Youtube buat anak anak



Assalamualaikum.

Sejak duduk berjauhan dari keluarga,Ety - anak maq nombor 2 dah mula belajar untuk masak sendiri. 


Dulu masa dia pergi belajar dan duduk asrama, bolehlah dia makan apa saja yang pihak asrama orderkan tapi sekarang dah duduk rumah sewa,  100% kena buat sendiri.


Balik kerja kena masak.Sebelum pergi kerja pun kena masak.Mujur ety kerja shif jadi masa taklah padat sangat untuk aktiviti kerja dan masak.Apa keadaan sekalipun Ety memang kena belajar banyak benda.


Belanja barang dapur sendiri.
Masak sendiri. Makan sendiri.


Ety memang suka memasak.Tapi dia ada satu masalah.Suka terlupa resepi.Lagi pelik,padahal youtube, google tu terlalu lah banyak resepi untuk dimasak, namun Ety tetap nak resepi yang emak dia selalu masak kat rumah.


Hampir setiap 2 hari sekali Ety akan call maq untuk bertanya resepi.Bila maq dah bagi dan Ety masak, kadang menjadi hasilnya, kadang kelaut perginya haha.


Yang paling jadi masalah, resepi yang sama akan ditanya lagi selang seminggu atau 2  minggu akan datang.Allahhu...Anak oh anak.


Maq dapat idea ,untuk rakam tiap resepi keluarga yang anak anak maq suka. Kemudian maq kongsi dalam group whatsapp. Tapi idea ni macam tak menarik sebab bila dah lama lama, galeri diaorang akan full dengan video maq. Silap gaya diaorang delete video video tu dan bila nak masak,  diaorang  akan call maq lagiii.


Lama dok mikir...


Tetiba teringat akaun youtube maq yang maq ada kongsikan video video keagamaan je sebelum ni. Jadi maq rasa kenapa tidak maq selitkan sahaja video video masakan maq kat situ? 


Tak perlu nak like atau subscriber pun, maq berkongsi setakat nak bagi ilmu yang maq tahu je.

Moga Allah perkenankan semua ilmu yang maq kongsikan kat situ. Tapi jika anda rasa maq layak di subscribe, kenapa tidak?  Heeeee...


Untuk permulaan, video agak celaru dan kurang bermutu. Ini kerana kurangnya pengalaman maq dalam usaha kali ini. Respond ety?

Dalam diam diperlinya kita

Apapun hakikatnya.Apa yang maq harapkan sangat. Satu hari nanti  anak anak maq akan jadi lebih hebat memasak berbanding maq mereka sendiri. 


Maq pun bukan pro. Masak pun main pakai campak campak je tu.


Terima kasih Allah untuk ilmu baru ini. Tak pernah langsung terfikir  nak kongsi resepi sendiri kat public.

Semoga usaha ini beri manfaat ,Jemput singgah ke YouTube maq


Salam 23Ramadhan 1441. 
Sekejap je Ramadhan dah nak pergi tinggalkan kita.

Sebak*😭

Popular Posts