Skip to main content

Pesanan Terakhir Abah

 


Assalamualaikum,

Berat jarini nak menaip.

Tapi sekadar meletakkan memori untuk bacaan ahli keluarga satu masa nanti terutama anak anak ,cucu cucu dan cicit cicit abah, maq gagahi juga.



Imbas semula secebis kenangan...

Rabu : 5/10/2022 (petang)

Adik lelaki maq dah masukan satu pesanan digroup whatsapp kami tiga beradik.Ini pesanan beliau,


**Waktu ni maq baru sembuh dari demam setelah beberapa hari diuji.Batuk batuk aje yang masih ada bertahan.

Bila dapat pesanan adik lelaki ,maq dan encik suami ambil keputusan nak pergi ke Kempas.

( Kempas - nama tempat ibubapa maq berniaga )

Dengan izin Allah ,Angah masih lagi ada di Batu Pahat ,so baby Adam Aisy ada yang menjaganya.

( Adam Aisy - cucu yang maq jaga sekarang ni )

Dalam perjalanan ke Kempas , maq buat keputusan nak bawa abah balik ke Batu Pahat dan hantar ke Klinik untuk "masukan air " 

* bahasa perubatannya maq tak tahu.

Bila adik lelaki beritahu , abah tak boleh nak telan apa apa sebab tekaknya sakit.So itu ajelah usaha yang terlintas dalam kepala disaat genting macam ni.

Dalam fikiran,maq nak abah kami diselamatkan dengan segera! Usaha dulu selagi boleh, kemudian baru serah semua pada takdir.

Maq tak nak mengaku kalah lebih awal..

Sampai di kedai di Kempas ,maq sangat terkejut lihat perubahan fizikal abah yang mendadak.

Tubuh tua abah hanya tinggal tulang dan kulit. Kata ibu ,abah dah 3 hari taknak makan & minum.Abah taknak pergi klinik.Abah taknak duduk rumah anak anak.Abah kata kat mana mana pun sama je.Sakit tetap sakit.

Allahhuakhbar....

Maq pujuk abah untuk dibawa balik ke Batu Pahat bagi dapatkan rawatan segera.Badan abah terlalu kurang air.Abah lemah dan abah macam sedikit meracau** separa sedar.

Mulanya abah taknak ,tapi maq pujuk tanpa henti,akhirnya abah mengalah dan bersetuju.

Malam tu juga maq dan encik suami bawa abah balik ke Batu Pahat.

Masa dalam kereta tiba tiba abah sebut "Alhamdulillah" dan dikerongkong abah seperti ada bunyi kahak. Maq tanya,

" abah nak keluarkan kahak ke? boleh Ani tadahkan ..."

Tapi Abah diam...

Maq bacakan surah Al Fatihah,ayat Qursi dan bismillah 5 disepanjang perjalanan yang gelap malam tu.

Alhamdulillah abah tenang je dalam kereta sepanjang perjalanan ke Batu Pahat.

 (Ambil masa 2 jam Kempas ~ Batu Pahat)

Bila ditanya ,Abah nak minum ? abah jawab minum boleh tak minum pun boleh...

Abah nak air manis ke air mineral? abah jawab mineral boleh,air kopi pun boleh...

Kami ambil keputusan beli sebotol air mineral untuk abah sebab kalau beli air kopi ,airnya pasti panas dan kami tak boleh biarkan abah lama dalam kereta nak tunggu kopi jadi suam.Abah perlu dirawat segera! Kalau beli kopi dalam tin ,pasti sejuk dan maq bimbang perut abah tak selesa.

Dan abah cuma dapat minum sedikit air mineral  guna straw.

Kami sampai di Batu Pahat pada pukul 10.30 malam dan terus ke Klinik Kurnia yang beroperasi 24jam.Bila sampai sana..

Gambar ni waktu lepas daftar.

Tak lama pun kami dalam klinik Kurnia ni sebab doktor tak nak buat rawatan memandangkan tekanan nadi abah tak dapat dikesan oleh mesin pemeriksaan. Nurse dah cuba beberapa kali tapi tetap gagal.Nurse juga buat pemeriksaan gula ,alhamdulillah paras gula abah tahap normal.

Maq dah buntu...

Malam semakin larut.

Semua klinik dah tutup...

Akhirnya kami ambil keputusan bawa abah ke Hospital Sultanah Nora Ismail.Kami bawa abah ke bahagian kecemasan.


Abah di rawat dalam bilik ni. 

Banyak soalan doktor tanya kat maq.Antaranya :

-kenapa abah puan jadi macam tu?

-abah puan ada ambil produk tradisional/herba kah?

-kenapa puan bawa abah ke sini?

-abah puan takda penyakit 3 serangkai tapi kenapa boleh meracau macam tu?Tekanan darah ok, paras gula ok, semua ok tapi abah puan macam tak ok.


Soalan soalan ni makin buat maq jadi serabut. Sebab Abah tak duduk serumah dengan maq. Maq tak tahu apakah yang belaku kat abah di Kempas sana.Maq ambil abah bila diberitahu keadaan abah dah terlalu teruk.Dan keadaan itu pun maq baru tahu petang tadi.


Sebelum ni abah seorang yang sangat sihat dan ceria.Sebab pada pertengahan bulan 9 maq ada ziarah ibu abah  di Kempas dan keadaan mereka semuanya  baik baik aja..


Maq dan encik suami menunggu result abah dengan penuh kesabaran.Dalam kepala waktu ni  banyak yang difikirkan.

-Ingat kat cucu yang berumur 3 bulan yang ditinggalkan dirumah.

-Ingat kat ibu yang tetiba katanya demam  selepas kami bawa abah balik ke BP.

-Menunggu doktor panggil untuk beritahu keputusan  pemeriksaan abah.Ye, sebenarnya Abah sakit apa?!

Masa ini jugak ,

-mata kami dari 4pagi (5hb oktober ) belum lelap lagi sampai saat ni.Cucu yang maq jaga tu akan terjaga setiap 2 jam untuk menyusu ,so memang maq akan bangun setiap 2 jam setiap malam untuk buatkan susu dan tukar pampers.Kalau sampai pukul 4.00am (6hb Oktober ) bermakna dah 24 jam kami berdua tak tidur.


- masani juga badan maq lesu ,perut lapar dan semua benda jadi makin lemah,apatah lagi nak fikir hal yang bukan bukan.Hal yang tak pernah kami lalui ,memang semua jadi "blank". Apa yang kami nak , ye..kami nak abah sihat! itu yang maq fikirkan masa tu.


-masa ni, suasana kat luar hospital tu sangat sejuk ,maq asik batuk batuk tanpa henti.


" hasbunaAllah waneq mal wakeel.." 
Ini aje makanan lazat kami awal pagi tu.Bantu kami ya Allah.



Lebih 3 jam kami menanti results abah. Masih terngiang ngiang lagi suara petugas diwad kecemasan panggil..

waris Rokani ! waris Rokani ! 


Terasa sayu kat hati bila dipanggil waris Rokani.Sebab selama ini Maq bukan anak yang baik untuk Encik Rokani.Saat saat sukar macamni , tetiba maq dipanggil sebagai pewaris kepada Rokani , Allahhuu..



"Abah..Ani tau , Ani bukan anak yang baik untuk abah.Tapi untuk kalini ,Ani akan usaha sebaik mampu untuk abah kembali sihat macam sebelum ni..."



Akhirnya pukul 3.30 am (6/10/2022) abah ditahan di wad 6B.Wad untuk kes kecemasan-lelaki. 


Masani jugak kali terakhir  Maq bersama abah.Banyak yang abah bisikkan.Semua tu masih terdengar lagi dicorong telinga ni. Sebelum balik ,maq sempat belikan abah air kopi tapi dari mesin air aje. Abah taknak sebab kata abah , abah nak minum kopi dalam gelas ,ada piring,ada sudu kecil,sama macam minum kat warung. Maq beritahu abah, 


" sekarang kita ada di wad, di hospital Batu Pahat ,semua yang abah nakkan tu takda, nanti Ani balik rumah ,Ani bawa ke wad.boleh abah tunggu? "


Abah hanya anggukkan kepala je.

Maq terpaksa tinggalkan abah kesorangan diwad sebab banyak benda maq kena uruskan dirumah lepasni,termasuk nak belikan keperluan abah.


Khamis : 6 Oktober 2022


Pagi tu pukul 8.00am encik suami ke wad semula.Hantar semua barang barang keperluan abah ,termasuk cawan,piring dan sudu kecil untuk abah minum kopi. Tapi rupanya encik suami tak boleh masuk wad ,asbab jaga SOP,hanya barang boleh masuk wad, tukang hantar kena balik. Allahhu..berat sangat undang undang manusia sekarang..

Maq serah semua kat Allah untuk jaga abah kat wad tu.


Pada waktu ziarah pukul 12tengahari,sekali lagi encik suami pergi kewad abah ,tapi masani abah sedang dalam bilik pemeriksaan doktor.


Semenjak jaga SOP asbab C19,setiap pesakit hanya boleh terima 2 orang pelawat dalam 1 masa.Demi nak beli laluan kepada ahli keluarga lain,maq tak pergi ziarah abah pun pada 6haribulan ni,maq nak beri peluang ibu&adik lelaki,adik perempuan&suaminya serta pakcik makcik untuk ziarah abah.Masa ziarah pun sangat tak panjang.


Malam tu ,Adik lelaki jaga abah diwad.Ibu pula duduk dirumah maq untuk menunggu keputusan dari pihak doktor.Sebab kata doktor, setiap kali nak buat  pemeriksaan & rawatan ,mereka akan beritahu pada waris Rokani terlebih dahulu iaitu Maq.Jadi maq kena sentiasa bersedia disamping ibu( sebagai rujukan )


calling pertama : ( pagi ) doktor beritahu buah pinggang abah dah rosak sebab dah terlalu kering.Toksid dah  lebih 300% dalam darah. Itulah antara punca abah meracau. 


Doktor nak buat pembedahan untuk bersihkan darah.Tapi setelah berbincang dengan adik adik, maq suruh doktor tambahkan pack air dulu sebabnya abah memang kurang air dalam badan.Nanti kalau results serupa jugak lepas masukan air pack ke 2 ,barulah buat plan lain.


Alhamdulillah ,doktor setuju dengan idea tu.


calling ke dua : ( tengahari ) Darah abah dah ada perubahan.Dah cantik sikit peratusnya ,abah kena buat scan kat kepala sebab abah asik meracau ( separa sedar ) .


Sepatutnya bila darah dah kembali normal,abah dah tak perlu meracau lagi kata doktor.Okey kalini maq izinkan permintaan doktor. 


Dan maq juga benarkan tangan abah diikat sebab katanya abah asyik nak cabut saluran air kencing ,saluran pack air yang ada ditubuhnya.


Bila dapat gambar kat bawah ni,hati terus jadi sayu..Maafkan kami abah,ini je cara supaya urusan rawatan mudah dijalankan.


Jumaat : 7 Oktober 2022.

calling ke tiga : ( pagi )Doktor kata semua kondisi abah okey. Abah perlukan sesaorang yang rapat dengannya untuk kembalikan kesedaran abah.Dan ibu kami setuju nak temankan abah.

Tengahari tu pada waktu melawat , ibu ke wad untuk temankan abah.Waktu tu hari Jumaat.Encik suami terpaksa tinggalkan ibu dengan abah diwad untuk ke masjid.


calling ke empat : (petang) Oksigen abah drop ! doktor suruh buat pilihan.Sama ada nak buat CPR atau tidurkan abah.Maq dan family taknak sakitkan abah.Ibu kami pula taknak tidurkan abah.So kami serah semua pada kerja Allah swt.


calling ke lima : (Lepas Asar) Maq diarah ke hospital sebab doktor nak jumpa waris Rokani.

Sampai je maq di wad,

lnnalillahiwaiina ilaihirojiiun...

dada rasa beku ,nafas maq rasa sempit..

Abah dah pergi.Disaksikan ibu disisi.

Ibu cakap abah sempat baca bismillah sebelum tutup mata ..Allahuakhbar..

"Pergilah bah dengan tenang,Ani redha seperti mana yang abah pesan..."

Maq dan encik suami dah bertekad nak berbakti kat abah buat kali terakhir sehingga selesai semua proses.Bantu kami yaa Allah.


Kami uruskan jenazah di bilik forensik untuk pengesahan kematian, cari tukang mandikan jenazah , cari van jenazah , ambil jenazah dibilik mayat dan bawa jenazah pulang.


Alhamdulillah biarpun ini pertamakali maq buat untuk pengurusan jenazah di hospital namun, Allah permudahkan semuanya. Masih ramai lagi orang baik hati kat Batu Pahat ini.Terima kasih Allah..Terima kasih petugas petugas di HSNI dan semua yang terlibat dalam pengurusan jenazah abah.


Abah meninggal lebih kurang pukul 5petang ,jenazah abah sampai dirumah kampung di Koris pada pukul 8malam.Sedangkan kata petugas di hospital tu, hari Jumaat orang cuti,mungkin ambil masa sikit untuk urusan jenazah.


Kami akur.


Allah maha baik.Dalam hujan gerimis ,lepas solat maghrib ,kami dapat bawa abah balik ke rumah di kampung.Dapatlah abah tinggal semalam lagi dirumah kesayangan abah dikampung buat kali terakhir.


Sabtu 8/10/2022 (pukul 10am)


Abah disemadikan dirumah baru.

"Maafkan kami abah,kami dah tak dapat nak uruskan abah lagi lepasni..."

Bawah ni antara gambar yang sempat dirakamkan oleh saudara mara yang datang ziarah pada hari pengkebumian.




Terima kasih kepada semua yang datang ziarah abah buat kali terakhir.Dari awal pengurusan hingga selesai pengkebumian.
 

12/10/2022 ,

Maq dan encik suami daftar kematian abah di pejabat pendaftaran Batu Pahat. Alhamdulillah ,semua berjalan lancar.Terima kasih Allah.



Antara pesan Abah kat maq,

- kehidupan dan kematian itu hal biasa, jika sesuatu berlaku ,kita kena redha.Lepaskan semua dengan ikhlas.Nanti kat syurga boleh jumpa lagi.


Video bawah :
 Perbualan terakhir Abah dengan Adik perempuan.


Semoga abah tenang dan damai disana. Ani akan sentiasa rindu abah dan kenangan kita.Semoga semua usaha abah waktu membesarkan Ani,Allah balas dengan syurga.

Aamiin Allahumma Aamiin..











Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah 24 Julai 2026

  Bismillah,  kalau korang biasa masuk blog peribadi Maqnie,korang pasti kenal gadis dalam gambar tu. Semalam genap umur dia 24 tahun. 24hb Julai  -24 tahun - haa cantik! Kalau dulu zaman kakak kakak dia, umur 24 tahun tu, Along dah busy buat persiapan nak nikah. Angah pulak busy dengan menuntut ilmu di kolej dan sedang dilamun cinta. Bagi Aida pulak,pada umur 24 tahun,dia masih bergerak solo. Nak kemana mana mesti dengan emak ayah. Pergi kerja ayah yang hantarkan. Makan minum emak sediakan. Nak makan makanan viral yang pelik pelik foodgrab belikan. Love? Belum masanya lagi. Kata dia, "Aida nak kerja dulu.Enjoy puas puas dulu dengan mak dan ayah.Hidup di hujung hujung zaman ni semua hanyalah dunia tipu tipu"  Ah sudah...Dari darjah 6 sampai dah umur 24 tahun, dia masih banyak akal nak backup diri sendiri hahahaha. Maq kadang saja gurau dengan dia, Aida ni memilih sangat,sebab tu takda love sampai sekarang.Apa jawab dia? Aida tak memilih pun, pada Aida asalkan lelaki ...

Daftar Lesen Untuk Kucing

  Bismillah, ​Singapura: Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) serta HDB Singapura telah mewajibkan pendaftaran lesen dan pemasangan mikrocip untuk kucing peliharaan. Tempoh peralihan secara percuma diberikan sehingga 31 Ogos 2026. Maklumat tersebut TIDAK benar untuk Malaysia.Peraturan ini hanya terpakai di Singapura. Waallahualam. Berita ni maq jumpa difacebook semalam. Siang nanti maq akan selongkar semua laman sosial untuk penjelasan lebih detail. ​Malaysia -Tiada sebarang undang-undang atau peraturan baharu daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mahupun Majlis Bandaraya/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mewajibkan lesen bagi memelihara kucing. Apapun di Malaysia,ini pada pandangan peribadi Maqnie lah kan.Biarpun peraturan pelihara kucing masih longgar dan bebas,pemilik kucing janganlah lepas tangan dengan aktiviti kucing kucingnya. Masih ramai lagi pecinta kucing yang biarkan kucing kucing mereka berkeliaran di kawasan rumah rumah jiran.Berkeliaran sesaja tu okey lagi...

Susuk Pada Tahun 2026

  Bismillah, Tadi sementara tunggu azan zohor, Maq berkesempatan nonton podcast di youtube chanel sembang seram bersama perawat bernama Ustaz Faridzuan yang berasal dari Pulau Pinang. Panjang betul video tu ,durasinya 3 jam lebih! Mujur harini Maq ada banyak masa terluang, so dapatlah habiskan masa dengan tonton podcast. Perawat tersebut merupakan seorang pengamal perubatan yang nak bantu orang buang susuk dan gangguan sihir,saka serta beberapa lagi masalah penyakit batin. Apa yang buat maq terkejut dengan penjelasan ustaz tu,hampir 10,000 pesakit yang sudah 'booking' perkhidmatan rawatan beliau dan team.Sekarang semua sedang menunggu giliran untuk dapatkan rawatan masing masing. Pesakit yang sedang dirawat sekarang pun dah Q setahun lebih.Ada juga yang meninggal dunia sementara menunggu giliran mereka. Pesakit pesakit tu kebanyakkannya datang dari Malaysia,Singapura,Indonnesia,Thailand. Lebih mengejutkan lagi bila beliau katakan pesakit yang paling ramai yang datang nak buat r...

Jadi Mangsa Spill The Tea

  Bismillah, Betul lah apa yang maq baca pasal hadis yang mana Rasulullah pernah bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah dia berkata yang baik atau diam." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, yang mengajar umat Islam menjaga lisan daripada perkara sia-sia atau membawa kepada dosa seperti fitnah dan mengumpat. Maq pernah dulu,cuba meluahkan pendapat peribadi yang maq rasa ramai orang kena tahu apa yang maq dah tahu.Maksudnya maq try berkata jujur untuk lebih ramai orang faham,tapi hujung hujung maq yang kena "palau". Tak jelas? Okey camni,pernah satu waktu tu, maq bersembang dengan sesaorang.Dia bukalah satu topik perbualan.Dan maq pun sembang lah dengan dia pasal topik tu. Gedebak gedebuk ,gedebak gedebuk tengah syok sembang ,dia beri kat maq satu idea sepertinya dia nak supaya Maq dan dia tak perlu join program yang pada awalnya kami sama sama nak sertai. Kata beliau bagi je peluang dekat otai otai tersohor yang jo...

Ayat Sentap Dari Seorang Anak

  Aida disamping Ayah Kisah keluarga ❤ Bismillah, Pernah satu masa dulu,masa tu si kakak sorang form 6 ,sorang dah berkerja dan Aida dalam darjah 6. Maq pernah buat soalan yang ditujukan untuk mereka dan encik suami.Maq tanya apakah sifat yang ada pada maq,yang anak anak dan suami paling tak suka? Sebenarnya soalan ini berisiko kerana boleh buat hati sendiri merana hahaha tapi Maq nekad je semata untuk cari kesalahan diri sendiri yang maq tak perasan pun. Apa yang menarik tentang jawapan dari gadis baju hitam yang dalam gambar kat atas tu.Kata beliau, 🗣️: Mak janganlah nak sama kan anak sendiri dengan anak orang lain.Setiap manusia takdirnya kan tak sama.  Masyaallah,sampai kehari ini pun maq akan ingat kata kata tu.Jawapan itulah yang dah jentik hati naluri ini. Masatu maq tak tersentap pun sebab maq yang nak tahu sangat kan.Tapi sejujurnya kata kata dari budak darjah 6 tu dah buat minda mak mak ini jadi celik. Biasalah mindset mak mak kan,mereka memang tokleh tengok anak or...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Pray For Pasir Gudang

Assalamualaikum. Semalam dan hari ini tular di aplikasi whatsapp dan semua media social mengenai tragedi pencemaran udara di kawasan Pasir Gudang ,Johor. Ramai yang maq kenali merupakan penduduk tetap di Pasir Gudang ,termasuklah kawan kawan sekolah dan adik perempuan maq sendiri. Bila sahabat sekolah menceritakan serba sedikit situasi disana, hati tua ni jadi bimbang. Anak anak buah maq masih lagi bersekolah disana. Semoga Allah beri sebaik baik pelindungan buat mereka semua. Sedih bila tengok kekejaman yang mereka lakukan. Macam bukan buat benda salah je! Macam tu je mereka buangkannya? Allah huakhbar Ada pulak yang ambil kesempatan buat berita palsu ? Hmmm..Keuntungan pada satu pihak tapi kerugian bagi banyak pihak. Persoalannya selama beroperasi dimanakah sisa toksid tu dibuang??? Apakah agenda mereka kalini dengan sewenang sewenangnya membuang  sisa sisa tu disitu? #MakcikkaunirasaMusykil 😩 Bawah ini jumlah mangsa setakat hari ini ( Rabu 1...

Hati Hati Dengan Sale Di Aeon Big

Assalamualaikum. Malam ni, lepas maghrib encik suami nak beli jiwa maq.  Ayat orang sekarang ,beli jiwa sama dengan ambil hati / pujuk.  Aduh kamus mana kah ini? Orang sekarang suka berfikiran diluar kotak. Not bad.. Pertamanya hari Rabu kan,  jadinya dia bawa maq dan anak bungsu ke Aeon Big.  Kononnya nak belikan si bungsu seluar jeans  mur mur je sebagai basahan.  Mur mur tu apa?  Orang bisnes online kata mur mur tu sama dengan Murah murah. Ayat baru lagi hehe ikut suka awak lah.. Setiba di perkarangan pintu gerbang Aeon big Batu Pahat,  pengunjung memang ramai. Mana maq tahu? Lihat pada  kawasan parking yang sesak je maq dah tahu. Dan ternyata orang memang ramai dalam tu. Kaunter bayar pun sesak. Hari Rabu memang gitulah hakikatnya disini. Jom cari seluar jeans! Si Ayah dah pegangkan sehelai seluar jeans mur mur untuk anak bungsunya. Dan waktu ini si anak sedang lagi mencuba sehelai yang lain.  Mur mur?  ...

2022 Tahun Ujian Kami

Bismillah, Hampir 3 bulan blog sepi.Idea betul betul kering  beberapa bulan kebelakangan ni.Padahal banyak aktiviti yang maq buat tapi langsung tak boleh nak menaip untuk maq kongsikan dalam blog. Tajuk entri pun nampak macam something?Jum teruskan bacaan anda. " 2022 tahun ujian buat kami bertiga" Pada awal tahun 2022 ,semua aktiviti kami berjalan lancar.Encik suami,maqnie & anak  bongsu hanya urus bisnes Amway dan perfume Dcalysta kami seperti biasa. Bisnes berjalan lancar ,tiap bulan ada je sale masuk,biar pun tak sekencang otai otai berbisnes tapi maq tetap rasa syukur.Biarpun nampak macam tak buat apa apa tapi sebenarnya kami bekerja. Bermula pada pertengahan bulan May 2022 Kami bertiga telah diberi amanah menjaga ibu mertua yang katanya langsung tak boleh nak bangun dan berjalan.Kalau sebelum ini beliau boleh je bergerak kesana sini walaupun hanya dengan bertongkat , tetiba terus tak mampu nak buat apa apa.Nak bangunkan badan pun tak kuat,lesu. Bilamana anak anak be...

KWSP - pengalaman Maq

Assalamualaikum. Dua hari ni viral pasal tingkahlaku petugas di pejabat KWSP Johor Bahru yang menjadi kecaman warganet. Anda pun mungkin sudah pun tahu tentang tu. Kalini maq nak kongsi pengalaman maq pulak.  Pengalaman pertama kali berurusan dengan petugas KWSP didaerah Batu Pahat. Masa tu maq nak buat pengeluaran wang akaun 2 ( pengeluaran pencarum berusia 50 tahun). Walaupun tak banyak tapi adalah sikit untuk dimanfaati. Hasil kerja masa muda muda dulu. Ketika mula masuk ke pejabat tu, pertamakali maq pergi ke kaunter pertanyaan lah kan.  Maklom lah seumur hidup memang tak pernah masuk sekali pun disitu. Setiba dikaunter, maq beraturlah ikut baris. Setiba giliran maq, petugas dikaunter adalah seorang lelaki.  Umur lewat 40-50an gitu.  Muka tak mesra alam langsung ( ok,  maq paham kalau lelaki dengan perempuan tak perlu senyum kot dikhuatiri jatuh cinta pandang pertama, erghh!  Tapi bila maq bertanya soalan, apa yang maq harapkan dia paham y...