Sembang 11/11/2025

 


Pemandangan indah**


Bismillah,

Harini Selasa bersamaan 20 Jamadil awal 1447H.Lama dah maq tak bersembang sorang sorang dalam blog.


Sekarang ini blog peribadi maq lebih kepada salin tampal tentang aktiviti berkaitan haji jek.Bukan apa,niat maq cuma nak kongsi apa yang maq dah baca dan maq dah faham sikit sikit tentang haji.


Bagi maq ,tunaikan haji bukan macam kita jalan jalan makan angin tapi ianya merupakan ibadah terpaling besar untuk dilakukan oleh seorang muslim yang berkemampuan.Bak kata orang dulu dulu,besar periuk besarlah keraknya ,besar ujian besar jugaklah ganjaran pahalanya.Inshaallah.


Salah satunya kita perlukan pengorbanan masa yang agak panjang, tenaga ,wang ringgit dan ada banyak lagi hal hal yang berkaitan.Yang kadang tu kita tak jangka semua tu boleh kah kita jalankan.


Andai kata semua diatas tu menetapi syarat sekalipun tapi ilmu kurang dititik beratkan, makanya ibadah jadi tak tentu hala.Tu yang kadang kadang lepas balik haji ramai haji dan hajjah bercakap begitu dan begini berkaitan pengalaman mereka semasa lakukan haji. 


Actually ilmu tu penting sangat sangat.

Selepas mengucap 2 kalimah syahadah,

Kita nak solat pun kena ada ilmu.

Kita nak puasa pun kena ada ilmu.

Kita nak zakat pun kena ada ilmu.

Apatah lagi nak lakukan haji diluar dari negara kita.


Ditempat yang cuacanya berbeza dari cuaca negara kita.

Orang orang nya berbeza dari orang kita,makannya,adatnya dan ada banyak lagi perbezaan.


So carilah ilmu sebanyak mampu untuk lebih rasa bersedia bila tunaikan haji nanti.Bila dah faham rukun rukun haji,kisah sirah nabi ,semua persoalan dan perbezaan diatas bukan lagi masalah besar.


Diblog maq ini,korang masuk je pada labels tajuk haji, umrah, mekah dan madinah, inshaallah banyak tips maq share dalam tu.95% adalah hasil salin dan tampal. 


Okey tu je sembang maq harini.Nak masuk tiktok sat,jom kita layan sale 11/11 ditiktok... eh macamlah takda benda lain engko nak buat ek maq? hahaha gurau jelah.


eh,selawat dakgi?