Majlis Walimatulurus Shazni & Natasha
Bismillah,
Alhamdulillah,
08/11/2025
Sekali lagi keluarga maq sebelah ibu telah berkumpul dimajlis perkahwinan salah seorang ahli keluarga kami.
Kalini Mak Ngah & Pak Ngah buat majlis terima menantu.Lokasi majlis berlangsung di Balai raya ,Jalan Limau,Kempas,Johor Bahru.
Alhamdulillah semua urusan majlis berjalan lancar.Dari hari Khamis sanak saudara dah mulakan aktiviti rewang hingga ke hari Sabtu ( majlis besar berlangsung).
Mak Ngah guna khidmat ahli keluarga sendiri je untuk persiapan majlis.
Dari bahagian rewang memasak,hiasan dewan ,urus makanan dan semuanya adalah dari air tangan keluarga kami sendiri.
Mereka terdiri dari Adik beradik,anak anak saudara,cucu cucu saudara hinggalah ke cicit cicit saudara.Hampir semua hadir pada majlis tersebut.
Walau bagaimana pun Maq dan encik suami hanya dapat hadirkan diri pada hari majlis berlangsung disebabkan anak kami masih bekerja pada hari Jumaat sebelum majlis itu.
Di bawah ini sedikit memori pada majlis 08/11/2025.
![]() |
| Mak Ngah Pak Ngah bersama pengantin |
![]() |
| Mak Ngah Pak Ngah bersama Makteh & Ayahteh |
![]() |
| Family kak Ngah Iza |
![]() |
| Adik adik sepupu & anak anak buah |
![]() |
| Makcik² & Sepupu² |
![]() |
| we are the world 💕 Family dari utara sampai ke selatan tanah air termasuk Singapura |
![]() |
| Adik beradik Mak Ngah |
![]() |
| Pengantin,adik beradik Mak Ngah.Eh, seorang anak sedara Mak Ngah juga kelihatan disitu . |
Inilah sebahagian dari ahli keluarga yang terlibat dalam menjayakan majlis 08/11/2025.
![]() |
| Sepupu dari Batu Pahat & Singapura dapat job uruskan makanan untuk tetamu. |
Eh mana photo Maqnie?
I dapat tugasan seawal turun dari pintu kereta lagi sis.Belum sempat letak punggung dah dapat job,hehehehe itulah siapa suruh tak datang rewang ek??
So disepanjang majlis tu kononnya busy sokmolah kita ni kan, sampai takda pun photo maq pada majlis kalini.
Hahaha tetiber perasan retis!
![]() |
| Lencana orang kendarat, Terima kasih atas amanah yang diberi ,mohon maaf tak dapat nak bantu sampai ke akhir majlis.Kena gerak awal balik Batu Pahat.♥️ |
Untuk Shazni dan Natasya ,kak long doakan kebahagiaan kekal milik korang sampai syurga.Alam perkahwinan ini lubuk kumpul pahala,kaut banyak banyak dan jangan kenal erti penat.
simpan sini sebagai memori keluarga📌
Jom selawat dan istighfar*









