Tanda Tanda Awal Serangan Jantung

 


Bismillah,

Sekarang kerap sangat kita dengar kematian yang berpunca dari serangan jantung.

Dulu dulu orang tua je yang kerap dapat serangan jantung,zaman sekarang orang muda pun dah ramai yang kena.

Gambar atas tu maq dapat dari mana pun dah tak ingat tapi rasa tak salah kalau maq simpan dalam blog ini untuk buat tambah ilmu pasal serangan jantung tu.

------------------------------------------------------
TANDA AWAL SERANGAN JANTUNG
-------------------------------------------------------

*Rasa sakit pada bahagian dada

*Rasa susah nak bernafas

*Pening kepala

*Berpeluh tiba tiba

*Rasa kebas,rasa sakit pada bahagian bahu kiri,lengan kiri ,leher atau dagu

*Rasa loya dan muntah

*Rasa berdebar debar


Korang,andaikata korang atau ahli keluarga korang ada tanda tanda awal tu ,cepat cepat buat sesuatu.Jangan dipandang remeh.

Mencegah itu lebih baik.
Dapatkan rawatan segera!

Biasanya tanda tanda awal tu dah ada tapi disebabkan kita takda ilmu tentangnya maka bila dah jatuh baru nak dapatkan rawatan.

Kes begini biasanya tak dapat untuk diselamatkan lagi.

Ini bukan sebab tak sempat nak dapat rawatan tapi disebabkan pesakit terlalu lambat mendapatkan rawatan.

Nak jantung sihat?


Kita jaga jantung kita ♥️




Comments

Popular posts from this blog

Serba Serbi Ditahap Membimbangkan

Hikmah Disebalik Sesat

2 Muharam 1448H

Ada Luka Yang Harus Dilupakan

7 Julai ❤

Musim Haji VS Musim Durian

Aida Ke Mine Optometrist

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor

Orang Hidup VS Orang Mati

Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah