10 Malam Terakhir Dalam Kenangan

Gambar sekadar gurauan 


26 Ramadhan 1447H


Bismillah,

Lama sangat blog ni sunyi.All out untuk ramadhan guys hehehe konon konon lah kot.


Padahal tuan badan busy dengan tanggungjawab hakiki.Itu yang pasti.


"Allahhumma Balighna lailatul qod"


Malam ni dah masuk malam ke 27 ramadhan bagi umat islam di Malaysia.


Dulukan masa zaman maq memuda dulu  ,orang tua kami bercerita,10 malam terakhir kalau jumpa hal pelik pelik itulah tanda kehadiran lailatul qodar.Mintalah apa pun,pasti maqbul.


Pernah satu malam tu,maq tolong abah mengecat anjung rumah.Rasanya umur antara 12/13/14 tahun kot,lupa dah.


Dalam pukul 10 macam tu,tengah ralit sapu cat, tetiba sekor lipan besar yang warna hitam kemerah merahan lalu betul betul depan maq.Lipan tu berhenti dan terdiam depan maq dalam beberapa saat.


Maq pulak sejenis budak yang tak geli pun lipan (maklomlah budak kampung tulin) cuma maq tak nak dia mengigit je.Tapi yang lawaknya tetiba dalam otak  muda maq boleh pulak terfikir ,


" eh,tah tah inilah jelmaan malam lailatul qodar tu?

Kalau betul lah kan ,aku tak nak mintak lebih lebih,

aku nak mintak cantik je ..."


Pulakkkkk dah....

hahahaha boleh ek terfikir macam tu? 


Sebab itulah  kita ni kena belajar agama secara detail.Bukan belajar sekerat sekerat jalan je.Atau belajar melalui cerita cerita orang yang bukan pakar dalam bab agama. 


Belajar agama waktu sekolah tu basic je guys.Ianya tak cukup untuk seorang muslim nak teruskan kehidupan yang seterusnya dengan lebih sempurna lagi sebagai seorang muslim sejati.


Orang tua tua dulu pulak suka bebeno bercerita yang bukan bukan kat anak anak dan anak buah,tak memasal dengan warisnya sekali berprasangka pelik pelik ,adoiyai naya matt. 


Sebab tu bila dah tua tua gini,jangan malu nak join kelas fardhu ain,ceramah agama & kuliah kuliah dimasjid dan surau tempat masing masing.Persetan kan aja cakap cakap orang atau jelingan jelingan orang.Niatkan kita nak menuntut ilmu kerana Allah taala.Settle !


So sekarang ni bila sebut 10 malam terakhir ramadhan,maq ada juga berpesan pesan kat anak anak dan suami.Nanti,bila dah masuk je 10 malam terakhir ramadhan,jangan lupa;


1-Sebelum tidur,setiap malam bacalah 3x surah ikhlas.

2- Setiap malam, sedekahlah walaupun singgit.

3-Setiap malam buat solat qada' & solat sunat.

4-Setiap malam doa kebaikan buat diri sendiri & untuk semua orang.

5-Zikir,istighfar, selawat jangan tinggal. Tinggalkan amalan berlaman sosial tu takpa.

6- Baca Al Quran biarpun surah surah yang pendek.


Bila ditanya,kenapa nak buat pulun setiap malam semata untuk 10 malam terakhir ramadhan?


Jawapannya mudah je.


Andaikata dalam 10 malam tu salah satunya adalah malam lailatul qodar,makanya semua kebaikan yang dibuat seperti diatas dapat ganjaran pahala 1000 bulan bersamaan hampir 84 tahun beramal.


So bila kat akhirat nanti tetiba buku amalan hujung hujung dapat yang "manis manis".Rupa rupanya kita pernah buat kebaikan pada malam lailatul qodar pada tahun sekian & sekian.Masyaallah ,indahnya kan ...


Guys,sentiasa bersangka baik dengan Allah,inshaallah takkan rugi hidup kat dunia & akhirat.



Mujur dah tua tua gini tak jumpa lagi lipan tu,kalau tak mungkin maq mintak hajat yang serupa la kot..kot laaaaa..hehehe


Comments

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Sedia

Hadiah Selepas Shawal

Hilang Pekerjaan Di Malaysia

12 April 2026 - Shawal VS Perang

Umrah Bersama Tiram Travel

Memori Sepanjang Shawal 2026

Hilangkan Rasa Lenguh

Usaha ,Doa & Tawakkal

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Ayat Pilihan 15/04/2026