Skip to main content

Posts

Info Gerak Malaysia

Assalamualaikum. Perkongsian info Gerak Malaysia untuk mereka yang mahu teruskan perjalanan setelah lebih sebulan terkandas dikampung halaman. Dapat dari group whatsapp, harap harap info ni dapat membantu. *Gambar sekadar hiasan.  Jadual perjalanan rentas negeri semasa PKP. Pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan di mana pemohon perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing. 1 Mei 2020 Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri: Perak Johor Kelantan 2 Mei 2020 Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri: Perlis Kedah Pulau Pinang Melaka Pahang 3 Mei 2020 Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri: Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan Terengganu Sebagai contoh, jika anda sekarang terkandas di kampung atau hometown di Terengganu. Anda hanya dibenarkan untuk rentas negeri pada 3 Mei 2020 sahaja. Perjalanan Gerak Malaysia adalah sehala, bukan dua hala.Gerak Malaysia perjalanan sehala, bukan dua hala. Ramai juga ya...

PKP Tahap 4 bermula

Assalamualaikum. 29hb (semalam) bermulalah episod PKP tahap 4. Alhamdulillah perintah kawal pergerakan ini semakin memberi manfaat kepada rakyat. Sikit sikit bermasalah tu biasalah. Mana ada hidup takda masalah, kan? Bagi pihak maq sendiri,  benda paling seronok yang pihak MKN istiharkan semalam ialah, Alhamdulillah.. Maq dah ada peluang nak sarung kasut lepasni.Dah lebih 40hari kasut jalan jalan maq tu berhabuk kat rak. Kesiannnn.. Apa pun langkah langkah berjaga jaga masih lagi diperkuat kuasakan oleh pihak berkuasa. -pakai mask -jarak perjalanan kurang dari 10 km, kalau nak lebih 10km kena buat laporan kat PDRM. -jarak sosial 1meter -pakai hand sanitizer -elakkan berkumpulan Apapun demi keselamatan dan kesejahteraan diri sendiri dan keluarga, elakkan lah dari terlalu kerap nak keluar masuk rumah tu. Bagi maq, dah terpaksa keluar nanti,   baru maq akan keluar. Lagi pun duduk dirumah diam diam lebih selamat kot. Lebih lagi pada bulan puasa ni, ...

Hati seorang emak

Assalamualaikum. Harini Ety kena pergi hospital KL sebab  menghantar pesakit dari hospital JB yang memerlukan rawatan disana. Semalam, bila dia cakap nak ke KL je, automatik hati maq rasa tak tentu rasa. Maq memang gini,  cepat sangat  terasanya. Along pun berpesan pesan kat adik dia tu,   dalam ambulan nanti banyakkan zikir disepanjang perjalanan. Maq kata selawat jugak! Yep semua orang risau. Entah kenapa.. Mungkin sebab sekarang musim wabak corona. Virus dimana mana. Atau jugak mungkin kami risaukan keselamatan Ety. Atau jugak sebab kami dah lama tak jumpa Ety. Atau jugak sebab bulan puasa then  pekerja yang outstation tu kesian tak dapat  nak ngeteh ,Allahhuakhbar... Jadi mak mak ni banyak sangat fikirnya. Bawah ni , antara perbualan seorang emak yang jiwanya kerisauan didalam group whatsapp. Tapi soalan yang last tu nampak sangat yang emak dia belajar  tak sampai university! 😂 Klik gambar kalau nak nampak jelas* ...

Aktiviti tadarus dirumah anjuran biro wanita Taman Bukit Perdana

Assalamualaikum. Harini masuk hari ke 5 ramadhan. Alhamdulillah, aktiviti bertadarus dirumah bersama keluarga anjuran biro wanita Taman Bukit Perdana, sedang berjalan lancar.  Penyertaaan disertai oleh 38 buah keluarga yang merupakan penduduk taman ini jugak. 📚 *AL QURAN DI HATI KU*📚           *T. MULA :  01 Ramadhan 1441* *T. AKHIR : 30 Ramadhan 1441*           *JUZUK   📗    NAMA* 1. 📗 - Normaizan bt  Asli serta keluarga 2. 📗 - Maizatun bt Abd. Manan serta keluarga 3. 📗 - Aniza bt Hassan serta keluarga 4. 📗 - Masrila bt Hassan serta keluarga 5. 📗 - Zaliha bt Abd Samad serta keluarga 6. 📗 - Hjh Muzainiah bt Mohd Bajuri serta keluarga 7. 📗 - Hawa bt Paiman serta keluarga 8. 📗 - Latifah bt Saim serta keluarga 9. 📗 - Norwati bt Omar serta keluarga 10.📗 - Faridah Hanim bt Abd Rahman serta keluarga 11.📗 - Hjh Masnah bt Jamin serta keluarga 12.📗 - Asaliwa bt Abd Kahar se...

Sembang minggu pertama Ramadhan 1441 H

Assalamualaikum, Harini Ramadhan dah masuk hari ke 4 Minggu pertama,  untuk tahun  1441 ( 4/9/1441). Alhamdulillah. Blog ni agak sepi sebab maq masih lagi rasa kekok dengan jadual baru bulan puasa ni. Dengan suasana masih lagi dalam mood Perintah Kawalan Pergerakan covid19 , puasa kalini maq rasa macam best jek. Tak perlu nak terkejar kejar memasak,  tak perlu masak menu banyak , tak perlu berpenat penat sebab maq dah bagi tugasan kepada tiap orang.   ( padahal dalam rumah ni cuma ada 3 orang jek  pun hehehe) Makan sahur? 4.00pagi , maq dah masuk dapur. Siapkan sejenis je lauk. Sebab dah janji makan cuma nak dapat pahala sahur dan sekadar buat alas perut. Bancuh Nescafe tarik tanpa putus, siapkan meja. Anak bungsu tolong kemaskan meja dan cuci pinggan. Encik suami cuma mampu tolong tengok dan makan jek.😂 Lepastu kami buatlah apa patut sementara tunggu azan subuh. Biasanya diaorang online facebook. Maq?Maq adalah buat kerja sikit hehe. Maka...

Tragedi Pulau Bidong

Assalamualaikum. Sejarah memang sudah berulang, bukannya mungkin berulang. TRAGEDI PULAU BIDONG, KEDAULATAN DIANCAM, JANGAN SAMPAI DIULANGI ROHINGYA Keputusan kerajaan Bangladesh menggazetkan sebuah pulau tak berpenghuni di wilayah selatan Chittagong untuk menempatkan pelarian Rohingya telah menyebabkan ramai yang mempersoalkan kenapa kerajaan Malaysia tidak mencontohi tindakan berkenaan iaitu dengan menggazetkan satu kawasan khas untuk menempatkan pelarian Rohingya. Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Malaysia tidak menandatangani  Konvensyen Pelarian 1951 untuk melindungi pelarian secara tetap di negara kita demi menjamin kedaulatan negara. Sungguh pun begitu, kita tetap mengizinkan mana2 pelarian untuk transit di negara kita sebelum dihantar ke negara ketiga. Tahukah anda, Malaysia pernah diancam kedaulatannya dek kerana terlalu bermurah hati dengan menerima pelarian di negara kita satu ketika dahulu? Ia digelar tragedi Pulau Bidong. Kisahnya bermula apabila Malaysia...

Tiada siapa mampu mengubah kita kecuali kita

Assalamualaikum. إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاء فَهُوَ خَيْرٌ لُّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ "Kalau kamu zahirkan sedekah² itu (secara terang ), maka yg demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yg baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah² itu serta kau berikan kepada orang² fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu;dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan² kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Al-Baqarah 2:271) Kalau anda nak tahu, sebelum sebelum ni maq cuma anggap.Kalau nak bersedekah,   tak perlulah nak bergambar bagai dan berkongsi dengan masyarakat lain diluar sana, kerana itu lagaknya seperti membuka aib orang yang menerima.. Tapi ternyata sangkaan maq itu adalah salah dan bersedekah  ni ada cara tersendiri  yang  boleh diguna pakai. Ada ...