Adam Aisy PJJ
Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu.Bawah ni gambar Adam Aisy.Cucu ketiga maq yang duduk serumah dengan maq sekarang ni.Minggu depan dia dah masuk 6 bulan.Alhamdulillah..
Dah berumur ,dah pencen masih nak bela cucu? Sedangkan itulah masa nak berehat ,santai santai dengan kawan kawan ,buat amal ibadah . Jaga budak tak bebas lah, tak boleh kesana ,kesini ,blah blah,blah....
Ayat atas ni biasa maq dengar.Mungkin tak semua bertanggapan macam tu tapi sebilangannya ada.
Ye ,Adam Aisy adalah cucu yang PJJ dengan ibu ayahnya.Perhubungan jarak jauh*
Sejak ibunya dalam pantang lagi ,Adam Aisy dah duduk dengan kami.Dan sekarang masih lagi bersama kami sedangkan ibuayahnya sudah pun kembali bertugas diJohor Bahru.
Banyak penyebab yang mendorong kami jaga cucu pada usia sebegini.
- mencari pengasuh bukan mudah dibandarraya seperti JB tu.Lebih lagi ibu Adam Aisy bekerja 3 shif dan ayahnya bekerja 12jam setiap hari.
- Adam Aisy ada masalah alahan kulit .Kami panggil nama manjanya sebagai "Azeema" ( bukan nama sebenar ) Banyak hal kena pantau supaya azeemanya terkawal.
- Adam Aisy mempunyai usus yang lambat matang , dia mudah muntah dan muntah selepas menyusu.Ini pun boleh buat pengasuh letih kalau sentiasa kena basuh sarung bantal,sarung tilam,pakaian, karpet dan macam macam lagi..
Anak sekecil ini hanya berjumpa ibu ayah di video call.Bersemuka dalam sebulan hanya 3/4hari.Lepastu terpisah semula.
Semua orang taknak hal sebegini belaku.Kami pun tak mahu tapi desakan hidup dan demi kelangsungan hidup, kami redha.Adam Aisy,ibu ayah Adam Aisy pun kena redha.
Mungkin kita nampak diaorang ni happy je tapi mana ada perpisahan yang membahagiakan, biarpun boleh jumpa setiap minggu.Rindu tetap buat hati pedih.
So ,korang yang anak anak depan mata tu, fokuslah mereka.Rindu mereka tu sangat berharga.Dulu maq tak paham situasi ni ,tapi bila cucu sendiri terpisah dari ibuayah siang malam ,yes maq dapat rasakan perasaan itu..🥹
Letih tak jaga baby bila dah berusia macamni? -Allah kan ada ,Allah sentiasa permudahkan urusan kami disini.Alhamdulillah,thanks Allah..
Bila bersama ibu ,meriah dia bersembang