Skip to main content

Buat Sahabat GBGS & SKK


Assalamualaikum..

Harini terlintas nak buat sedikit luahan tentang sahabat sekolah . Dan ini hanyalah kata kata peribadi Maq, tidak berkait rapat dengan mereka yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Mohon jangan ada yang terasa atau tercuit hati. Bicara wanita tua belum tentu ada yang selesa. Takpa..

Sahabat , Hampir 30tahun aku menghilangkan diri dari dunia persekolahan. Bermakna selama itulah aku hilang dari pandangan korang. Bila tamat SPM aku dah mula fokus pada keluarga sahaja . Zaman kita dulu mana ada PTPTN yang boleh beri peluang nak sambung pelajaran. Biasiswa pun limited. Permohonan wajib penuh syarat syarat tertentu. Apatah lagi macam aku , anak seorang buruh kasar, apa apa pun takda . Kami memang tak mampu. Akhirnya aku belajar untuk cari duit bagi tampung pendapatan keluarga demi persekolahan adik adik aku yang lain. Yes , aku berkorban untuk mereka. Itu je yang aku mampu masa tu tapi aku rela.

Sahabat, masa sekolah dulu aku memang tak kenal sangat korang .Bukan sebab aku kelas budak pandai ke , aku budak kain singkat ke , aku budak jambul tinggi ke, bukan ,bukan ,bukan. Aku berkawan dengan mereka yang rapat dikelas aku je selainnya sahabat kamcing dari sekolah rendah.   Sebab aku lebih senang campur budak yang sealiran dengan aku , paling tidak pun aku tahu apa yang dia usahakan untuk bersaing di aliran kami itu. Aku malu nak tegur budak aliran sastera. Aku malu nak kontak kawan yang ada disekolah teknik , yang ada diMRSM , aku duduk diam dalam kelas sains ,sebab otak aku memang mencabar tahap maksima masa tu.  Bukan aku sorang tapi ramai kawan kelas aku yang mengeluh. Hingga kena perli dengan cikgu pun ada. Nasib baik masa tu muridnya tak nakal macam murid sekarang. Kalau tak ,mahu je aku culik isteri cikgu yang perli perli aku dengan classmates. Cara dia beri ilmu macam kami ni anak anak super bijak yang lahir dari langit . Padahal dia dulu masa form 4 sama jek perangai macam kami agaknya.

Hahahaha Geram dulu dulu baru nak diluahkan harini, padahal cerita dah lebih 30 tahun dah pun , adeh ..😂.

Serius lah sahabat , kalau korang seorang cikgu tolonglah ya , fahami minda anak  anak murid anda. Tak semua murid punya  sama level pemikirannya , biarpun mereka satu kelas level mereka berbeza. Dan murid yang pick up slow ni kita kenalah ajar dengan sabar, bukan kutuk dia atau lemahkan lagi semangat dia. Walaupun dia murid, dia pun ada hati dan perasaan , gila kalau dia tak nak jadi pandai kan. Tapi dah level otak dia tahap tu , sebagai guru kenalah kita ambil jalan lain yang boleh bagi dia kefahaman lebih. Aku levelkan dia sebagai cikgu aku yang pemalas. Haa tu dulu dululah hehe sekarang tak lagi. Sekarang aku hormat dia sebab kata kata dia tulah yang dah buat ramai kawan aku berjaya dalam hidup. Alhamdulillah..

Sahabat , selepas 30tahun , akhirnya sistem teknologi dah temukan kita dengan izin Allah. Aku bersyukur sangat sangat. Satu persatu wajah korang aku perhati diawalnya. Sebab dulu kita murid sekolah sekarang kita dah jadi isteri orang , suami orang , datuk orang ,nenek orang , heheha lain bebeno . Tapi syukur alhamdulillah ya Allah,moment paling bermakna dalam hidup aku bila aku dapat jumpa korang semula.  Walaupun proses pengecaman ambil masa tapi aku bersyukur ,masih ada lagi kawan yang ingat aku. Dengan panggilan Ani Rok , ramai tak lupa rupanya. Hehe nama tu nama milik aku yang paling meletop 30tahun dulu " ani rok yang jiwang" ececeh hehe apa pun Ani tu sempena nama aku Noraini ,Rok pulak pastinya nama abah aku , Encik Rokani. Wah dasat. Rok tak rok , yang kenal jek tahu kan ,😂

Sahabat , sebenarnya sekarang dunia kita dah selari. Biarpun dulu kita lain aliran , ya kini dah sealiran nampaknya. Kenapa aku kata macam tu? Ye sahabat ku , hidup kita sekarang hanya dipenghujung masa. Usia kita kini dah sipi sipi dah.  Masanya kian hampir. Esok? Harini? Atau kejap lagi? Wallah hua'lam..


Sahabat, aku hadirkan diri dalam kelompok korang atas dasar silaturahim ummah suruhan Allah. Carilah aku dineraka jika aku tiada disyurga korang nanti. Minta pada Allah ,katakan kepada Allah , akulah sahabat korang satu ketika dulu.

Sekarang ni perjalanan kita dah serupa. Fokus family , fokus anak anak, fokus keredhaan Allah . Kita sama sama berusaha naik tarafkan keluarga masing masing dengan daya usaha masing masing. Kita juga sama sama sedang berusaha menaik tarafkan ibadah masing masing. Insha Allah ,moga Allah perkenankan segala usaha usaha kita tu.

Sahabat.. Senyum tawa korang , gurau senda korang , airmata terharu korang ,doa doa korang , itulah penguat jiwa tua aku sekarang ni. Kadang bila malam menjelma ,aku tertanya pada hati , esok mampukan aku ucap selamat pagi kat korang macam selalu kita buat setiap pagi tu.Dapatkah lagi aku bergurau dengan korang , mengada ngada dengan korang , gelak ketawa , kongsi masaalah ,kongsi ilmu ,kongsi kenangan silam. Sebab pada aku semua aktiviti itu aku anggap semuanya hadir dengan ikhlas. Ya ,aku ikhlas tanpa niat tertentu. Terkadang aku perasan ada juga sahabat yang lama tak muncul , masa tu aku dah mula risau , aku perhati setiap hari kehadiran semua. Bila mereka muncul , automatik aku ucap 'Alhamdulillah' ..😢

Dan bila ada berita sahabat yang jatuh sakit , aku akui , aku memang tak dapat keluar rumah untuk pergi ziarah mereka. Terasa sayu hati ni macam nak pecah sebab aku hanya mampu titipkan doa dan mohon Allah mendengar rayuan aku untuk sahabat aku yang sakit tu.

Sahabat , ingat lah aku bila aku tiada nanti. Aku tak minta lebih. Dan apa yang aku nak sekarang , hargailah persahabatan kita. Jangan ada dendam atau benci mahupun irihati. Usia kita tak lama dah. Ada baik kita teruskan ukhwah ini dengan 1001 jenis kebaikan. Biarpun hanya di group whats app , aku selalu doa moga Allah sayang..


Aku anggap admin group umpama lilin . Menyinarkan cahaya ditengah malam kami yang gelap dan sunyi. Terima kasih admin yang mengundang aku. Tahan dengan perangai kaki sakat aku , tahan dengan perangai gila gila aku. Kalau korang remove aku , aku dah janji nanti invite aku balik haha. Swear 🙋!


Nota maq : Harini takda notalah ,malassss.. 

Comments

  1. Kipidap Ani Rok. Truskan dgn tulisan2 yg membina, yg memberi motivasi kepada semua. Moga persahabatan kita semua berkekalan sehingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  2. Tq Razee,inshaAllah ..aamiin ya robbal alamiin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ini meja kami. Masa ni baru sampai dalam 20 minit. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM...

Sabar Dan Tenang² Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...

Telaga wakaf Adam Danish

  Assalamualaikum. Hampir 4 bulan kami kehilangan Adam Danish. Anak saudara maq yang dah pergi lebih awal dari kami untuk menemui penciptanya. Al Fatihah... Gambar sekadar hiasan. Selepas beberapa minggu arwah pergi, ibu Adam berhasrat untuk manfaatkan wang simpanan arwah yang terkumpul di bank. Selain berinfaq atas nama arwah , buat umrah badal untuk arwah bapa saudara ,ibu Adam ada plan satu lagi cabang infaq jariah,iaitu buat perigi dikawasan terpencil di negara Kemboja. Sebuah negara islam termiskin di asia tenggara.  Aktiviti berjalan pada bulan 12/2021.Program tu dinamakan telaga wakaf. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Hajat ibu Adam telah pun terlaksana dengan izin dari Nya. Alhamdulillah. Semoga perigi yang diinfaq atas nama keluarga dan atas nama Adam Danish,Allah beri ganjaran pahala yang berpanjangan sampai bila bila dan memberi manfaat kepada penghuni rumah dan pendudul disekitar kawasan disitu.I nshaallah, aamiin... Al Fatihah  Buat Adam Danish...?...

Haid Lebih Lama Dari Biasa

Assalamualaikum. Bila usia semakin kepada penghujungnya. Banyak nikmat akan diambil satu persatu oleh Penciptanya. Kecantikan ,kecergasan ,daya ingatan , dan banyak lagi semakin hari semakin berkurang kualitinya.. Bagi orang perempuan pula , bila dah semakin berusia ,mereka akan diistihar sebagai  bakal berkeadaan monopus atau kata lain ,putus haid. Perubahan ini bukan datang dengan tiba tiba tetapi akan dimulakan dengan satu demi satu keadaan. Beberapa bulan sebelum monopus , perempuan itu akan didatangi haid yang tidak tentu masa keadaannya. Misalnya sebelum ini tempoh kebiasaan haid adalah seminggu tapi bila dah nak dekat ke ambang monopus , ia akan jadi lebih atau kurang atau kadang kadang ada ,kadang kadang langsung tak ada didatangi haid. Bagi situasi tidak didatangi haid tu , mungkin tak jadi masalah dipihak tuan punya diri walau bagaimana pun jangan lupa untuk lakukan urine test kalau keadaan merisaukan hati tua anda itu. Masalah ini bagaimana pun ia tidak mungkin ak...

Sambal goreng versi Maq

 Assalamualaikum.  Sejak berkahwin dengan orang jawa, maq dah mula jatuh cinta dengan satu masakan jawa ni. Ia adalah sambal goreng. Ibu mertua maq masak memang sedap. Lagi satu yang buat masakan tu special pada selera maq ialah, dalam satu lauk, ia ada macam macam bahan. Antaranya,  Hati lembu,  Paru lembu,  Perut lembu ( babat)  Kentang goreng,  Tempeh goreng,  Tauhu goreng,  Soon goreng,  Tauhu kering,  Daging goreng,  Kacang panjang,  Lobak merah,  Sambal tumis,  Santan pekat, Udang goreng ⅓ masak, Nah, banyakkan?  Cara masaknya,  Goreng semua bahan kecuali bahan untuk sambal dan tauhu kering. Buat sambal tumis seperti biasa, nak pedas letaklah cili lebih, nak pedas dan manis ,letaklah gula dan cili lebih.  Bila sambal tumis dah siap masak, nak buat apa? Meh tonton video ni,  Tu video asalnya maq rakam untuk rujukan  anak anak maq memasak. Terutama Ety ( anak maq nombor 2 ) beliaulah ...

KWSP - pengalaman Maq

Assalamualaikum. Dua hari ni viral pasal tingkahlaku petugas di pejabat KWSP Johor Bahru yang menjadi kecaman warganet. Anda pun mungkin sudah pun tahu tentang tu. Kalini maq nak kongsi pengalaman maq pulak.  Pengalaman pertama kali berurusan dengan petugas KWSP didaerah Batu Pahat. Masa tu maq nak buat pengeluaran wang akaun 2 ( pengeluaran pencarum berusia 50 tahun). Walaupun tak banyak tapi adalah sikit untuk dimanfaati. Hasil kerja masa muda muda dulu. Ketika mula masuk ke pejabat tu, pertamakali maq pergi ke kaunter pertanyaan lah kan.  Maklom lah seumur hidup memang tak pernah masuk sekali pun disitu. Setiba dikaunter, maq beraturlah ikut baris. Setiba giliran maq, petugas dikaunter adalah seorang lelaki.  Umur lewat 40-50an gitu.  Muka tak mesra alam langsung ( ok,  maq paham kalau lelaki dengan perempuan tak perlu senyum kot dikhuatiri jatuh cinta pandang pertama, erghh!  Tapi bila maq bertanya soalan, apa yang maq harapkan dia paham y...

Celik Faraid

Assalamualaikum. Tiba tiba negara kita digemparkan lagi dengan isu masyarakat. Harta peninggalan telah jadi bahan bualan warganet. Abaikan masalah keluarga tersebut kerana insyaallah Allah akan bantu mereka nanti.  Kita orang luar hanya layak mendoakan yang baik baik saja untuk mereka. Apa yang maq nak kongsikan kali ini.Dalam kisah yang belaku  beberapa hari ini, ada sedikit ilmu yang kita sama sama boleh pelajari.Tak kesahlah kita ada harta atau tidak untuk ditinggalkan,yang penting ilmu mengenainya kita ada. Sekadar nasihat Sedikit perkongsian dari seorang warganet mengenai Faraid.   Suami meninggal ? Meninggalkan ibu, isteri dan anak lelaki? Ibu dapat 1/6. Isteri dapat 1/8. Anak lelaki dapat baki keseluruhan. Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki. Walaupun anak lelaki itu bawah umur. Walaupun anak lelaki itu masih kecil.Walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan.Dia tetap ada hak faraid dia.Isteri pula ada hak untuk uruskan hart...

Pasartani Jalan Omar, Batu Pahat

Assalamualaikum. Khamis.  Dan hari ini ada pasar tani di Jalan Omar, Batu Pahat. Kali ini maq pergi bukan dengan encik suami, tapi dengan along,  ainul dan aida. A4 ( ani, along, ainul, aida)  okay dah boleh guna untuk photo state . **tetiba A4 pulak!  😂 Apa ada dipasar tani?  Hasil jualan dari petani petani diseluruh Batu  Pahat  ada dijual disini. Sayuran, ayam, ikan, daging, kuih muih, bahan bahan memasak, kain baju,buku agama dan ada macam macam.  Harga mampu milik punya, usah gusar dan ragu. Nasi kerabu ayam rm 5.50 sebekas. Sedap sangat!  Kurma, sekilo rm 24.00, ini petani arab yang tanam, Tapi petani Batu Pahat tukang jualkan. Buah bidara, sekilo rm 14.00. Sedap sebab manis rasanya.  Roti keluaran  bumiputera,beli  3paket rm 10. Dapat free gift roti kecil.Terbaik.  Harini maq cari nenas untuk majlis hari Sabtu nanti, risau jugak takda jual. Maklom musim banjir ni,  ban...

Rindu itu percuma tapi berharga

 Assalamualaikum.  Pagi Jumaat, menyelusuri laman telegram, Allah jumpakan maq dengan gambar dibawah ni.  Tiba tiba tertanya sendiri. Kebaikan apakah yang aku dah buat terhadap kedua orang tua aku selama ini???  Diganti dengan nyawa sekalipun, belum tentu mampu terbalas lagi semua jasa mereka.  Terima kasih Allah kerana datangkan aku dari kasih sayang mereka berdua.  Tiba tiba datangnya rindu, bibir tak mampu berkata tapi hati meronta.  Tuhan... Jagakan tolong mereka .. 😢 Ku haramkan api neraka menyentuh kalian berdua...  Dari anak sulong emak abah ❤