Skip to main content

2 Ayat Quran Yang Jadikan Maq Rasa Tenang Dan Senang

 




Nasihat**

Bismillah,


Sejak masuk tahun 2026 ,baru minggu ni mood blogging maq datang.Sebelum ni terlalu banyak 'urusan' yang perlu dilakukan hingga mood berblog hilang ghaib entah kemana.


Tahun 2025 - banyak kejutan yang belaku dalam kehidupan peribadi maq.Semua nya tidak dirancang tapi maq sangat yakin aturan Allah sangat indah.Apa yang belaku telah disenaraikan sejak azali lagi.So maq tak perlu pertikaikan lagi.


Korang nak tau tak apa yang dah buat maq jadi sebegitu tabah nak hadap semua ujian tu?


Alhamdulillah,lepas maq baca tafsiran 2 ayat terakhir dalam surah Al Baqarah yang telah mendidik jiwa maq.


Awalnya maq cuma dapat baca sikit sikit,kemudian maq dapat menghafal dan sekarang 2 ayat tu dah sebati dalam setiap denyutan nadi maq.Lepas solat baca,sebelum tidur baca dan bila maq free,maq baca.


Jom kita baca makna 2 ayat tersebut dan fahamkan apa yang maq dapat untuk meneruskan kehidupan ini dengan tenang.


Bismillahirohmanirohim...

(2:285)

ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍۢ مِّن رُّسُلِهِۦ ۚ وَقَالُوا۟ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ ٢٨٥


Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya,dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya.(Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".



 (2:286) 


لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًۭا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ ٢٨٦


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".


                         -----------------------------


Kat bawah ini merupakan episod episod ujian disepanjang 2025 yang berjaya maq sekeluarga laluinya.Penulisan yang agak panjang. Sengaja simpan sini untuk maq baca lagi nanti selepas 10 tahun.Inshaallah jika Allah izinkan.


🧸Januari 2025 - Maq kehilangan Maktok tersayang.Rasa kehilangan itu tetap terasa tapi maq kena redha.Yang dipinjamkan kenalah dipulangkan semula.Banyak hal yang dapat maq belajar dari kehilangan ini tapi biarlah ia jadi pelajaran bagi diri maq secara peribadi.


🧸Februari 2025 - Maq jaga semula cucu maq ,Adam Aisy dirumah maq di Batu Pahat.Seminggu atau 2minggu sekali baru Adam dapat jumpa parents dan akan diambil bawa balik rumah mereka diJB untuk melepaskan rindu.Pengasuh Adam dah stop mengasuh ,nak cari pengasuh yang sesuai kat JB tu sangat sukar.So Adam kenalah duduk semula dengan tokmak & tokayah di BP.Dan maq buat janji dengan parents Adam,maq akan tolong mereka jaga Adam sampai ke akhir tahun nanti.Mereka tak perlu cari pengasuh ,just buat persiapan untuk menyekolahkan Adam je nanti.Tahun 2026 umur Adam ontheway masuk 4 tahun.Dia dah layak bercampur dengan masyarakat luar dan dapat ilmu dari guru guru baru.


🧸Mac 2025 - Masa ni maq sangat berkerja keras nak kenal peribadi Adam Aisy sebab dia dah lama duduk dengan pengasuhnya so cara penjagaan maq dengan pengasuh mungkin berbeza dan maq serta encik suami terpaksa kena usaha lebih untuk tackel Adam Aisy yang hiper aktif dan picky eater.Adam sejenis yang kalau makanan tu bukan makanan kegemarannya dia akan muntah.Boleh kata hari hari kami basuh sarung tilam,lantai,karpet dan pakaian pakaian yang terkena muntah.Tak kira siang ataupun malam.Hidup kami masa ni 100% fokus untuk keselesaan Adam.


🧸April 2025 - Shawal - Maq cuma mampu sambut raya 2 hari je.Mood raya hilang ke laut.Yang tahu je tahu.Hati sakit dan pedih tapi terpaksa tahan demi syurga.


🧸Mei 2025 - Encik suami ( tunggak keluarga kami) kena slip disc.Siang malam dia menderita sakit tapi takda siapa yang tahu dan hanya kami berdua je yang memahami situasi tersebut.Nak tidur sakit,nak duduk sakit,nak solat sakit,nak makan sakit.Nak senyum pun beliau tak mampu.Yang beliau tahu sebutnya sakit.Tapi setiap hari gigih nak hantar anak bongsunya pergi kerja naik motor.Sakit sakit pun ditahankannya.


-Bila slip disc dah ok sikit,kami pergi ziarah ibu di Pasir Gudang.Masa balik dari ziarah ibu,masatu dalam pukul 10malam, kereta kami kemalangan. Terlanggar lubang diselekoh jalan Pontian Benut.Rim tayar kemek,tayar kereta pecah.Mujur encik suami pandai tukar tayar sendiri so dapatlah balik BP malam itu jugak. Tapi, Maq yang duduk bertali pinggang tu terhentak kuat sebab lubang tu berada dibahagian seat penumpang sebelah pemandu.Kesan kemalangan tu tulang pinggul maq tak balance ,lari sikit.So bila berdiri lama ,maq akan rasa sakit dan rasa kebas.Mungkin ada urat yang tersepit.Namun dalam keadaan sakit tu,dengan izin Allah ,kami mampu juga uruskan 2 orang cucu asuhan kami ( Naail Ayash & Adam Aisy )Keduanya kanak kanak yang hiper aktif.Walau sakit maq tahankan jugak.Sebab mereka berdua adalah amanah untuk maq.


- Sewaktu hari raya korban kami sambut dalam keadaan yang paling sederhana sebab suami isteri sakit tubuh badan.Sorang slip disc ,sorang lagi urat tersepit.Nak masak untuk raya pun guna kerusi waktu sediakan bahan bahan.Masing masing tak boleh berdiri lama.


🧸Jun 2025 - Encik suami dah beransur sembuh.Beliau dah buat terapi untuk slip disc (3 sesi ) dan  waktu yang sama fasa nak kenal peribadi Adam Aisy dah makin berjaya.Kami dah tahu waktu bila dia perlukan nasi,roti canai pulak makanan kegemaran & muffin adalah menu jajan popular Adam Aisy.Lain lain dia akan tolak tepi.Bagi Adam kata kan tidak untuk air manis. Adam Aisy cuma minum susu dan air masak sahaja !


🧸Julai 2025 - Encik suami dan kembali sihat 100% .Adam Aisy dah mula kenal tokmak,tokayah dan Mak Usu nya.Dah pandai nak bermanja.Waktu ni maq dah mula bacakan ayat ayat suci al Quran termasuklah 2 ayat terakhir surah Al Baqarah tu.Baca semasa nak tidurkan Adam.Baca sambil merayu pada Allah.Baca sambil faham ,semua yang Allah beri maq kena terima dengan ikhlas dan redha sebab Allah takkan memberatkan hambaNya melainkan hambaNya itu mampu menghadapi semua ujian.So maq mulai faham, ujian tu diberi sebab maq mampu lakukannya.Allah sayang maq,🥹


🧸Ogos 2025 - kesihatan maq merosot sebab asid urik dalam darah dah tahap hampir bahaya,badan kerap sakit sakit.Solusi? teruskan jaga pemakanan.Elakkan makan berat yang boleh beri kesan sampingan buruk. Ok,layan.Maq lebihkan makan buah buahan kurangkan makan kekacang,seafood dan daging merah.


🧸September 2025 - Dalam keadaan maq masih sakit badan.Aida pulak diuji jangkitan kuman dalam darah.Beberapa hari jugak dia tak dapat pergi kerja.Lepastu maq & encik suami diserang demam & batuk.Yang mana batuk nya berminggu minggu tak sembuh.Macam macam ubat kami telan,semuanya tak beri kesan.Siang batuk,malam batuk. Paling sakit waktu tengah malam,tengah sedap tidur pun batuk non stop.Mujur Adam Aisy boleh tidur lena ,so takdalah ganggu dia nak tidur.


🧸Oktober 2025 - Batuk maq berkahak yang keluar bersama darah.Tak banyak darahnya tapi ada.Maq dah buntu nak ubat apa lagi.Layankan je batuk sampai dah taknak fikir pasal ubat.Taknak fikir pasal sakit.Hidup perlu diteruskan walaupun sakit.Dan saat entri ni ditaip ,maq masih ada sikit lagi batuk tu.Maq mampu ucap alhamdulillah untuk sakit ini.


🧸November 2025 - tetiba jiwa mengelodak fikir pasal Haji.Padahal dah tahu duit pun tak cukup lagi tapi memang excited gila nak menabung untuk haji.Planning sebelum umur 60 minta Allah jemput.Hari hari nangis nak pergi haji.Ngada ngada ek.Sejenis tak sedar diri.Kan baru je daftar haji tahun 2023, lagi nak bersaing dengan orang yang dah berbelas tahun mendaftar. 


Ahh tak kira nakk jugakkk!! nak jugakkk!!


**Sampai ke harini masih bersemangat nak cari duit untuk buat haji.

"Permudahkan semua urusan aku yaa Allah".

Sebetulnya boleh je kalau nak buat rayuan ditabung haji tapi maq belum bersedia lagi.Saja mengade.


🧸Disember 2025 - bulan terakhir jaga Adam Aisy.Alhamdulillah Adam dah 'behave' dengan kami.Manja dengan mak usunya.Dah boleh dengar arahan sesikit.Dah boleh fokus dengan permainan.Next year Adam dah kena masuk taska diJB.


- ibu mertua meninggal dunia.Padahal kami dah plan,bila Adam Aisy dah masuk taska,kami nak bela ibu mertua dirumah kami.Tapi Allah sayangkan ibu mertua.Ibu mertua kena 'balik awal'.


-Doktor dah sahkan hempedu Along ada batu karang .Along kena buang batu karang tu dan buang sekali hempedunya.Maq sedih sebab maq tak dapat jaga along yang tengah sakit.Naluri seorang emak,hanya mak mak je paham.Kami sebagai ibubapa cuma mampu mendoakan kesembuhan buat Along dan kesejahteraan buat anak anak & cucu cucu kami.


- Penutup 2025 ,Maq dah tak nak fikir lebih pasal dunia.Tapi hari hari maq takkan jemu berdoa minta Allah permudahkan semua urusan maq untuk dunia sampailah ke akhirat.

                "Istajib doa ana yaa Allah"



Korang, kalau korang boleh baca post post baru yang diupdate dalam blog peribadi milik maq ini,itu maknanya maq tengah bersenang senang dan tenang.Dan berat badannya pun dah semakin menaik.Jangan tanya bila nak diet.Itu hanyalah secebis mimpi indah.😬


Comments

Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ketika berada dalam keadaan berihram , ada pantang larang yang  mana setiap jemaah perlu ingat. Kalau melanggar larangan ini ,jemaah akan dikenakan denda (dam). Larangan larangan tersebut adalah , *memakai pakaian yang bercantum ( berjahit ) bagi lelaki *memakai capal / kasut yang menutup jari jari kaki bagi lelaki *menutup kepala dengan serban ,songkok ,kopiah atau apa pun bagi lelaki *memakai wangian bagi lelaki dan perempuan *memotong ,mencabut atau mencukur  rambut  yang ada pada tubuh termasuk kuku *membunuh haiwan *nikah atau menikahkan *mencaci ,mencerca ,berkata kata dengan perkataan yang kotor atau bertengkar *bersetubuh / bercumbu cumbuan *merosakkan tumbuhan yang hidup diseluruh kawasan Tanah Haram Soalannya : Apakah kena dam kalau rambut saya gugur ketika saya dalam ihram ? Sebab rambut saya memang mudah gugur. Ok baik,kita ulang semula kenyataan ini. Dalam ihram perbuatan yang dilarang, ...

Susu Cair Ganti Santan

Assalamua'laikum .. Berkongsi kita sekali lagi .  Kalini maq nak beritahu ,hampir 2 tahun dah maq tukar santan kelapa dengan susu cair. Susu dalam tin tulah . Harga dalam anggaran rm 2.60 setin. Yang biasanya orang guna untuk buat koktail , buat ABC , buat kek , puding dan bagai lagi . Semua jenama boleh guna , asal anda mampu beli . Maq biasa guna jenama ini. Okey Maq ada beberapa soalan yang perlu dijawab. 💜Boleh ke maq kalau dibuat masak untuk gantikan santan ? Jawapan maq : semua jawapan ada padamu.. - lirik lagu Aiman Tino pulak 🙊- haha ya , memang boleh sangat sangat. Maq masak kari guna susu ni , masak lomak cili api guna susu ni ,sambal goreng ,pechel , masak sayur goreng pun guna susu ini . Hasilnya ? Maq makan nasi dan bertambah nasinya,  Awesome !! 💜Yakin ke hebat rasanya maq ? Jawapan maq  : selera maq selera dinasour , sedap je 😂 tapi selera cerewet encik suami pun boleh layan kot , so , memang masuk lah citarasanya . 💜Kenapa maq pi...

Iltiqa' Sakinain

-Apabila Tanwin bertemu Hamzah Wasol Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tajwid dalam Al Quran. Sebenarnya ramai orang akan terus baca ayat yang berbaris tanwin itu tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan pada ayat tersebut perlu ditambah 'nun baris bawah'. Contoh bagi  Tanwin ( baris 2 bawah pada huruf zal) Hamzah wasol ( tanda bulatan diatas huruf alif selepas huruf zal )  "Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Berbaris Bawah." Kalau kita perasan, nak bunyikan ayat dalam bulatan tu pun agak janggal. Tapi, kalau takde ilmu, kita main hentam jelah nanti. Ada 33 tempat di dalam Al Quran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Ambil pen dan  tandakan sendiri tau: Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180 Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8 Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158 Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164 Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177 Muka Sura...

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Assalamualaikum. Alhamdulillah, untuk pertamakalinya maq  dan family  kesini . Ke Pantai Perpat , Rengit, Batu Pahat, Johor. Wah bagi alamat penuh tu. Kalau  dari luar anda takkan tahu kat kampung Perpat laut tu ada pantai secantik ini. Anda lihatlah sendiri. Maha suci Allah, indahnya.. Tanpa edit* Gadisku tak ketinggalan berposing Nak keluar ke tak ek?  Keluar ke tak?  Hehe masing masing malas nak berjemur tengah panas Cuma tinjau jek lepas tu masuk kereta semula sebab  cuaca panas, kanda tak tahan bahangnya. 😂 haishh.. Dia pun nak begambau jugak tu  Bendera Johor berkibar megah disitu Teka teki : ada berapa ekor monyet dalam gambar ini? Siapa betul jawab maq bagi menang.  Waktu kami kesini adalah selepas solat asar tapi dia punya panas,  amat menduga sanubari.. Apa yang menarik disini pada pandangan mata  tua maq : - kawasan nelayan yang bersih, indah dan tenang - pantainya semulajadi ...

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Assalamualaikum. Banyak kawasan istirehat di daerah Batu Pahat ni tapi ada beberapa tempat yang maq belum pergi. Antaranya Bukit Tanjung ( Tanjung Hill ). Kenapa maq tak pernah pergi sedangkan kawasan tu terletak hanya 1kilometer dari kampung halaman maq ( Pekan Koris) 1- kawasan tanjung ni jauh jaraknya dari jalanraya utama.  Untuk kesini kena naik motosikal atau kereta. Zaman maq muda muda mana ada kereta dan motosikal, basikal pun tak punya. Yang ku punya hanya cinta.. Huhu melalut sudah.. 2-  Dulu dulu, disini merupakan kawasan tentera tentera buat latihan,jadi agak mustahil ibubapa maq nak lepaskan anak dara sulung dia kesini.  Bahaya! 3 - ada kawasan perkuburan lama kat sini.  Bila sebut kawasan kubur, sebagai remaja masa tu, kami lebih kepada seram.  Padahal kuburlah tempat terakhir kita disemadikan nanti. Semalam sempat maq cari lokasi tersebut.  Tanjung Hill atau Bukit Tanjung. Tapi maq tak naik pun atas bukit tu sebab keadaan terla...

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Assalamualaikum. Alhamdulillah wasyukurillah. Dalam rehat yang penuh kerehatan dah masuk hari enam rupanya. Maq baru tahu pasal kisah yang selama ini ada keturunan Rasulullah di Batu Pahat. Dan Wali Allah itu sudah pun meninggal 10 tahun yang lalu. Habib Syed Ali bin Ja'far Alaydrus. Dalam seminggu ni maq dah selongkar hampir kesemua  google dan youtube yang berkisah mengenai arwah habib ni. Allahhu sayang nya maq tak tahu semua tu sebelum ni. Menurut penjaga makam arwah habib,  wali Allah memang takkan dikenali oleh orangramai ketika hayatnya, mereka hanya akan terkenal setelah mereka meninggal dunia. SubhanAllah.. Keturunan Rasulullah ini mempunyai ilmu yang tinggi. Wali Allah ini mempunyai syafaat yang Allah izinkan untuknya. Hidup serba sederhana dan sangat merendah diri dan beliau sangat memuliakan tetamunya. Bila dah tonton banyak video  mengenai beliau, timbul rasa malu dalam diri maq. Beliau hamba Allah yang punya banyak ilmu,  punya syafaat, y...

Doa Amalan Neelofa

Assalamualaikum. Maq jumpa doa atas ni kat twitter. Budak budak twitter seronok mengedit doa ini. Macam macam pattern mereka edit doa yang agak panjang ini. Mereka kata Lofa amalkan doa tersebut, siapa yang tak percaya , diaorang suruh masuk instagram  naurashares.   . Dan , ye memang  betul ada! Ok , benda baik tak salah dikongsi... Nota maq : berdoalah yang baik baik kerana ia adalah sesuatu yang sangat baik.Apa yang kita dapat dalam hidup ini datangnya dari doa kita dan doa dari orang lain untuk kita. Inshaallah ❤

Umrah nak beli cenderahati apa?

Assalamualaikum. Ini hanya perkongsian pengalaman maq. Biarpun kejadian dah hampir setahun berlaku.  Maq hanya berkongsi untuk kebaikan.  Semoga beri manfaat buat readers.  Maq tahu readers maq ramai yang positive. Harap harap post kali ini boleh membantu. Masa pergi umrah, Apakah cenderahati dari maq untuk mereka yang di Malaysia? Sebetulnya untuk memikirkan benda yang maq kena beli sebagai cenderahati, memang bingung. Sebabnya ramai sangat!! Alhamdulillah  keluarga kami besar! Ketika berada di Madinah ,maq cuma mampu beli 3 pasang jubah hitam untuk 3 puteri maq. Sepasang 60.00rials dan maq rasa tu yang paling murah kot sebab di Madinah, jahitan dan kain dia berkualiti.  Kupiah benang kait  untuk encik suami dan anak menantu kesayangan yang berharga 15 rials sekeping. Ternyata ketika maq pergi Madinah,  semua orang kata harga barang barang adalah tinggi! So maq kata mungkin cukuplah beli itu dulu untuk cenderahati. Namun bila lihat duit yang be...