Skip to main content

Tok mak yang jenis kalut


Assalamualaikum.

Ada orang kata ' maqnie tu perangai tah apa apa. Cucu sorang pun nak belagak,macamlah dia sorang je yang ada cucu. Biasaaaaa diaaaa..😁

Haha memang pun !!! Sejak ada cucu, memang macam macam perangai maq sudah keluar. Bukan sebab maq sorang dah ada cucu , korang tanyalah nenek nenek lain , siapa tak sayang cucu dia uiii ! Walau perangai cucu macam hidupan liar sekali pun , atok nenek tetap akan kata :

" tu cucu aku lah tu ,anaknya sipolan "


Tapi bagi diri Maq pulak bukan sebab perangai cucu ,maq nak jadi macam macam ,tapi disebabkan maq jenis over thinking ! 😂

Pernah pada usia Ainul 3bulan lebih,maq bawa dia kemajlis undangan kahwin. Disebabkan maq nak makan , ada seorang petugas ( perempuan dalam lingkungan usia awal 40an )  nak tolong pegangkan Ainul. Kalau kat Johor ,kami panggil petugas tu " orang kendarat " ,tapi kat tempat lain maq tak pasti.

Nak jadikan cerita ,maq pun bagilah Ainul untuk didukung oleh petugas tersebut. Maq pun pergilah cedok nasi ,lauk pauk dan makan dimeja bersama ahli keluarga yang lain. Masa baru nak suap nasi kemulut, maq nampak ainul dibawa kebahagian hadapan kenopi tu. Aduh ,kepala otak dah mula celaru.

"ainul?! Karang aku leka makan , dibawa kemanakah? Eh , perempuan tu sihat kah? Selsema ke ,batuk ke. Aduhh..kenal pun tidak petugas tu "


Ahh tak fikir panjang ,maq bergegas ke arah petugas tadi. Maq cakap maq nak bagi ainul minum sebab dari rumah ainul belum minum. Petugas tu pelik! Eah , akak makanlah dulu,takpa..saya pegangkan jek kat sini. Maq tak hiraukan kata kata petugas tu, maq kata takpalah, makcik dia dah nak siap makan dah tu. Haha poyo jek maq kan ,tak masal menipu ,😂

Apakah yang maq fikirkan sebelum ambil ainul kat orang tu ialah :

-betul ke dia petugas kat situ? Kalau dia bawa ainul kemana mana,mana maq nak cari? Allah hu akhbar..

-ainul sensitif ,maklomlah baby 3bulan. Kot perempuan tu tak sihat ke, tak pasal pasal terjangkiti. Dah la masa tu musim sakit kaki,tangan dan mulut. Bahaya uii ! Nauzubillahiminzaliq ..

Maq nekad ,lantaklah orang keliling nak kata apa ,asalkan ainul ada kat pelukan maq.

Tok mak akan buat apa jek untuk Ainul.
💕gasaklah orang nak kata apa pun.
Yang penting ainul sihat dan selamat.



Comments

Popular posts from this blog

Jangan Lepaskan Fadilah Bercukur

  Masjid Dato Bentara. Bismillah, Semalam maq join kursus asas haji untuk minggu ke 8.Orang Batu Pahat memang lambat sikit sebab kami mula kursus pun lambat. Maq nak kongsi apa yang pembimbing kursus kongsikan semalam.Ianya berkaitan bertahallul bercukur /bergunting bagi jemaah lelaki haji dan umrah. Jemaah perempuan dah confirm bertahallul cara bergunting sahaja so korang dah boleh bertenang tenang sekarang ye. Dan jemaah lelaki yang mempunyai alasan tersendiri untuk tidak bercukur ( botak kepala) pun dah boleh tenang tenang. Entri ini fokus pada jemaah yang nak bertahallul cara bercukur sahaja ( botak ). Ok macam ni. Semalam kata ustaz pembimbing KAH,orang lelaki kalau nak dapatkan ganjaran pahala sebanyak jumlah rambut yang ada dikepala, adalah lebih afdal bercukur.Kerana dosa dihapuskan dan derajat akan dinaikkan sebanyak jumlah rambut yang gugur selepas dicukur. Jika jemaah bertahallul bergunting 5 helai rambut so dapat 5 dosa jelah yang  gugur dan naik derajatnya pun cum...

Healing Di Pantai Minyak Beku

  Bismillah, 'Healing' ke Pantai Minyak Beku pada Sabtu 21/11/2026.Lepas solat asar kami bertiga gerak ke pantai ini semata mata nak lihat keindahan alam ciptaan Allah. Pantai. Awan hitam yang berarak. Langit petang yang indah. Cahaya Matahari yang semakin samar. Perahu dan bot bot nelayan. Air laut & ombak kecil. Batu batan berbagai rupa dan bentuk. Pohon pohon ditiup angin pantai. Burung burung gagak. Pengunjung. Kaki kaki pancing. Masyaallah,indahnya ciptaanMu yaa Allah. Bila dah nak masuk waktu maghrib,kami pun siap sedia untuk balik. Nak 'healing' ni,tak perlu pun kena pergi jejauh. Melihat dengan rasa syukur pada alam semulajadi yang berhampiran sahaja pun dah satu nikmat. Bertarung dengan kenderaan lain yang banyak diatas jalanraya yang sesak untuk satu perjalanan yang jauh bukannya dapat merehatkan minda ,malah makin buat jiwa jadi semakin stress.Tak caya cuba!  Dah,jom kita balik!

Kedasyatan Di Mashyar

  Gambar sekadar hiasan* Bismillah, Rasulullah ﷺ bersabda: “Kamu akan dihimpunkan dalam keadaan berkaki ayam, tidak berpakaian dan tidak berkhatan.” Aisyah RA bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu sama lain?” Baginda menjawab: “Keadaan pada waktu itu jauh lebih dahsyat sehingga mereka tidak mempedulikan perkara tersebut.” (Riwayat al-Bukhari, no. 6527) sumber salin tampal.

Brisk walk 24 November 2026

  Jalan Rahmat,Batu Pahat. Bismillah, Ini trek baru kami brisk walk sekarang.Jalan tepi Parit Dhobi tu dah tak lalu lagi. Kenapa? Kadang kadang ada anjing berkeliaran disitu.Mungkin anjing anjing tu ikut tuannya brisk walk jugak kot. So minggu ni kami try kat Dataran pulak.Sekali tu nak jadikan cerita ,ada 4 ekor anjing berkeliaran pada hari kedua kami brisk walk disitu. Aduhhai... Merata rata dah haiwan ni sekarang ek.Antara alasan maq dan encik suami tidak brisk walk ditaman kami pun disebabkan banyak anjing berkeliaran disitu.Pernah ada kes orang jogging 'dikerjakan' anjing.Kami pun rasa seram! Mercu tanda Bandar Batu Pahat. Satu je maq pelik ,pagi tadi belum pun pukul 7.30 pagi tapi orang orang dah mula kurang dikawasan dataran ini.Kereta pun tak banyak yang parkir tepi jalan tu.Kenapa ek?Harap harap tidak hal buruk belaku. Maq tanya kat encik suami,kenapa agaknya harini sepi? Apakah ada yang dikejar anjing? Tapi kata beliau mungkin mereka dikejar masa. Melawak pulak dia ny...

Khasiat Bulu Jagung

  Bismillah, Semalam maq ada jumpa satu posting kat fb berkaitan bulu jagung yang ada dijual dipasaraya.Pemilik fb tu bertanyakan soalan,apa fungsi bulu jagung sampai boleh dijual dipasaraya? Ada beberapa orang netizen balas dengan berbagai komen yang menarik. Ada yang kata di Korea ,pengusaha buat teh bulu jagung dan dipacking dalam uncang.Macam teh uncang yang biasa kita jumpa dipasaran dinegara kita.Mereka jadikan teh bulu jagung sebagai minuman herba. Ada yang lain beritahu,bulu jagung banyak khasiatnya.Tapi ramai yang tak tahu,mereka ambil jagungnya sahaja ,bulunya dibuang. Tapi Maq tertarik dengan 2 komen dalam posting tersebut.So Maq pun salin dan tampal dalam blog ini.Kalaulah ianya bermanfaat, biarlah komen mereka jadi jariah dan beri kebaikan yang berpanjangan. Photo dari google ⭐⭐Netizen 1- Selalunya orang beli bulu jagung bukan untuk makan macam sayur, tapi untuk buat air teh. Manfaatnya, 1. Untuk kencing yang lawas - paling famous. Orang yang susah kencing, kencing tak...

Pengalaman Saya

  sekadar hiasan. Bismillah, Kalini saya nak kongsi pengalaman saya sakit lutut yang berlarutan hampir 2 tahun lebih. Masa mula kena,saya rasa pelipat lutut rasa ketat,rasa berat kaki nak melangkah.Tapi belum rasa sakit cuma rasa sengal sengal. Waktu tu saya sedang uruskan jenazah arwah Abah dibilik mayat HSNI,Batu Pahat. Abah meninggal selepas waktu asar dan jenazah abah diuruskan pada waktu hampir Maghrib. Semasa buat surat pengesahan kematian dan permohonan mandikan jenazah, hujan diluar turun, kejap lebat,kejap gerimis.Dan ianya berulang ulang begitu hingga masuknya waktu maghrib. Senja tu saya dan suami aja ada dibilik jenazah tu.Manakala hanya ustaz dan petugas yang buat proses mandikan. Dan saya disuruh talipon mana mana van jenazah dikawasan berhampiran bandar Batu Pahat yang boleh berurusan pada waktu tu.  Bila Azan maghrib berkumandang,akhirnya saya berjaya dapatkan van untuk membawa jenazah abah balik ke rumah kampung. Masa solat maghrib kat surau hospital pun saya ...

Giveaway Wang Tunai Rm1000 by Mamapipie & Friends

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends . Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join  Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Giveaway Wang Tunai RM 1000 Mamapipie & Friends Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai Buat satu blog post bertajuk " Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends ". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang. Tag 3 rakan  Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang Ibusyurga.blogspot.com   Sukamakanjalan.blogspot.com   www.dawaibesi.com www.guamansyarie.com http...

Nak Diet Kena Pandai

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- "Mak ,malam nanti ety tak nak makan nasik.. Nak buat air manis ,makan dengan biskut jek. Roti pun ada tu . Malaslah makan nasi, tadi petang kan dah makan nasi ,badan ni dah makin kembang dah" - itu kata kata anak maq yang nombor 2 ( Ety ) Sejak dari zaman kolej , dia memang dah kena jaga makan sebab kerjaya dia memaksa dia kena "maintain" kan penampilannya. Kalau nurse  sendiri tak jaga kesihatan ,macamana dia nak uruskan pesakit? Itulah antara kata kata bekas pelajar diKolej Kejururawatan Malaysia tu. Maq cuma senyum.. Nasi tak nak? Tapi ety nak makan biskut/ roti bersama air manis? Lepas tu main pubg? Lepas tu tidur ? Masyaallah , salah tips ni. Biskut tidak digalakan makan ketika diet kerana kalori dia tinggi. Lagi lagi diambil bersama air manis ,contohnya air teh tarik ! Makan je nasi seperti biasa . Makan seawal 2-3jam sebelum tidur . Sukatan nasi hendaklah kurang sedikit kuantitinya berbanding sayu...

Mula Buat Pilihan

Assalamualaikum. Malaysia  itu Negaraku. Tak banyak nak sembang pasal Malaysia hari ini. Sebagai warganegara yang telah disah taraf , maq hari hari doakan supaya Malaysia dan semua bangsa yang ada didalam lingkungannya dilindungi  dengan sebaik baik perlindungan dari Allah swt. Inshaa Allah.. Eh itu bukan point entri maq kali ini lah.  Harini nak beritahu ,kalau nak support bangsa sendiri. Nak gunakan produk tanpa rasa was was dan kalau nak makan masakkan yang menyelerakan. Trylah hasil keluaran bangsa sendiri. Bak kata mat mat motor : " support member lah bossku.." Okey , maq done support lah ni ! Tukar bahan masakan popular  maq dengan produk Faiza ! Ni baru permulaan. Selain serbuk kari ikan dan daging ,tepung gandum ,beehoon pun dari keluaran yang sama. Kesemua yang maq guna setakat ni alhamdulillah ,tidak menghampakan setiap kali memasak. " sedap tak bang kari ikan tu ?"- pertanyaan tidak berbayar dari maq untuk encik suami. " fuh. Sed...

Darurat Dan Jangan Panik

Assalamaualaikum. Negara dikejutkan dengan berita perkenan isytihar darurat oleh Yang Dipertuan Agong. Teks pengumuman dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini ,Dato sri Muhyiddin Yasin.  Apa darurat yang dimaksudkan beliau? Bawah ni antara copypaste yang berlegar legar di group group whatsapp hari ini. Jom kita baca. TERKINI- Pengumuman Khas Darurat oleh YAB Perdana Menteri (12 Januari 2021) 📌Proklamasi darurat dipersembah kepada Agong semalam - PM Muhyiddin 📌Kes COVID-19 tidak tunjuk penurunan, kerajaan perlu bertindak - PM Muhyiddin 📌Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan COVID-19 daripada menjadi serius - PM Muhyiddin 📌Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi - PM Muhyiddin 📌Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan - PM Muhyiddin 📌Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat - PM Muhyiddin 📌Ordinan Darurat un...