Kenapa jadi macam tu?


Assalamualaikum.

Bila cuaca mendung disebelah pagi hari ,ibu ibu gelisah. Nak jemur kain baju yang dah siap dicucikah  atau disimpan dulu? Silap gaya , kain baju kering sendiri dalam bakul , habislah ..

Kenapa boleh kering sendiri?

Yelah dari dok mikir nak jemur ke tak? Nak jemur ke tak ? Lebih baik masuk dapur dulu , kita memasak.

Lepas bersilat masa memasak , berpeluh kan ? Yok mandi !

Lepas mandi dah wangi ,beberapa minit kemudian perut lapar! Apa lagi , yok  kita makan.


Selesai makan, sementara tunggu azan zuhor , kita ambil pahala tidur disiang hari pulak. Tidur sekejap sebelum waktu zuhor yang dipanggil Qailulah . Perh..indahnya hidup .

Krik krikk krikkkzzz..

Celik mata !

Matahari dah mencacak , azan zuhor dah kedengaran , alamak !!! Kain baju masih dibakul ??! Masatu baru tahu langit tinggi ke rendah.


Tapi nak sedapkan hati. Ala , sidai hari ni bukan nak lipat harini pun , haha rileks sudahlah. Apakata solat zuhor dulu ,lepas tu baru sidai kain baju? Ala  lagi ,1.09% dah nak kering tu, 😂


Haaa tulah kisah jadi suri rumah. Tu baru terlupa sidai kain baju ,belum terlupa tutup api masa jerang air  , belum terlupa ada goreng ikan di kuali,   belum terlupa tutup paip dalam toilet sampai banjir satu dapur. Yang tak logik , makan pun boleh terlupa. Aduuuu... Ye ke?? 😂


Minuman kegemaran kebanyakan suri rumah.
Betul ke salah ?

Persoalannya , kenapa jadi macamtu? Sebab kerjaya surirumah adalah kerja yang mana  selagi dia bernafas takkan pernah berhenti.

Comments

Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Melepaskan rindu dalam kereta

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu sejat ganti santan kelapa

Pesanan SMS dari MKN

Kek Susu ( bakar )

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Senarai Doa yang boleh kita selitkan dihari arafah

Pesanan MKN