Jadilah Waras Dan Jangan Panik

 

Gambar sekadar hiasan

Bismillah,

Andai kata dunia makin tak stabil,jangan panik.Tapi jangan juga kosong.


Kita di Malaysia mungkin tak dengar bunyi bom.Tetapi kesan perang jauh dari tempat kita masih boleh sampai ke rumah kita dalam bentuk harga barang, gangguan bekalan, perjalanan yang terganggu, tekanan emosi, berita palsu, dan rasa cemas yang makin menebal.


Jadi apa persediaan paling waras?


1.Simpan duit kecemasan ikut kemampuan.Tak semestinya terus 3 bulan.Mulakan dengan sasaran kecil yang realistik.Asalkan rumah ada sedikit ruang bernafas kalau harga naik atau urusan harian terganggu.


2.Simpan sedikit tunai di rumah.Bukan untuk berlagak prepper.Tetapi untuk keadaan bila sistem terganggu, line down, atau urusan kecil perlukan tunai segera.



3.Ada stok asas untuk beberapa hari.

Air minum.✅

Beras.✅

Makanan ringkas yang keluarga memang makan.✅

Makanan bayi jika perlu.✅


**Jangan panic buying.Cuma jangan terlalu kosong.



4.Pastikan ubat jangan putus.

Ubat darah tinggi.✅

Ubat kencing manis.✅

Inhaler.✅

Panadol.✅

ORS.✅


**Ubat anak yang paling penting.Bila krisis berlaku, benda paling menyusahkan ialah bila ubat rumah tiba-tiba habis.



5.Power bank, charger, lampu suluh, bateri.Benda begini nampak kecil, tapi masa perlu, baru terasa besar gunanya.



6.Simpan dokumen penting di satu tempat.IC, sijil lahir, buku bank, geran, pasport, prescription, nombor penting.Bila cemas, orang bukan tak ada semua barang ni.Tapi cuma tak tahu semua itu nak cari di mana.



7.Isi minyak dengan berpada-pada.Tak perlu serbu stesen minyak macam esok dunia dah nak tamat.Tapi jangan juga tunggu tangki tinggal nafas terakhir baru nak fikir.



8.Jaga kepala juga.Krisis moden bukan datang dalam bentuk letupan sahaja.Ia datang dalam bentuk doomscrolling, panik, marah, dan berita yang belum tentu betul.Kurangkan hadap video panik tanpa henti.Semak sumber.Jangan sebar benda yang kita sendiri tak pasti.



9.Bincang apa plan keluarga.Kalau line susah, nak hubungi siapa.Kalau terpisah, nak jumpa di mana.Kalau kena berjimat, apa yang perlu didahulukan.Benda begini nampak kecil, tapi boleh selamatkan banyak tekanan.



10.Fokus pada benda yang kita boleh kawal.Kita tak boleh hentikan perang dari ruang tamu rumah kita.Tapi kita boleh pastikan rumah kita tak rapuh sangat bila dunia luar mula bergoncang.



*Persediaan bukan tanda kita penakut. Tapi persediaan tanda kita matang.Yang bahaya bukan orang yang bersedia. Yang bahaya ialah orang yang gelakkan persediaan, kemudian dia jadi panik bila benda betul-betul terjadi.



Jangan jadi rakyat yang panik.Tapi jadilah rakyat yang bersedia dan waras.


**credit to owner

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Brisk Walk Dan Kelebihannya

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026

Himpunan Doa Arafah 2025