Jangan tunggu lama lama
Assalamualaikum.
Salam Jumaat buat semua. Jom selawat dulu.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah diberi keizinan meneruskan perjalanan hidup sehari lagi.
Sehari usia kita bertambah, sehari juga hayat kita berkurangan untuk dunia ni.
Usia kita semakin mereput dimamah masa. Sehari demi sehari. Jangan alpa.
Kalau zaman muda dulu nakal, dah tua ni letih dah nak nakal lagi . Cukup cukuplah. Jagalah mata, jagalah hati, jagalah telinga, jagalah semuanya. Orang lain tak boleh kawal diri kita kecuali kita.
Kalau sejak muda dah memang kategori orang baik baik, dah tua gini haraplah bertambah tambah lagi baiknya tu. Biar jadi contoh kepada anak anak dan cucu. Bagi mereka bangga punya orangtua seperti kita.
Kalau muda dulu suka rasa iri dengan kelebihan orang lain, waktu tua gini bersyukur lah dengan apa yang telah dimiliki biarpun kepunyaan kita tidaklah sehebat milik orang lain. Tapi kita ada. Semua itu anugerah dengan izin Allah khas buat kita.
Macam tak logik kan kalau dari muda sampai ke tua perangai tu tak pernah nak berubah. Tak pernah nak terfikir berubah jadi kepada yang lebih baik. Pi mai pi mai tang tu jugak perangainya. Berubah lah..Bak kata orang London , move on! Aikk, tetiba nak suruh move on ni dah kenapa??
Gini.. maksud maq,
kalau dah ada niat nak berubah kepada kebaikan yang lebih baik, cepatlah berubah. Sebab masa takkan menunggu kita. Dan kita tak tahu bila last kita bernafas...
Harap anda paham.
Ini cuma sembang kosong, bukan ngumpat tau. Sembang dalam hati untuk didengar oleh diri sendiri.
Jom kemas rumah pulak. Asyik menaip kang rumah bersepah, kepala sendiri yang pening hehehehe ( perangai maq lah tu) 😁