Pintu ke 7
Assalamualaikum.
Sedikit perkongsian dari group whatsapp yang ingin dikongsikan disini. Harapan semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita, Umat Nabi Muhamad s.a.w.
_Rasulullah menangis hingga pengsan ketika Jibril menyebutkan penghuni neraka yg ke-7.
_ALLAH berfirman dalam beberapa ayat berikut.
_"Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yg jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya".- QS. Al-Furqan: 11.
_"Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yg mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah". -QS. Al-Mulk: 7.
_Air di jahannam adalah Hamim (air panas yg menggelegak), anginnya adalah Samum (angin yg amat panas), sedang naungannya adalah Yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yg sangat panas). - QS. Al-Waqi'ah: 41-44.
_Nabi Muhammad SAW meminta Jibril untuk menjelaskan satu persatu mengenai pintu-pintu neraka tersebut.
_"Pintu pertama dinamakan Hawiyah (jurang), yg diperuntukkan bagi kaum munafik dan kafir.
_Pintu ke 2 dinamakan Jahim, yg diperuntukkan bagi kaum musyrikin.
_Pintu ke 3 dinamakan Saqar, yg diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api.
_Pintu ke 4 dinamakan Ladha, diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya.
_Pintu ke 5 dinamakan Huthomah (menghancurkan hingga berkeping-keping), diperuntukkan bagi kaum Yahudi.
_Pintu ke 6 dinamakan Sa'ir (api yg menyala-nyala), diperuntukkan bagi kaum kafir.
_Rasulullah bertanya: "Bagaimana dgn pintu ke 7 ?"
_Sejenak malaikat Jibril seperti ragu ragu untuk menyampaikan siapa yg akan menghuni pintu ketujuh. Akan tetapi Rasulullah SAW mendesaknya sehingga akhirnya Malaikat Jibril mengatakan ...
_"Pintu ke 7 diperuntukkan bagi umatmu yg berdosa besar dan meninggal sebelum bertaubat."
_Mendengar penjelasan itu, Rasulullah terkejut lalu pengsan. Jibril lalu meletakkan kepala Rasulullah SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar beliau bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan rasa sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu."
_Nabi Muhammad SAW lalu menangis. Jibril pun ikut menangis. Kemudian Nabi langsung masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat.
_Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapa pun selama beberapa hari dan ketika solat beliau pun menangis dengan tangisan yg sgt memilukan.
_Jom kita taubat sebelum terlewat dgn taubatan nasuha. Ya Allah, mohon ampun atas segala dosa.Janganlah sampai kita meninggal sebelum bertaubat.
_Banyakkan solawat kpd Nabi Muhammad SAW agar kita mendapatkan syafa'at beliau di akhirat nanti.
_Wahai sahabat & saudara2ku, jika selama ini saya salah dan khilaf. Ana uhibbukum fillah...
_Semoga kita saling memanggil untuk masuk ke syurga nanti. Jangan sampai ada yg tertinggal di neraka. Jika engkau tidak menemuiku di Jannah, maka tolong cari dan keluarkan aku dari neraka. ....Naudzubillahi min dzalik...
_Wallahu'alam.
![]() |
Gambar sekadar hiasan. |