Skip to main content

Tukar je status isteri dia

 


Assalamualaikum. 

Busy sejak beberapa harini. Biasalah urusan dunia mana pernah habis kan. Yang penting urusan akhirat tu jangan terabai, sudahlah. 

Hari hari bisik kat Allah.. 

Jadikanlah aku jutawan dunia dan jutawan akhirat ya Allah..Aamiin. 

Istajib doa ana ya Allah..

Harini free sikit, jarini tergerak nak sembang pasal cerita seorang sahabat sekolah. Tapi dia level adik adik la pada maq. Jauh jugak jarak usia kami, tapi pernah lah kerja satu department di Mitsumi SDN BHD kat Pontian dulu. ( kisah tahun 1993 ) dah kira sejarah ke ek?  

Kawan ni ditakdirkan Allah telah menjadi ibu tunggal beberapa tahun lepas. Anak 4 orang dan masih bersekolah rendah. Allahhuakhbar ,berat dugaan ini. Tapi beliau redha. Kata beliau,

 " inilah jalan hidup saya, kak "..

Alhamdulillah  rezeki beliau,  dapat penempatan ditanah kepunyaan bonda  tercinta, biarpun hanya mampu mendiami sebuah rumah yang dibina atas sumbangan orang ramai ketika pemergian arwah suami. Rumah kecil yang ambil kos cuma rm 10K pembinaannya. Anda boleh bayangkan dalam zaman serba serbi duit, rm 10 K tu, cukuplah dengan dinding batu blok, bumbung zink, tingkap cermin yang nakonya kaku dan secebis zink untuk awning pintu hadapan. Namun maq tetap ucap syukur bagi pihak beliau. Sebab ada tempat untuk berteduh. 

Keperluan anak anak, beliau urus 100%. Air api ada.  Kenderaan sebuah motor, ada. Dan beliau pun berkerja sebagai penolong kebersihan disalah sebuah sekolah dikawasan beliau tinggal. 

Cuma.. Apa yang menjadi rezeki pahala sabar untuk beliau ialah jiran beliau. Ya jirannya sangat bimbang jika suaminya jatuh hati kat kawan maq tadi ( ibu tunggal)  semua urusan yang berkaitan dengan ibu tunggal tu, jirannya akan protes. Termasuklah sewaktu petugas Ranhill ( syarikat air)  nak pasang meter paip kerumah kawan maq tu pun jadi isu kepada jirannya. 

Seriously  maq terkejut!!

Air yang akan disalirkan kerumah anak anak yatim pun dia tak benarkan lalu dikawasan rumah dia???? 

Tahu tak dia, setiap titis air yang digunakan  oleh anak anak yatim itu bakal memberi pahala jugak dekat jiran tu?  Walaupun bukan jiran tu yang bayar bil air tapi memberi kemudahan kepada anak yatim tu besar pahalanya?? Allahhu sayangnya. Saham akhirat tu !Peluang depan mata dihancurkan macam tu je.. Allahhuakhbar.. 

Maq yang rasa terkilan. Serius terkilan sangat. Dan perasaan ni maq cuma luahkan depan suami  dan anak bungsu maq je. Sis rasa nak nangis wey ..sumpah sedih sangat sangat.. 

Dan bila maq dah pulang ke rumah,  kawan maq send teks wasap,  beliau kata beliau dah cukup bersabar dan Insyaallah  akan terus bersabar demi anak anak. 

Yep, maq cakap.. " sabar ye, Allah nak bagi awak lebih lagi pahala tu.. Jangan putus asa. Jaga anak anak elok elok. Jaga diri.. "

Kawan maq :

"ya kak, Insyaallah,saya akan buat macam apa akak nasihatkan tu. Tapi saya peliklah kak,  kenapalah isteri dia jeles sangat kat saya ni.  Kalau lah dia nak jadi macam saya sangat, suruhlah suami dia bagi status tu kat  dia. "

Hahahahaha Allahhu.. 

Gelak besar maq baca teks beliau. Heyyy.. Lawak budak ni sejak zaman dulu tak pernah hilang tau! Macamanalah dia boleh terfikir sampai ketahap tu?  Hahaha  sis kenot brain la, sungguh!!! 


Nota maq : baca kata kata dalam gambar tu jelah .  Malas dah maq nak taip nota. 


Comments

  1. InsyaAllah semoga kawan Maq diberkati dan dilimpahi rezeki..

    ReplyDelete
  2. Harap-harap anak kawan Madam Maq itu berbakti pada ibunya.Insya Allah.

    ReplyDelete
  3. Allahu jd ibu tunggal mmg sgt besar tgjwb..smoga anak2 ny faham dan berbakti pd mak ny

    ReplyDelete
  4. aduhai kak, mentaliti orang kita pasal janda dan ibu tunggal... jahat betul

    sampai begitu sekali dia benci sampai tak bagi org pasang paip lalu tanah dia ye kak, dia ingat mudahka jadi ibu tunggal tu, kita jiran bantu lah, takde nya kawan tu nak sebat suami orang lain lahai...

    baca cerita akak ni teringat makcik saya pun dia kehilangan suami dalam 4-5tahun lepas, anak ada 5 orang masa suaminya meninggal dulu anak paling bongsu baru 4-5 tahun sekarang dah sekolah rendah dah... tapi itulah betapa dia nak membesarkan anak tu bukan mudah, dulu dia tak kerja sekarang dok tolong kerja di kedai makan... nasibla ada kebuk kelapa sawit tanah arwah nenek yang atas nama dia dan dijaga oleh abah saya, jadi kebajikan dan duit kelapa sawit tu sentiasa ada. Memang ramai orang dok usha nak jadikan isteri tapi semua kene lalu abah dulu, abah akan tengok serba serbi kalau lulus baru diberi jadi suami kalau tidak... bye bye lah, lagilah abah garang semua takut nak jadi adik iparnya

    ReplyDelete
  5. sampai macam tu sekali jirannya layan , isk..kesian anak2 yatim tu.Apa salahnya dipermudahkan urusan keluarga tu

    ReplyDelete
  6. Leya, NA, Syiqin, Dana, Nabila, thanks for comments..

    T. Kasih untuk doa doanya juga. Semoga awak semua diberi sebaik baik perlindungan dari Allah swt.

    Insyaallah, Aamiin ❤❤❤❤❤

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Pakar 3 Pakar mata Pakar Batu Pahat

 Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik...

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Sabar Dan Tenang Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...