ni.  Selain tu, maq gunakannya sebagai jambatan silaturahim maq dengan kawan kawan, jiran jiran serta masyarakat setempat.  Join group group ilmiah,group ngaji alQuran, group surau dan macam macam group ada. Semoga semuanya memberikan manfaat dalam kehidupan maq, dunia dan akhirat.  Moga moga. ❤


So, orang tua macam maq layak ke aktif kat laman social?  Ikut pendirian masing masing lah ye. Mana yang baik, elok teruskan. Mana yang memudaratkan, eloklah hindarkan.. Pilihan dipihak empunya diri..waallahhua'lam

Insyaallah.. 

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...