Banir


Assalamualaikum.

Banir?  Apa itu banir?

Inilah Banir. Akar pokok yang besar. 

Apa kegunaan banir ini?  Jom baca sedikit info mengenainya. Maq kongsi dari page Penyulam Aksara ( fb )

Ini adalah hasil salin dan tampal*


 ILMU HUTAN

Yang selalu masuk hutan, mesti selalu nampak benda ni kan?

Untuk makluman anda, benda ini dipanggil banir.

Banir ini mempunyai sangat banyak kegunaan terutamanya bagi mereka yang tersesat dan memerlukan pertolongan.

Bagaimana caranya untuk menghantar Isyarat kecemasan/meminta bantuan menggunakan banir ini?

Ikut langkah-langkah dibawah:

1.Pegang parang/batang kayu sederhana besar di tangan

2.Ketuk bahagian atas banir menggunakan belakang parang/batang kayu sederhana besar dengan kuat

3.Ulangi ketukan sebanyak 2 kali untuk memberikan isyarat kepada pasukan penyelamat ataupun pendaki yang lain

4.Pastikan anda menjarakkan 2-3 saat diantara setiap ketukan untuk memberikan masa dan isyarat yang betul kepada orang lain yang mendengar

✔️Tahukah anda bahawa bunyi yang terhasil daripada ketukan banir ini boleh didengari sejauh beberapa kilometer bergantung pada lokasi anda ketika itu

Kredit : Wak Mokhtar

Info  lain tentang banir, masuk Link ini.

Nota Maq : Semoga sedikit sebanyak boleh beri kita ilmu pengetahuan mengenai alam dan fauna. Salam 27 ramadhan 1441❤

Popular Posts