Skip to main content

2024 Tahun Pergi Pantai


Bismillah ,

Macam tak percaya tapi itu lah kenyataannya.

Rupanya dalam beberapa bulan kebelakangan ini,banyak pantai yang maq dah pergi..Antara yang sempat dirakamkan ada dibawah,jom scroll.

Bawah ini gambar 24/8/2024-Santai santai diPantai Punggur ,Rengit,Johor .Sambil bersantai makan kerepek dari Azhar food,Sedap...






Bawah ni pula memori 4/8/2024 - menikmati keindahan Pantai Puteri ,Melaka.


Bawah ni kenangan 26/7/2024-Melihat matahari terbenam di Pantai Sri Menanti,Muar.








Bawah ni pula 20/7/2024 - santai santai di pantai Minyak Beku ,Batu Pahat.






Walaupun hanya pergi ke pantai pantai yang berdekatan saja namun ia amat bermakna bagi maq untuk rehatkan minda .


Sebenarnya ada banyak lagi pantai yang kami bertiga dah pergi dalam tahun 2024 ni.Cumanya takda gambar yang boleh disimpan disini. Sekarang maq dah tak berapa rajin nak ambil gambar.Semenjak dah bercucu ni terasa malu pula nak pegang fon ditempat ramai orang. Bak kata anak anak ,semua ini faktor usia.

Antara pantai lain yang kami dah sempat pergi bersantai sebelum ni ialah ,

Pantai Siring ,Melaka

Pantai Bukit Batu,Batu Pahat

Rumah rakit Kong Kong,Masai Johor

Pantai Sungai Lurus,Senggarang 

Kenapa kami suka ke pantai?

Ok, selain tengok wajah pasangan,wajah ibubapa, tengok kaabah ,tengok laut juga akan dapat pahala.Dapat juga rehatkan minda.Dapat udara segar,dapat pandang laut yang terbentang luas.Banyak lagi sebenarnya yang kita boleh dapat.Nanti korang fikirlah sendiri.


Hidup ini sekejap je,oleh itu nikmatilah semua keindahan dan kehebatan alam ciptaan Tuhan ini dengan penuh rasa kesyukuran.


Korang tanyalah orang arab kat Mekah tu, dapat tak diaorang melepak kat pantai setiap minggu macam maq? 

eheheh soalan ponnnn..


Korang ingat pesan maq yang ini.Hari hari jangan lupa minta dengan Allah,

1 - minta diberi rasa cukup

2- minta diberi rasa syukur

InshaaAllah..jiwa tenang kepala takkan serabut.


***cuba korang tengok dalam gambar terakhir maq di Pantai Minyak Beku tu, apa yang boleh korang nampak di langit & di awan.

Waallahu a'lam...

Comments

POPULAR POSTS

Bergurau Dengan Scammer

  Bismillah, Setiap awal pagi maq akan log masuk akaun tiktok untuk buka kedai maq kat sana. Ceh ..padahal jadi affiliate je pun,kihkih ~ Pagi tadi ,baru je log-in ,dah dapat pesanan kat DM. hmmm mementang maq guna gambar wanita yang bergincu tebal kat tiktoktu,kemain kau ek nak kenakan acik kau ni.Maq pun dengan rajinnya membalaslah pesanan tersebut. haaa..lepas tu terus je block akaun budak scammer yang chomel shangat tu.Banyak kerja lain yang maq nak kena buat scammer oii. Ye,salah satu kerja nya ialah ke tepian pantai hehehe Gambar atas*Saya bukan budak pantai.Saya pecinta alam semulajadi. Pagi ni selepas hantar si bongsu kerja di bandar Batu Pahat , maq dan encik suami sempat singgah ziarah kubur arwah abah di tanah perkuburan kampung Koris.Rindu sangat kat abah. Musim hujan macam sekarang ni,maq kena top up lagi 2 kampit batu putih atas pusara abah. Sebab 2minggu lepas semasa kami pergi,ada lubang kecil dipusara abah tu.Tanah kubur berlubang sedalam 4-5inci.Dah 2 kali hal serupa

Tanda Ikan Sudah Masak

Assalamualaikum. Bila ada anak perempuan , serba sedikit hal "kedapuran" mereka kena ambil tahu jugak. Pernah satu hari anak maq tanya :  mak , apa tanda ikan yang kita masak tu dah cukup masak? Maq : " pertama tengok biji mata ikan tu ,kalau dah terjengil keluar ,itulah tanda ikan tu dah cukup masak. Kedua tengok pada bahagian ekor ( lihat gambar atas ) kalau isi ikan tu sudah merekah dari tulangnya ,itulah tanda ikan itu dah masak sempurna. Tapi dalam gambar tu ,ikan tu dah macam terlebih masak ,heee  Tips ini bagi memasak ikan ikan kecil sahaja . Kalau ikan yang besar  tipsnya lain pulak.  Apa pun bagi yang sedang berjinak jinak nak duduk dapur ,mudah mudahan tips ini berguna . Inshaa Allah.

Perasaan Seorang Ayah

Assalamualaikum Hari ini baru maq tahu bagaimana perasaan seorang ayah untuk anak anak perempuannya. Sejak anaknya dari dalam kandungan hinggalah dah besar menjadi dewasa,  si ayah tak minta satu sen pun dari si anak untuk  membayar semua  jasanya. Bagi ayah,  asalkan anak ayah bahagia, ayah pun turut sama bahagia. Bila letih, ayah diam. Bila marah,  ayah diam. Bila kecewa,  ayah diam. Bila sedih,  ayah diam. Bila terlalu berat bagi ayah nak pendam, ayah akan pilih emak untuk luahkan semuanya. Dan emak pun rasa sedih.  Sebab emak sayang ayah dan juga sayang anak anak. Akhirnya emak cuma mampu diam dalam sedih sambil sentiasa pilih untuk kekal setia disamping ayah. Ayah nak anak anak ayah hidup bahagia. Ayah akan ikut je kehendak anak anak walaupun kadang kehendak tu ayah tak suka pada asalnya. Ayah nak anak anak ayah terbela sampai tua. Walaupun ayah tak berharta, dia tak mampu bagi kemewahan kepada anak anaknya tapi ayah taknak hidup anak anaknya bila dah tua, tera

Kes Covid 19 Apa cerita?

  Bismillah, Tercetus sejarah dalam diri maq bila baru baru ni maq diuji dengan demam.Tapi demam kali ni lain macam auranya. Badan rasa bisa bisa,kejap suhu tinggi,kejap mengigil kesejukan,kejap berpeluh peluh,lastly selsema sampai sukar nak bernafas dan tak lama kemudian terus hilang deria bau dan deria rasa. Dalam telinga pulak riuh berdesing. Demam kalini Maq tak pergi klinik pun ia disebabkan anak bongsu pun kena,jadi kami kongsi je ubat yang dia dapat dari KK Batu Pahat. Settle ! Benda boleh dapat free buat apa nak bayar berpuluh RM kan sis? haha dasar kedek... Sejujurnya anak pergi KKBP pun sebab nak dapatkan MC,haaa dapatlah 2 hari.Jadilah buat raso raso.Tapi terkejut juga bila anak maq diarah oleh doktor untuk beli alat ujian Covid19 difarmasi luar.Dan untuk maq pun ada. Akhirnya keputusan kami serupa.Kami sah positif covid 19.Laaa..aktif  lagi virus akhir zaman ni rupanya. "Alaaaaa..Covid kan selsema biasaaa jeeeeee makcik.Bukan bahaya sangat puuuuuunnnn..." ye sis,d

Ziarah maktok di Perak

  Cerita awal bulan Ogos haritu,baru harini ada masa nak share.Bukan apa,sekadar nak simpan kenangan peribadi maq bersama keluarga. Bismillah, 3 & 4 Ogos 2024,Alhamdulillah, maq dan encik suami bersama ibu serta adik beradik maq, diberi rezeki masa untuk ke negeri Perak .Kami pergi selama 2 hari 1malam. Tujuan utama adalah untuk ziarah maktok kami yang diuji ,patah tulang peha.Masa kami ziarah tu, maktok dah hampir sebulan terlantar sakit. Ada perkembangan positif bagi kesihatan maktok, cumanya maktok masih belum mampu duduk dengan sempurna dan maktok masih mengharapkan bantuan ahli keluarga untuk semua hal peribadinya. Ipoh dan gunung batu kapur berpisah tiada. Gambar atas : sinilah tempat maktok kami sekarang.Dirumah pak lang di Ipoh.Berpunca dari maktok kebas kaki dan tak dapat melangkah,akhirnya terjatuh di bilik air ,akibatnya tulang peha maktok pecah dan patah. Mengikut kata doktor dengan usia maktok sekarang ,tiada apa apa pembedahan mampu dilakukan.So selama rawatan belum h

Menu Lazat Bulan Puasa?

Assalamualaikum. Tajuk tu macam selalu kita baca kat facebook. Kawan kawan kongsikan resepi resepi kat kita supaya bila tiba masa untuk memasak ,tukang masak tidaklah 'blank' dok mikir nak masak apa. Tapi bagi entri maq kalini , tajuk tu bukan berkaitan masak . Ianya lebih kepada makanan rohani. Apakah? 30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN Sama sama kita bersedia dan laksanakan .. 1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang. 2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam. 3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam. 4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari. 4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari. 5. Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat. 6. Sunat dhuha setiap pagi. 7. Sedekah setiap hari minimum seringgit. 8. Pastikan sahur setiap hari. 9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit. 10. Tadarus al-Quran sambil usaha memahami maksudnya. 11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik. 12. Kurangkan ziarah ke ba

Petua Zaman Maq Kecil

Assalamualaikum. Agak agaknya yang dikata zaman maq kecil tu tahun bila lah ye? Maq rasa ramai dikalangan anda belum lahir lagi masa tu , hehe. Petua petua yang  menjdi amalan di zaman maq kecil ini kekadang bila difikirkan semula sepertinya tak masuk dek akal ,tapi itulah amalan kami dulu kala.. Fuh macamlah maq hidup dizaman purba pulak , hiks 🙊 Nostalgia 1978- pegang tabung unta 😂  rambut potong senget kat dahi tu anggaplah itu adalah fesyen Petua 1 : bila semut masuk dalam telinga ,nak buat apa? Haa kalau semut masuk lubang telinga  belah kiri, tutuplah lubang telinga belah kanan, dan kalau semut masuk  lubang telinga kanan ,tutup lubang telinga belah kiri pulak. Inshaallah semut akan keluar , sebab katanya laluan dah diblock , so dia terpaksa buat u turn,  undur  kebelakang dan undur ,akhirnya terkeluar dari lubang telinga. Mujarab ke petua ni ? Ye , Lulus !! Macam tak logik kan? Maha suci Allah.. Petua 2 : tercekik tulang ikan ketika sedang  makan. Nak buat ap

Kenangan Dulu Dulu

Assalamualaikum. Setiap orang pasti punya kenangan. Kenangan pulak merangkumi dari pelbagai sudut. Seronok , sedih , serik dan seram. Ada banyak lagi kalau nak dihuraikan pasal kenangan ni. Sampai raya pun takkan habis maq menaip ni karang.. Maq pun nak kata kurang kenangan tu macam menipu pulak kan. Hidup dah separuh abad dah takkan takda kenangan nak dikenang. Adaa..tapi biarlah rahsia kekal jadi rahsia. Eceh kenangan pun nak dirahsiakan ,alasan ! Hehe Untuk tidak memghampakan anda ,bawah ni serba sikit antara kenangan yang pernah maq lalui dan berkaitan la juga dengan gambar gambar tu. Ye ,kenangan ini memang maq lalui. Ibu selalu pesan ,jangan main jauh jauh dari kawasan rumah , nanti ada penyabit. Kerja dia sabit kepala untuk dibuat jambatan. Disebabkan terlalu takut hilang kepala,bila terjumpa je orang bawa sabit kelapa atau sabit rumput ,kami ( budak budak ) akan lari atau sembunyi. Haishh..orang buat jambatan kan pakai simen, batu, kalau pakai kepala celah mana pula

Khutbah Jumaat JDT

        INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT TARIKH : 27 September 20l9                  27 Muharam 1441 TAJUK  : Golongan Yang Tidak                  Diterima Amalannya                 1) Ingat- setiap amalan di dunia akan diadili di akhirat; Allah SWT tidak menzalimi hamba2Nya; setiap amalan akan dibentangkan; ada amalan yang diterima; ada amalan yg ditolak Allah. 2) Firman Allah Surah Al-Furqan/23 bermaksud: "Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yg mereka telah kerjakan dari jenis amal (yg mereka pandang baik) lalu kami jadikan dia terbuang sebagai debu yg berterbangan". 3) Penjelasan maksud ayat :- 3.1) Di akhirat terdapat golongan yg ketika di dunia membawa banyak amalan yg dipandang sebagai amalan baik. 3.2) Semua amalan menjadi debu berterbangan sebab Allah tidak terima amalan2 tersebut. 4) Asbab amalan2 ditolak- dicemari dengan sifat2 mazmumah seperti takbur riak sombong dan lain lain. 5) Sabda Rasulullah SAW tentang amalan2 yg tidak diterima Allah diper

Susu sejat ganti santan kelapa

Assalamua'laikum .. Berkongsi kita sekali lagi . Kalini maq nak beritahu ,hampir 2 tahun dah maq tukar santan kelapa dengan susu cair. Susu dalam tin tulah . Harga dalam anggaran rm 2.60 setin. Yang biasanya orang guna untuk buat koktail , buat ABC , buat kek , puding dan bagai lagi . Semua jenama boleh guna , asal anda mampu beli . Maq biasa guna jenama ini. Okey Maq ada beberapa soalan yang perlu dijawab. 💜Boleh ke maq kalau dibuat masak untuk gantikan santan ? Jawapan maq : semua jawapan ada padamu.. - lirik lagu Aiman Tino pulak 🙊- haha ya , memang boleh sangat sangat. Maq masak kari guna susu ni , masak lomak cili api guna susu ni ,sambal goreng ,pechel , masak sayur goreng pun guna susu ini . Hasilnya ? Maq makan nasi dan bertambah nasinya,  Awesome !! 💜Yakin ke hebat rasanya maq ? Jawapan maq  : selera maq selera dinasour , sedap je 😂 tapi selera cerewet encik suami pun boleh layan kot , so , memang masuk lah citarasanya . 💜Kenapa maq pilih susu ni