Tukar Jenama Ubat Darah Tinggi

 

Bismillah,

Sehingga hari ini, Maq masih lagi ambil ubat untuk stabilkan tekanan darah tinggi.


Semalam masa ambil ubat difarmasi KK Batu Pahat,ubat darah tinggi maq telah bertukar jenama lain.


Jika sebelum ni maq makan ubat yang ni,



Tapi semalam, farmasi dah tukar ubat keluaran kilang lain pulak.Macam ni haa rupa ubat dan kotaknya,




Nama pun dah lain.Bila ditanya ahli farmasi,apakah ini ubat baru? Beliau jawab ,


"masih ubat yang sama tapi dari kilang yang berlainan..."


Okey, jadinya tadi sebelum makan ubat ,maq buat siasatan di google.Ini maklumat yang maq dapat.


Perindopril adalah perencat ACE yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertensil),penyakit arteri koronari yang stabil dan kegagalan jantung.


Ia merendahkan tekanan darah dan mengurangkan ketegangan jantung, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.


Kesan sampingan yang biasa termasuk batuk kering ,pening dan sakit kepala.


Masa sahur tadi maq dah makan sebiji ,so kita tunggu hasilnya.Kalau sebelum ni takda apa kesan sampingan bila maq makan brand perinace . Tapi tak pasti dengan covinace.


Harap harap takdalah kesan sampingan yang keterlaluan. Maklomlah bulan puasa ni air memang kurang sikit dalam tubuh badan.


Alhamdulillah,ubat ni masih boleh didapati secara percuma dari Klinik Kesihatan Batu Pahat.Guys,korang ambil ubat darah tinggi brand apa pulak ? 


**3 hari lagi ramadhan nak pergi, sayu pulak rasa hati.

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Brisk Walk Dan Kelebihannya

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026

Himpunan Doa Arafah 2025