Assalamualaikum.
Petang tadi dalam pukul 2 lebih ,hujan turun sangat lebat. Maq pun ambil peluang menikmati suasana sejuk tu dengan tidur petang.Maklom pagi tadi ada urusan sikit di kampung , letihnya macam apa entah ,susah nak jelaskan tapi urusan pada pagi tadi tu memaksa maq dan encik suami "rushing" ..
Lepas settlekan semua aktiviti harian dirumah, kami kemudian bergegas pulak ke Koris( kampung halaman maq)
Bukit Perdana ke Pekan Koris tak sampai pun 10minit ?? peh pecut gila ni sis ! apa pun Alhamdulillah , dari pukul 10lebih kami pulang semula ke Bukit Perdana sebelum azan zuhur. Separuh urusan dah selesai, ada separuh lagi yang perlukan masa sesuai.
Bila terjaga dari tidur petang yang indah tu ,hujan masih turun renyai renyai tapi tak sangka pulak bandar Penggaram rupanya sudah dilanda banjir kilat.
Bandar Penggaram ini adalah pusat bandar bagi daerah Batu Pahat.
Nak tengok ?
Nak tengok video pulak?
video ni hasil dari perkongsian dari group group whatsapp ,maq cantumkan jadi satu memori.
Sekarang ni bandar Penggaram kerap sangat banjir kilat. Pembangunan dan sistem perparitan salah satu punca - kata salah seorang sahabat maq.
Kita bukan benci pembangunan tapi kita simpati kepada nasib orang awam yang kerap sangat menjadi mangsa keadaan. Kerosakkan harta benda sangat memberi kesan terutama zaman serba serbi ber S.O.P ni.
Hujan itu adalah rahmat ,kesilapan kita aja yang telah membebankan diri kita sendiri..
Mungkin bandar Penggaram perlukan solusi seperti mana Bandar Muar? waallahhua'lam. Kita bukan siapa siapa ...
Salam takziah kepada mangsa banjir kilat.
teruk jugak ya kak, hujan pun lebat semacam tu... kesian lah anak-anak yang bersekolah tu camne nak balik kan kalau kene time balik sekolah... memang majlis perbandaran kene buat sesuatu...
ReplyDeleteye Dana,mujur malam tu air dah surut dan anak anak sekolah dicutikan keesokan harini oleh PPD sebagai cuti peristiwa.
ReplyDelete