Anak sulong perempuan 4 generasi
Assalamualaikum.
Ada kisah menarik mengenai kehadiran Ainul Mardiah dalam keluarga kami. Jika anda semua nak tahu , Ainul merupakan pewaris anak sulong perempuan ke empat dalam keluarga maq. Macamana tu ? Okey cerita dia macamni.
Ibu maq ( Puan Jamilah ) dilahirkan sebagai anak sulong perempuan pertama oleh mak tok ( puan Hajah Fatimah Bt Mohd Saleh ) bawah ini gambar mereka anak beranak.
![]() |
Ibu dan Mak tok. Jarak usia mereka 16-17tahun. Macam adik beradik kan? Ibu adalah anak sulong bagi Puan Hajah Fatimah Mohd Saleh. |
Kemudian bila maqnie dilahirkan pada tahun 1969 , maq pun jadilah anak perempuan sulong bagi ibu dan abah. Diberi nama Noraini Rokani. Dibawah ini gambar kami berwefie pada 2017.
![]() |
Tuhan jagakan dia. Jarak usia kami 18 tahun. Maq anak sulong puan Jamilah Ismail. |
Bila maq bernikah pada tahun 1993 bersama cinta hati Encik Osman ,lahirlah along ,anak sulong perempuan kami yang diberi nama Nur Farahin Izzati. Ketika tu korang kiralah umur maqnie berapa. 1969- 1994 = ? Aik ?? Guna mesin pengira jugak ? 😂 Bawah ni gambar kami.
![]() |
Macam anak dengan emak atau macam adik dan kakak?Okey ,jawab dalam hati je sebab maq dah tau jawapannya.. Inilah Along anak perempuan sulong kami . |
Haha ok ok , cakap banyak pun tak guna . Sambung cerita!
Disember ,2016 along selamat bernikah dengan pilihan hatinya dan pada April ,2018 , Ainul pulak mewarnai dunia anak sulong perempuan milik kami. Ye , Ainul anak perempuan sulong Along !!! Allah hu , terima kasih Allah..
![]() |
Ainul !! Hehehe tak tahu nak kata apa . Hanya ucap syukur kehadrat lllahi. Thanks Allah..💕 |
Bawah ini antara gambar kami bersama Ainul Mardiah di Aidil fitri 2018.
![]() |
Nenek dan Ainul |
![]() |
Tok mak dan Ainul |
![]() |
Ainul ,mama dan papa ! |
![]() |
Keluarga kecil kami ❤ |
Itulah kisahnya. Harini , apa yang maq harafkan , kesemua kami menjadi anak anak sulong perempuan yang solehah. Yang berjasa kepada kedua orang tua dikehidupan dunia dan akhirat. Aamiin.
Persoalannya sekarang. Apakah Ainul Mardiah bakal mewarisi generasi anak sulong perempuan pertama sekali lagi ? Apakah maq akan berpeluang berjumpa generasi anak sulong perempuan yang ke 5 pula nanti? Insha Allah kalau Allah izinkan. Tiada siapa mampu mengubah ketentuanNya. Maha Suci Allah yang mentadbir sekelian alam.
Terima kasih Allah. ❤