INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 29 November 20l9
02 Rabiul akhir 1441
TAJUK : Kewajipan Membayar
Hutang
1) Sikap membantu sesama saudara muslim- digalakan; kukuh hubungan persaudaraan; hulur bantuan kepada yang ditimpa kesusahan; beri hutang kepada yang memerlukan.
2) Firman Allah:
Surah Al-baqarah: 282 bermaksud: "Wahai orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga kesuatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya itu) dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar)".
3) Persoalan hutang- diharuskan dlm islam; tidak digalakan berhutang utk bermewah mewah tanpa asas kukuh; bawa kerosakan sekiranya tidak dikawal; semoga tidak jadi ketagihan dlm hidup; bebanan hutang halang perolehi Syurga Allah.
4) Pada hari pembalasan- semua perbuatan di dunia akn diperhitungkn; semua hak akan dicukupkan kepada pemiliknya seperti hak hutang & pinjaman.
5) Enggan membayar hutang- zalim berdosa serta haram hukumnya; pemilik hutang hanya bersabar; janji (akad) yg wajib dipenuhi.
6) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Menangguh hutang padahal mampu membayarnya adalah satu kezaliman".
(HR: Imam Al-bukhari)
7) Perihal hutang- tidak boleh ditebus dgn taubat & istigfar; dilunaskan sesuai dgn hutangnya; mengikat seseorang hingga selepas ia mati; roh akan terhalang dpd memasuki Syurga; tidak terlepas dpd ikatan sehingga hutang dibayar.
8) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jiwa seorang mukmin terikat dgn hutangnya hingga dibayarkn hutang itu baginya". (HR: Imam At-tirmizi)
9) Langsaikan hutang ketika hidup- tiada siapa yg boleh mengambil hak orang lain tanpa izinnya; kemiskinan di dunia lebih ringan berbanding di akhirat; para pemilik hak akn menuntutnya di akhirat; mereka tidak minta wang tetapi tuntut semua pahala yg dimiliki.
10) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Tahukah kalian siapakah sebenarnya orang yg muflis? Baginda bersabda:
Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yg datang pada hari kiamat dengan pahala solat puasa & zakat namun (pada masa yg sama) dia juga membawa dosa dosa mencela orang, memfitnah orang, mengambil harta orang, membunuh orang & memukul orang. Penyelesaian pada hari itu adalah dengan mengambil amal kebajikannya lalu diberi kepada orang yg dizaliminya.
(HR: Imam Ahmad)
11) Seruan mimbar- hindari dpd mati dengan membawa hutang; segerakn jika mampu bayar; bayar sedikit demi sedikit jika tidak mampu; tinggalkan pesanan kepada warith utk membayarkan hutang itu selepas mati.
12) Firman Allah Surah Al-maidah :1 : bermaksud: "Wahai orang orang yg beriman! Penuhi serta sempurnakanlah perjanjian perjanjian".
بارك الله لي ولكم ...
Comments
Post a Comment