Kuih Bulan versi halal

Assalamualaikum.

Minggu ni ,dah masuk minggu kedua anak sulong maq jual kuih bulan homemade. Buat sendiri ? Ya ,beliau adun ,uli, terap dan bakar sendiri sambil dibantu suaminya.


Namun ramai yang bertanya. " Maq , macamana rasa kuih bulan tu?"  Payah nak kabo sebenarnya sebab tekak dan selera manusia tu berbeza beza. Tapi maq cubalah bagi clue ,kot citarasa kita serupa hehe.

 Untuk emak dia, diisi dengan 2biji kuning telur masin huhu


Pastrinya ( lapisan luar ) rasa seperti kuih kek lapis sarawak tu ,ada lembab lembab sikit, tapi  pastri kuih bulan tak berapa manis kerana dia hanya adunan tepung yang dicampur sedikit  gula hangus ,minyak masak dan beberapa bahan lain yg kemudian dibakar sebanyak 2kali.

Intinya  pula mengikut pada citarasa yang kita nak. Macam maq, maq suka inti kacang merah bersama telur masin (kuningnya sahaja)  1biji kuih bulan diisi dgn sebiji kuning telur masin yang telah dikukus.


Untuk sebiji kuih berat intinya hampir 100gram kacang merah. Kalau anda bukan peminat manisan, mungkin anda akan kata "wow manisnya" - tapi jika anda dah makan bersama pastrinya, rasa manis tu dah seimbang. Dan tentu anda akan kata "wow ,enak banget kuih nii.."  makan sambil pejam mata ...😌


Ada banyak perasa untuk intinya , antaranya coklat (lotus) ,pandan, keladi dan  kacang merah .


Nak lebih tahu tentang bagaimana rasa kuih bulan halal homemade ini? Marilah beli produk halal beliau. whatsapp nombor dibawah ini ,inshaallah ,orang Batu Pahat takkan kempunan lagi .  Yang berada diluar daerah , boleh pos juga tapi ada charge kos penghantaran. - 01110647652  - nombor  whatsapp pembekal.


Doa maq , semuga usaha along berjaya ,berjalan lancar dan dipermudahkan semua urusannya. Along dan suami kena tabah ,kerana nak capai kejayaan bukan cukup sebulan dua. Lebih lagi usaha ini merupakan usaha selepas waktu kerja kalian . Ingat.. "customer always right"

 Yakin boleh ,inshaallah.. 

Popular Posts