![]() |
| Beliau ♥️ |
Bismillah,
Kongsi sikit kisah keluarga sendiri.Nak cakap pasal keluarga oranglain tak boleh ,kita bukan duduk serumah pun dengan mereka ,so jangan nak memandai.
Pernah satu hari.Waktu maq hadiri majlis kenduri kawin sorang sahabat.Sesaorang telah bertanya;
" suami you kan dah tak kerja ,so dia buat apa je kat rumah tu? "
i is : telinga berdesing ,jantung dupdap dan hati seperti nak retak.Dalam minda ni berselirat urat mikir,ngkau ni takda soalan lain ke nak tanya? kenapa tanya pasal suami i??!
Tapi maq beri jawapan dengan tenang.So sahabat maq pun berpuasati dengan jawapan yang maq beri.Padahal jawapan tu hanya⅒ je dari aktiviti harian encik suami.
Yang sebenarnya aktiviti beliau padat.Ini list hakiki yang encik suami buat hari hari.Dari celik mata sampai beliau masuk tidur.
-------------------------------------------------------
5.00 am - Mandi & siap siap untuk ke masjid
5.30 am - Dah gerak ke masjid
6.30 am - Basuh kain baju & sidai & buang sampah & mop lantai
7.30 am - sarapan bersama isteri dan anak
9.00 am - Hantar anak pergi kerja & pergi pasar & urus bil & pergi bank & lain lain hal
11.00 am - bantu isteri masak.Sediakan bahan atau siangkan ikan,ayam dan lain lain
12.00pm - bantu isteri jaga anak asuhan
12.45pm - siap siap nak ke masjid
1.00 pm- Gerak ke masjid
2.00 pm - makan tengahari
2.30 pm - bantu isteri jaga anak asuhan
4.00 pm- siap siap nak pergi masjid
4.15 pm - gerak ke masjid
5.00 pm - angkat jemuran dibilik atas & kemas bilik atas
6.00 pm - siap siap nak ambil anak balik dari kerja
6.45 pm -balik ambil anak, siap siap nak pergi masjid
7.00 pm- gerak ke masjid (solat maghrib ,isyak & dengar ceramah & kadang2 ada majlis tahlil,asma'ul husna dan lain lain aktiviti masjid)
9.20 pm - makan malam bersama isteri dan anak
10.30 pm - baru sempat nak layan media social & siapkan diri untuk tidur.
- Kena ulang lagi hal serupa pada pukul 5am tu pada setiap esok hari*
Ini pun cuma ambil yang asas je.Kalau nak tunjuk yang lebih detail nanti ada yang kata maq riak. Auch 😂
Nak urus kebun,kebun takda.
Nak urus perniagaan ,perniagaan dah takda.
Maka kami berdua buat je mana yang Allah dah hadirkan dalam hidup kami.
By the way ramai risau kalau kalau kami hidup melarat bila dah hampir 6 tahun encik suami tak berkerja.Maklomlah encik suami takda pencen.Dulu dulu beliau kerja kilang je guys.Tahun ni umur beliau dah on the way 60 tahun. Korang rasa nak suruh dia mohon jawatan apa ek? kerani? product promoter ? atau cikgu taska?
Guys, encik suami tu dah terlalu banyak hutang masa dengan isterinya dan anak cucunya malahan dengan penciptanya juga. So bagilah peluang untuk beliau tebus semua hutang hutang tersebut.Lakukan mana yang beliau mampu.Dan beliau pun berusaha untuk memampukannya.Dan semua ini bukan paksaan,bukan kena buli.Semua yang dilakukan dengan ikhlasnya hati.
Korang yang umur dah masuk 70 tahun tu kalau nak bekerja silakan.Takda siapa nak halang.Rezeki masing masing.Tapi tolong satu je,jangan sibuk dengan rumahtangga orang lain yang Allah sudah atur.Kalau tuan badan boleh hidup dengan tenang kenapa kita nak serabut kan otak mikir hal dia?
Ya,mungkin kereta kami bukan kereta mewah ,rumah kami pun tak sebesar pasaraya,pakaian pun tak brand luar negara tapi kami tetap bersyukur atas apa yang kami miliki sekarang.Itu rezeki dari Allah.
Alhamdulillah.♥️
Berhenti bersangka buruk pasal hidup oranglain. Kerana kehidupan mereka telah diatur Allah sejak azali.
