Manusia.

Assalamualaikum.

Maq pernah ditanya, 24jam duduk rumah sejak lepas kahwin ,layan anak anak , layan suami ,buat kerja rumah yang tak pernah habis , takada gaji ,takda cuti sakit ,takada cuti umum ,takda jumpa kawan kawan sekerja ..maq tak bosan ke?

Hehehe inilah manusia. Mana pernah nak fikir yang positif. Lebih lagi tentang kehidupan orang, sangatlah mereka perihatin tapi tentang diri sendiri tak mahu pulak diambil peduli. Bila  diajukan soalan seperti diatas tu,jawapan maq senang aja,

" hari hari makan , bosan tak? Kalau dah mula  ada rasa bosan untuk makan , banyakkanlah amalan , lebihkan kepada amalan akhirat , lupakanlah semua kisah dunia ini,kerana penghujungnya makin dekat"


😂 - mesti lepas tu dia takkan tanya maq pasal bosan ke tak bosan lagi haha.





Jika anda kata tepi laut itu tenang.
Jika anda anggap lereng bukit itu tenang.
Jika anda bangga jalan berjimba dengan kawan itu tenang.
Semua itu bukan bagi maqnie.Pada maq ,
tiap nikmat Allah beri selama ini sudah memadai.
Yang penting, suami ,anak cucu ada depan mata.
Mereka sihat, maq sihat, ibu bapa maq sihat.
Syukur Alhamdulillah..


Allah beri pada apa yang kita perlu, janganlah dipersoalkan lagi..😊

Popular Posts