Skip to main content

Indahnya kalau berangan


Assalamualaikum.

Musim hujan dan banjir gelombang ke dua  kalini dah buat maq rasa pertama kali duduk dinegara musim sejuk. Indahnya nikmat Allah kali ini.

Kipas angin asyik OFF, jimat dah elektrik. Tidur pun dah tak perlu berkipas. Yang tak pernah tidur berselimut pun dah  pandai cari 'gebo' ( gebo @gebar = selimut dalam slang Johor ) Air paip dengan air dalam peti ais dah sama sejuknya. Waktu yang diambil masa mandi pun dah tak lama. Kadang tu hanya mandi ala ala P.Ramlee je. Makanan  sentiasa 'laku' sebab perut masing masing asyik rasa lapar. Dan  nak masuk tidur dah tak sempat berangan jauh jauh . Baring je terus lelap.

Allah hu nikmatnya. Agak agak kat negara bermusim sejuk macam tu kah ? Hehe jakun kejap sebab memang tak pernah lagi jejak kaki ke negara bermusim macam tu , 😅. Paling lawak bila lihat gambar kat bawah ni , dah boleh perasan habis dah !


Lihatlah betapa kreatifnya rakyat Malaysia kini. Agak agak anda kalau ada salji kat negara kita , apa akan jadi? Yok bayangkan kejap :

Pokok pokok sawit terbantut  nak berputik Buah rambutan dan durian pasti beku dipokok. Makan durian dah macam makan ais krim durian.

Laut dah takda nelayan tapi ramai orang main ski dan buat orang salji. Ikan haruan dalam sungai bertukar warna pink soft sebab air sungai terlalu sejuk tak sempat lumpur nak melekat.

Kat warung tepi jalan , pakcik pakcik ngeteh dah berfesyen , pakai snowcap , pakai sarung tangan , duduk reramai ditepi unggun api , makcik makcik pergi pasar pakai jaket bulu tutup kepala.

Kedai apam balik , kedai jual goreng pisang , kedai jual kacang rebus , mesti ramai pengunjung sebab orang kesejukan kerap lapar. Mungkin peniaga dah mampu buka restoran untuk jual apam balik ,goreng pisang atau kacang rebus sebab makanan ni makan panas panas dimusim sejuk memang sedap.

Teksi , grab ,uber dah tak beroperasi sebab pemandunya dah seronok main salji . Laluan pun dah tak jelas ,kebanyakkan orang lebih suka jalan kaki je.

Pasaraya dah tak penuh dah kat kawasan parking sebab kereta dah kurang digunakan , jalanraya pun dah tak 'jem'.

Murid murid pergi sekolah pun dah tak hari hari , dua tiga hari belajar lepastu cuti seminggu .

Zina mata dah tak berlaku sebab hampir semua orang perempuan tutup aurat dengan sempurna.

Anak remaja dan mat mat rempit dah tak dapat nak merempit ,tak dapat nak melepak dengan kawan kawan , mereka lebih selesa duduk rumah dengan keluarga.

Allah indahnya duniaaaa ... 😍

Haa tulah antara nikmat musim sejuk , banyak benda akan jadi , termasuklah berangan , hehehehe sudah sudahlah tu , apa pun syukur atas tiap pemberian Allah. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Kita lebihkan pada sudut yang positif , jangan mudah mengeluh. Dan jangan lupa , sebutlah Alhamdulillah.

Nota maq : Siang malam  berselubung  dalam 'gebo' . Selalu selimut tu maq simpan jek dalam 'gerobok' . 😂

Comments

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Siaga

  Kata kata nasihat PMX Bismillah, Dari hari ke sehari ,masyarakat dunia semakin tertekan dengan pelbagai krisis global. Pak menteri pun ramai dah berpesan pesan kepada rakyat jelata termasuklah Perdana Menteri Malaysia ,Dato Seri Anuar Ibrahim. **klik gambar untuk bacaan lebih jelas. Di group prepper pun ,masing masing semakin rancak berkongsi maklumat tentang prep.  Antara barang yang disebut ,simpan beras,air bersih,makanan makanan kering,tenaga solar,ubat²an dan ada banyak lagi isu isu yang dibincangkan. Apa pun maq hanyalah seorang " silent reader" .Siapalah saya untuk berkata kata didalam kelompok prepper yang hebat hebat disitu. Sekarang ini perbincangan tentang basikal sedang di update.Bila stock minyak negara hanya tinggal beberapa masa sahaja lagi,dan kapal Malaysia yang berjaya melalui selat hormuz itu tidak bawa minyak untuk Malaysian,maka para prepper ambil jalan penyelesaian untuk aktiviti harian dengan berbasikal. Guys,bila dapat info bersedia,maka usahakannya....

Usaha ,Doa & Tawakkal

  Bismillah, Ada orang kata ,kenapa nak takut dengan krisis ekonomi & isu global?Kenapa nak takut takda makanan,risau takda minyak? Kata mereka lagi, "Kitakan orang muslim,kita ada Allah untuk kita berserah pada Nya tentang masa depan.Tak payah kalut nak buat persiapan apa apa ,fokus amal ibadah je selagi boleh..." Ye betul lah tu.Tapi asasnya sekarang ,kalau cuma asik berzikir tapi anak anak kebuluran takda simpan stock makanan ,takda simpan stock air bersih,sanggup ke nak tengok keluarga sendiri kelaparan? Memang kita muslim.Rezeki kita telah diaturkan sejak azali lagi.Namun Nabi juga telah ajar kita ,jangan cepat berputus asa.Usaha ,doa dan tawakkal.So selagi sumber makanan tu masih dijual dan masih mampu dibeli dengan bajet yang kita ada,kenapa kita tidak berusaha membeli nya  siap siap? Bukan kena beli satu kontena pun tapi cukuplah beli mana termampu.Semua itu kita namakannya usaha.Kemudian teruskan berdoa supaya ekonomi global kembali pulih. Andai tak dapat nak pul...

Isu Semasa - 8 April 2026

  Bismillah, Pejabat Perdana Menteri Israel berkata bahawa cadangan gencatan senjata selama dua minggu tidak terpakai ke Lubnan, bercanggah dengan kenyataan awal Shehbaz Sharif, yang mengatakan Lubnan termasuk dalam perjanjian itu.    TERKINI IRAN MENANG & TRUMP MENYERAH KEPADA SEMUA TUNTUTAN ✅ Amerika berjanji untuk tidak melakukan pencerobohan ✅ Kawalan Selat Hormuz diberikan kepada Iran ✅ Iran dibenarkan memperkayakan uranium ✅ Semua sekatan utama dan sekunder ditarik balik ✅ Semua resolusi Majlis Keselamatan dan Lembaga Gabenor dihentikan ✅ Amerika membayar pampasan kepada Iran ✅ Pengunduran semua tentera tempur Amerika dari rantau tersebut ✅ Penghentian perang di semua medan, termasuk terhadap Hez. di Lubnan. Kita ?Tunggu & lihat  Sumber : Eco Preppers Malaysia ,telegram

Naluri seorang ayah

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah wasyukurillah. Petang ni nak kongsi sikit cerita anak anak maq dan ayahnya. Nak kongsi cerita orang lain mungkin mustahil sebab nanti katanya jaga tepi kain orang pulak,huhu. Bila Along update kat status facebooknya : Maq pun rasa , hmm ,insha Allah nanti belilah rojak buah tu semata mata untuk Along. Tapi mustahil ahad minggu ini sebab ayah dia baru balik rumah pagi ahad tu ,mana mungkin dia nak memandu ketempat yang kurang lebih 2jam dalam keadaan mengantuk. Dulu dulu satu jam lebih jek Batu Pahat ke Muar ,zaman sekarang tak lagi sebab jumlah kereta yang terlalu banyak diatas jalanraya mempengaruhi tempoh masa perjalanan.  Lagi pun biasanya lepas balik kerja shif malam ,Ayahnya akan tidur dulu. Tetapi.... Pagi Ahad yang lepas , encik suami dah bersuara untuk ke daerah Muar. "Waw ! Serius lah ?" " Ya , serius ,lepas solat zuhor kita gerak" Allah hu ,tak sangka naluri si ayah lebih peka sekarang ni. "tapi...

Terbawa hingga ke dalam mimpi

Assalamualaikum Harini Maq nak kongsikan satu kejadian yang tak pernah pernah berlaku dalam hidup. Semoga maq tabah. Anda pernah bermimpi? Siang malam mimpi ? Itu bukan mimpi tapi itu berangan...hehehe . Baru baru ni maq ada termimpi..ok diulang sekali lagi terrrrr mimpi. Kisahnya macam ni. Lokasi seperti disatu majlis jamuan makan makan gitu. Maq dan encik suami diundang barangkali. Kalau tak dijemput mustahil kami ada dalam majlis tu kan. Haram makan kalau tidak diundang. Walaupun dalam mimpi ? Yep ! Sepertinya waktu tu ramai kawan sekolah maq ada. So kami pun makanlah bersama sama ..Tiba tiba encik suami beralih ke meja dimana kawan kawan sekolah  lelaki maq berkumpul.  Wah , maq teruja sangat sebab encik suami boleh geng dengan mereka ! I like !!  Sedang seronok menjamu selera , tiba tiba seorang kawan perempuan menegur maq - " maq , suami kau tu , boleh pula join kawan kawan lelaki kita ya. Apa saja lah yang mereka sembangkan tu " " ala  , diaor...

Amalan Bulan Rejab

Bismillah,Alhamdulillah.. 1 Rejab 1446H tahun ini jatuh pada malam tahun baru masihi 1 Januari 2025. Berikut ini adalah antara amalan yang disarankan disepanjang bulan Rejab nanti. 🤍 Menghidupkan malam pertama di bulan rejab dengan melakukan amal soleh (Qiamullail, Membaca Quran, Istighfar) 🤍 Memperbanyak istighfar di dalamnya setiap hari sekurang-kurangnya 70× selepas Subuh dan Isyak  Memperbanyak doa: أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان Rumi : Allahumma barik lana fi rajab wa sya'ban wa balighna Ramadhana. Maksudnya: Ya Allah, berkahilah umur kami di bulan Rajab dan Syaban, serta sampaikanlah (umur) kami hingga ke bulan Ramadhan. 💚 Bersungguh-sungguh dalam bertaubat kepada Allah S.W.T 💚 Bertanya khabar keluarga, saudara-mara, jiran dan sahabat 💚 Bersedekah setiap hari walau sedikit tetapi istiqomah 💚 Berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari di awal di tengah dan di akhirnya Rejab 💚 Dianjurkan menyembelih kambing bagi sesiapa yang mampu dan m...

Tips Tanam Pokok Kesum

  Bismillah ,Alhamdulillah. TIPS TANAM DAUN KESUM 1.Daun kesum memerlukan tempat yang redup, jangan direct sangat dengan matahari. 2. Daun kesum memang consume banyak air tapi bukan berendam dalam air sangat.Cukup siram 2X sehari atau  ambil besen letak air (jangan terlalu banyak) letak pasu yang ada daun kesum dalam tu nanti tanah akan lembab jer tapi tak terendam. 3. Guna medium tanah hitam dan pasu biasa aje. 4. Orang kata nak biar pokok subur siram dengan air beras tapi kadang kadang  lupa nak buat.Letak je baja 2 minggu sekali. 5. Cara penanaman, cucuk batang daun kesum terus ke tanah, siram selalu insyaallah hidup (Ada orang guna kaedah rendam batang 2,3 hari sampai akar keluar baru tanam). 6. Ada orang cakap daripada pucuk pun boleh cucuk ke tanah.Korang tryla mana satu yang sesuai tumbuh. Kredit: facebook

20 Tips Hati Tenang

  Kata kata nasihat*** Bismillah, 1. Solat di awal waktu dan langsung tidak meninggalkan solat lima waktu. Orang yang jaga solat, InsyaAllah Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan damai. 2. Perbanyakkan doa dan mohon kepada Tuhan supaya diberi ketenangan jiwa. Doa yang sungguh-sungguh, bukan sekadar doa di media sosial atau sekadar menadah tangan sahaja. 3. Tidur awal atau tidur yang mencukupi serta mempunyai waktu rehat yang sempurna. 4. Jangan menangguhkan kerja. Kalau kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna. 5. Banyakkan senyum . Atau bangkitkan perasaan yang boleh membuatkan kita tersenyum seperti tengok video lawak di Youtube, baca majalah humor, imbau kenangan manis dan sebagainya. 6. Sentiasa "move on" dan lupakan kenangan pahit yang bakal membarakan semula emosi negatif sendiri. 7. Sentiasa menjadi insan pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada ...

Mangsa Perang Adalah Mangsa Keadaan

Bismillah, 28 Ramadhan 1447. Sedikit kisah dunia yang semakin bergolak disebabkan ketelanjuran perang antara Amerika dengan Iran. Paling menyedihkan kawasan kawasan terpenting telah menjadi mangsa keadaan.   Gambar gambar dibawah adalah antara yang menunjukkan kepulan kepulan asap yang menjulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai selepas kepentingan Amerika di sekitarnya diserang Iran. Sumber : telegram Eko Preppers Malaysia Yang nyata sekarang, akibat perang ,banyak kerugian telah belaku.Yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.Yang bersalah masih rasa dia dipihak yang benar... **HasbunaAllah waneq mal wakeel ...

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Assalammualaikum Pengguna yang berhemah tu bagaimana ? Maq tak pernah tanya orang  berapa perbelanjaan mereka untuk hidup tapi pada maq kalau kita ada akal fikiran yang stabil ,jika gaji tu rm 2000 sebulan  janganlah berbelanja lebih dari rm 2000 sebulan,memang cari penyakit namanya. Tapi kalau dah dinamakan perempuannnnn ....... Orang pakai tudung tingkat ,dia pun nak bertingkat-tingkat Orang pakai kereta besar ,dia pun pakai kereta besar Orang pakai 5biji kereta,dia pun nak 5 biji kereta *tapi tak tau nak letak mana Orang pakai baju lip lap ,dia pun nak baju lip lap Orang ada set perabut made from Bali ,dia nak perabut dari Italy Orang ada gelang paras siku ,dia nak gelang paras bahu . Orang besar kan rumah , dia besar kan hutang ? kan ? Sudah-sudahle tu ...  Itu semua style perempuan era 1960-1990an.Jauh dah tu korang ketinggalan.Perempuan sekarang dia tak pandang kelebihan orang lain dengan harta benda mereka. Perempuan sekarang kena tahu semua barang mahal harg...