Moga Ini Adalah Permulaan



Assalamualaikum.


Harini Jumaat bersamaan 22Ramadhan 1441. Lagi seminggu nak raya! Tapi tak feel lagi untuk semua tu. 


Sambut raya atau tak, keadaan masih seperti sebelum sebelum ni. Masih lagi dalam keadaan Perintah Kawal Pergerakan Bersyarat.


Apa pun syukur Alhamdulillah  kerana kita semua telah diberikan kesihatan yang baik bersama semua ahli keluarga. Rezeki namanya tu..

Keratan akhbar Berita harian

Alhamdulillah.

Harini, buat pertamakalinya solat jumaat dimasjid masjid dan surau surau terpilih diseluruh Malaysia akan memulakan solat  berjemaah semula. Walaupun jumlah jemaah adalah terhad untuk permulaan ini,  namun apa yang kita harap sangat, semua ini adalah jalan permulaan untuk kita kembali kepada keadaan "yang lama dalam keadaan normal baharu".


Lama dah masjid dan surau sepi. Yang hadir sebelum ni cuma pak imam, pak bilal dan tok siak. Mereka bertiga pun sunyi dah tu sebab dah lama takda jemaah lain nak menemani.


Berapa pun jumlah jemaah yang dibenarkan melakukan solat berjemaah, itu bukan alasan untuk kita persoalkan dan jadikan keadaan jadi makin kusut.


Keputusan ini bukan suka suka diambil tetapi semuanya terhasil atas perbincangan dan persetujuan dari banyak pihak dan dari mereka yang bertanggungjawab beri keputusan.

Pesanan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri


Rakyat tolong jangan kalut. Andai anda tak dapat masuk kedalam masjid tengahari nanti, terima lah kenyataan itu dengan hati yang terbuka.


Apa pun adalah lagi elok,jika  melakukan solat zohor dirumah. Nanti sayu pulak rasa hati bila mana anda dah sampai depan pintu pagar masjid pastu kena patah balik.


Hmm sedih kan...

Sekadar hiasan

Hidup ini mudah dan manusia tak perlu nak menyulitkan lagi keadaan hidupnya. Terasa lama sangat maq tak kongsi teks khutbah Jumaat JDT dalam blog peribadi ni kan. Rindu... 

Comments

  1. Semoga cepat redanya wabak ni
    Dah lama sangat tak sembahyang jumaat

    ReplyDelete
  2. Mudah mudahan keadaan cepat kembali seperti sedia kala, aamiin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026