Jumaat shawal dan PKPB
Assalamualaikum..
Harini hari Jumaat. Tapi tak semua kaum lelaki diMalaysia dapat melakukan solat jumaat berjemaah dimasjid masjid. Bukan dihalang tapi demi kebaikan. Dan rakyat akur walaupun mereka rindu suasana solat berjemaah dimasjid tu.SubhanAllah..
Harini kita semua masih lagi berada didalam bulan shawal. Tapi kita dah takda peluang nak meraikannya dengan kunjung mengunjung. Cukuplah beraya pada hari pertama shawal yang lalu. Kuih muih yang masih berbaki tu, jom kita makan bersama anak anak kita je. Alhamdulillah..
Harini rakyat Malaysia masih lagi dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat, covid19. Walaupun keputusan KKM dari hari kesehari semakin bertambah baik, sebagai rakyat kita kena teruskan dengan cara kehidupan Normal baharu. Virus tu terlalu kecil dan kita tak nampak kehadirannya dimana mana. Allahhuakhbar..
Harini Allah beri kita sehari lagi menjadi hambaNya yang dipinjamkan. Dan untuk harini ,berapa kali dah kita beristigfar, berselawat dan ucap Alhamdulillah atas semua nikmat yang telah Allah beri kepada kita sehingga saat ini?
Bisik kat hati, jangan bertangguh untuk berbuat sesuatu kerana Allah. Sebab bila ajal dah menjemput, kita dah takda semua peluang tu lagi.
'takbir'..